Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 29 November 2013

Anwar dan Azmin Hanya Berdrama Bila Khalib Naikan Gaji MB EXCO

Bila Khalib umumkan kenaikan dan elaun bulanan dari 87% hingga 373% bagi barisan MB, EXCO, ADUN dan Speaker Selangor. Sebenarnya lebih kepada berita menggembirakan buat barisan tersebut kecuali rakyat Selangor suka atau tidak, pernahkah Khalib kesah.

Manakala baikpun Anwar, Azmin dan Nurul Izzah nampak sahaja menentang tetapi bukan bermakna mereka membantah. Situasi tengah panas dengan kenaikan mendadak melebihi gaji PM dan TPM, tentulah perlu sedikit drama dari tiga aktor terbaik dalam PKR. Walaupun bergegar bumi Selangor dibantah oleh mereka ini, tetapi tidak akan mengubah apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Khalib dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Drama ini adalah sekadar menunjukan tiga aktor ini tidak bersetuju tetapi siapa tahu dalam hati mereka mungkin terlongcat-loncat terlampau gembira.

Hakikatnya PKR tidak perlukan tempoh panjang, cukup sekadar dengan memasuki ke penggal kedua pemerintahan Selangor, sudah mampu mengecapi segala titik peluh Barisan Basional membanggunkan Selangor semenjak 1957. Siapa yang mampu menafikan keuntungan melimpah ruah dikecapi dengan mudah oleh PKR walaupun sepatutnya PAS lebih berhak menyandang jawatan MB setelah Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi. Ada siapa kisah sekarang, janji PAS dan DAP menikmati sebahagian keuntungan ini, terutama DAP.

Tetapi pernah Khalib menggambil berat soal kehendak dan kebajikan rakyat Selangor setelah PKR cukup lantang mengutuk-ngutuk usaha pembanggunan Barisan Nasional semenjak 1957 kepada Selangor hingga menjadikan negeri yang paling maju di Malaysia? Sekarang kuncu-kuncu Pakatan sedang dalam proses mengecapi kekayaan dengan cara lebih laju dan cepat berbanding BN terpeksa bersyukur dengan gaji jauh berza rendah dari PR.

Yang kita nampak Khalib berjaya menipulasi di Makamah untuk menghalang rakyat Selangor saman kerajaan negeri, setelah gagal melunas janji-janji PRU12. Dan sekarang adalah wajar buat Khalib menikmati kemewahan gaji dari RM14,175.15 kepada kenaikan RM29,250. Manakala EXCO dari RM6,109.20 ke RM20,250. Speaker RM6,109.29 ke RM22,500. Timbalan Speaker RM3,327.50 ke RM15,750. Tetapi ADUN hanya dari RM6,000 kepada RM11,250 sahaja tiba-tiba lebih rendah daripada Speaker dan timbalannya.

Kenapa Speaker dan Timbalan dari lebih layak menikmati gaji mengatasi ADUN. Adakah kerana imbalan usaha keras nereka menjayakan misi kenaikan gaji ini?

Apa yang pasti semasa PRU12 mereka laungkan janji-janji manis kepada rakyat Selangor tetapi dikencing hingga tidak sampai 50% janji ditunaikan dan sekarang selepas pasca PRU13 hasil kemenangan dari laungan Perjuangan Membela Nasib Rakyat didahulukan dengan kemewahan gaji menteri Pakatan Rakyat.




No comments:

Isu Terkini

get this widget here