Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 18 October 2013

Panas!! Khalimah Allah Zulkifli Tembak Bertubi-tubi Kenyataan Dr Maza


Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Itu yang di perhujahkan oleh Dr Maza dan bagaimana dengan Zulkifli Nordin membalas hujah dari persoalan yang dibangkitkan Dr Maza. Harap-harap anda mampu bersabar mentelaah hujah dibawah.


Salam 2 all.


Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.

Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan danmengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.

Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!


Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.


Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله


Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.


Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.

Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu: الله


Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.

Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.


Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.


Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!


Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.


Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.

2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?

Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:


بِاسْمِ الآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ


Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!


Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau أَلْمَسِيح atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshuadalam bahasa Hebrew.


Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!

3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'.


Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.


Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!


Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim(semuanya bermakna 'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'.


Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?

Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.

4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata


Saya sampai menggelengkan kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?


Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.


Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!


Bukan...bukan...bukan!!!

5. Lencana Polis, Askar macam mana?

Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?


Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!


Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!


Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:


'Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?'.
Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)


Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!


Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH.


Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara'.
 
7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!

Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.


Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!


Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
  1. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
  2. Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;
  3. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
  4. Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
  5. Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
  6. Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
  7. Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
  8. Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
  9. Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
  10. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
  11. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
  12. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
  13. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
  14. Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
  15. Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor
Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih".

Surah Al-Maidah:72-73


Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!

Betul...betul...betul!!!

Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?

Jawapannya mudah.

Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!

Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia - ALLAH swt!!!

Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);

(Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;

Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;

Dan tidak ada sesuatu apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH! 

Al-Ikhlas: 112:1-4


Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu!

Sebaliknya bila kristian mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa ALLAH itu Tiga-Dalam-Satu;

Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;

Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan ALLAH;

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri nyatakan!

Rumusan: jadi apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:


Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).



Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Tak boleh. Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!

Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!

Tugas dan tanggunjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH!

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw,baalighul anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!

Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH! sumber

PPM bukan bertujuan melaga-lagakan tetapi memandangkan Kedua-dua mempunyai latang berlakang dan kemampuan yang mampu membicarakan isu ini. Jadi pandai-pandailah anda menilai.

14 comments:

saaid ghani said...

Saya setuju dengan hujah saudara, inilah punca parti2 Melayu tidak boleh bersatu walau pun semua dikatakan Islam, kita terlalu beralah dengan puak2 Kristian walau pun mereka manoriti tapi kebanyakkan kehidupan Melayu masih mengamal budaya Kristian seperti pakaian, ada pemimpin2 Melayu minum arak, berpesta cara Kristian, tapi bila ada isu seperti kalimah Allah merekalah kononnya menjadi hero, sebenarnya sifat2 munafik itu tersangat jelas ada kpd mereka.

shah said...

skg aku nak tanya dgn zul nordin ni apa pendirian dia dgn keputusan kerajaan yg tetap membenarkan penggunaan kalimah Allah dikalangan org kristian di Sabah dan Sarawak...jwb dgn jelas jgn berbelit2....

Pakcu Rantau Panjang said...

Pakcu nak celah sikit berkenaan "kalimah " ni. Pada pandangan Pakcu kekeliru akan timbul jika tiada ilmu dalam membezakan antara pemakaian kalimah Allah dengan mentauhidkan Allah.

Cuma yang perlu kita tanya apakah generasi akan datang dapat membezakan antara Allah orang Kristian yang disyririkkan dengan Allah ubudiah yang di pertahankan? bila ditanya nanti.

Kalau sekadar menjadi jagoh kupasan dan berlindung dengan pukat politik maka kesan masa depan adalah tanggungjawab lidah yang mengizinkan dan menyokong sekiranya berlaku kegelinciran akidah dalam menerima dalam pemakaian kalimah ini.Walahualam





Muslim said...

Golongan yg berhujah dgn akal mengatasi dalil Al Quran lebih meyakini akalnya dr dalil Al Quran dlm menentukan kebenaran, mk sesama mrk pun bercelaru dan bertentangan pendapat, kerana akal hanya dzan sedang Al Quran adalah kebenaran.

antihipokrit said...

Kesian Shah masih tak mau terima hakikat.. Taksub tetap mencari salah di mana2. Kenyataan Zul takde belit sikit pun ,melainkan pemikiran kau yg dah terbelit dgn dakyah Kristian dan politik ketaksuban. Org berhujah dlm konteks akidah, kau masih berfikir dlm ruang limgkup POLITIK. Kau ni Islam ke apa? Takpela shah lepas ni taruklah nama anak kau JESUS bin SHAH.. apa nak susah, kan itu nama yg unik. boleh kongsi maaa

Anonymous said...

TANYA SIKIT KAT DR MAZA. ORANG KRISTIAN DIANGGAP ISLAM KE KALAU MEREKA SEBUT ALLAH. DAN KITA SETARAF KE DENGAN MEREKA. BERKEMBANG KE ISLAM KALAU MEREKA GUNAKAN PERKATAAN ALLAH.

Anonymous said...

