Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 28 November 2013

Rakyat Penjaja Kecil Diperas Denda RM50K Tapi Gaji Khalib Naik RM29,250

Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab

Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin berkata BBC menerima bahawa gaji pemimpin negeri dan ADUN patut dinaikkan namun menyifatkan kadar kenaikan itu terlalu tinggi.

Beliau juga mendedahkan kadar kenaikan itu diputuskan oleh Khalid tanpa sebarang dialog dengan BBC.

Semalam DUN Selangor meluluskan usul menaikkan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker Dun dinaikkan daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 manakala Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

##PPM NOTE... Itulah dinamakan Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’ tepi rakyat didera dengan pelbagai helah malah saman berganda-ganda sehingga warung karaoke RM1 seringgit di denda sampai RM50K Rujuk disini. Inikah dinamakan keadilan?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here