APA KATA AS-SYEIKH AHMAD DEEDAT?
http://www.youtube.com/watch?v=8vGQa-35Xok

brader yon said...

aku takla pandai sangat tapi apa yg aku faham allah yg bukan islam sebut sebelum ni adalah merujuk kepada allah s. w. t tuhan kepada org islam. yg bukan islam sekarang nakkan sekarang ni adalah penggunaan panggilan allah kepada tuhan depa. hat tu pun tak paham betui2 haram jadah kepada yg merelakan penggunaan kalimah allah kepada bukan islam.

Anonymous said...

Apa yang diperjelaskan oleh Zul Nordin sebenarnya amat jelas.

Sebagai seorang guru bahasa asing, saya boleh faham dengan jelas huraian beliau bagi membalas hujah Dr Maza.

Dalam hal2 fiqh, Dr Maza mungkin banyak ilmu tapi ini soal bahasa yang memberi kesan kepada aqidah. Seharusnya Dr Maza berilah orang2 yang arif dalam hal ini untuk bercakap tentangnya.

Saya teringat dalam satu rakaman bual-bicara, Dr Maza dengan sinis menyebut "contohnya penunggang motorsikar perlu pasang lampu walaupun hari siang terang benderang.. dah mereka (Kerajaan) suruh pasang kita ikut ajelah..).

Sekiranya beliau sebagai seorang pemegang ijazah PhD berfikir sejenak sebelum bercakap, sudah tentu beliau tidak akan menyindir peraturan memasang lampu di waktu siang (orang yang mahir dalam bidang sains faham kenapa peraturan ini dibuat). Inilah maksud saya, Dr Maza bukanlah mahir dalam SEGALA hal untuk beliau beri komen.

Biarlah orang yg mahir dalam bidangnya membuat komen tentang hal2 yg berkenaan dengan bidang mereka.

Marilah kita bersatu atas nama Allah.

Anonymous said...

Aku setuju dgn pendapat keduanya. Yg paling penting umat islam mesti menguatkan akidah dan bagi mereka yg menjalankan amanah membuat pencerahan seperti sh ahmad dedat. Guna peruntukan undang2 yg ada giatkan lagi secara agresif dalam menyebarkan ilmu dan tarbiah kepada bukan islam.

Anonymous said...

Skrg apa cer kat sabah n sawak, nilai muslim kat sana tak sama ke...apa komen korang termasuk ust kazzim, noh gadot? Ada bran nak komen?

Anonymous said...

...ada Mr atau Dr ke...bukannya bijak dalam segenap perkara.....

Anonymous said...

Allah adalah tuhan yang esa, iaitu tuhan yang disembah Nabi Isa a.s. Bukannya nama atau ganti nama kepada Jesus son of god.

Adakah maksud The Father, The Son and The Holy Spirit! is Allah? Nauzubillah. Permintaan gereja untuk menggunakan nama Allah adalah satu permintaan yang nakal dan berniat jahat. Dimana nama itu hendak diletakkan? ganti nama kepada Jesus? atau The Father? atau The Son? atau The Holy Spirit? atau semuanya itu adalah Allah? Astagafirullah.

Penggunaan kalimah Allah oleh sesetengah kristian di Borneo bukanlah satu kebiadaban atau penghinaan yang disengajakan. Tetapi adalah disebabkan dakwah Islam itu sendiri lambat tiba di sesetengah daerah di Borneo. Pada masa itu ia tidak menggugat umat Islam di sana kerana umat Islam itu sendiri amatlah sedikit dan kemampuan fizikalnya dan rohaninya adalah lemah di daerah berkenaan.

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam di Malaysia untuk menjelaskan dan melaksanakan dakwah yang berterusan di Sabah dan Serawak khusunya bagi menerangkan kebenaran Allah yang maha esa, tuhan yang satu. Bukannya seperti apa yang di nyatakan di dalam al-kitab bible.

Namun masyarakat Islam Malaysia telah leka dan lalai.

Anggaplah permintaan sesetengah pihak di semenanjung adalah merupakan satu ujian dari Allah kepada umatnya di Malaysia, ia merupakan satu peluang yang diberikan Allah kepada kita supaya sedar dan tidak lagi leka serta supaya kita bersatu.

Jika umatnya bersatu dalam memegang kuasa sesuatu pentadbiran, pasti permintaan yang tidak masuk akal seperti ini tambahan pula ianya disokong pula oleh golongan yang tidak ada kepentingan keatas al-kitab bible, tidak mungkin berlaku. Situasi yang dihadapai oleh umat Malaysia behubung dengan isu ini pasti ada hikmah yang besar disebaliknya. Wallahualam.

Anonymous said...

Orang kristian sebenarnya TAK YAKIN sendiri dalam agamanya.. sebab itu sampai nak "pinjam" perkataan Allah ..bayangkanlah bila awak cuba masukkan dalam aqal - 3=1 ; 1=3; memang mana boleh! sebab itu depa dah frust .. kena curi dan cemari perkataan yg majoriti org islam guna di sini. depa tak boleh "brainwash" otak depa dan frust .. jadi cara yang batil ini menjadi tarikan mereka sebab mereka sendiri sesat dan tak yakin dgn agama mrk sendiri. kalau yakin tentu guna nama tuhan yg mengikut old testament mrk

Isu Terkini

get this widget here