Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 24 November 2013

Haji Hadi Tergaman Melihat Wakil Selar PAS Barua DAP

Masih inggat tak bila Haji Hadi katakan jangan Dagangkan Agama dan sekarang dibalas pewakilan dengan Barua DAP. Kenapa Haji hadi mahupun Mat Sabu tidak mahu menjawap atau duduk tergamam menggengam telapak tangan menahan geram. Ini isu maruah dan isu ini cukup tepat terkena ke muka mereka sendiri.

23 Nov. - Seorang perwakilan hari ini menarik perhatian Muktamar Tahunan Pas Ke- 59 apabila beliau membangkitkan isu berhubung Pas sebagai barua DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.

Ketika membangkitkan isu itu wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.

Jika perkara itu tidak dilakukan beliau berkata, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya, " katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh



5 comments:

haria king said...

Mohon dipautkan http://mediaharia.blogspot.com

Mamu Jr said...

Aslkm.wbr.
Buat semua ahli Pas mahupun pucuk pimpinan yg alma pd tujuan.

Sirah menjadi salah satu dpd panduan perjuangan kita. Perang Hudaibiyah adalah salah satunya.

Saya adalah salah seorang ahli Pas Pulau Pinang & bergiat aktif dlm peerkembangannya.

Macamana PAS Pulau Pinang kata sekejap tiada tiada jawatan dlm negeri. Sekejap jwtn itu shj. Sungguh tamak dan halobanya anda pada pangkat dan kuasa. Menang sorak kampung tergadai. Sudah lupakah anda pada isu Sg.Acheh. Jgn pejam mata pada benda yg berlaku. Kempen masih lagi dibuat untuk wakil Pas walaupun kerusi sudah dimaklumkan milik PKR.
Sudah lupakah anda pada gerakkerja bilikX2 gerakkan sepanjang PRU13. Untuk berkerjasama dgn PKR mahupun DAP tidak sekali. Bangga dgn jumlah bilik gerakan yg banyak. Padahal semua dekatx2 dan tidak bersatu. Kenapa d Permatang Pauh terdapat 3 caw. yg saling berdekatan? Padahal baling belacanpun boleh sampai. Kenapa tidak buktikan semua calon kerusi yg ditandingi anda boleh menang. atau sekurang-kurangnya 3 kerusi dpd 5? Rakan pakatan anda busuk-busukkan. Sungguh anda bongkak, riak dan angkuh dgn bilikgerakan yg banyak dan sorakan yg tinggi. Tapi anda lupa semuanya Allah sbn yg punya. Biarlah tiada jwtn dlm kepimpinan. Tapi masjid & surau serta barisan jwtnkuasa anda berjaya rapatkan saf dan mengimarahkannya. Bukan shj bangga dgn program kuliah di masjid mahupun surau, tetapi aktif dlm aktiviti msjd & surau bersama msyrkt!

Tuan, janganlah menipu ahli PAS diluar Pulau Pinang sepertimana lagaknya ahli UMNO. Atau anda di sembunyikan fakta dgn auta oleh YDP Pas negeri sendiri. Maka itu bukanlah salah rakan pakatan, tetapi jwtnkuasa pengurusan anda sendiri.

PAS di Pulau Pinang, diberi lantikan dlm PBT, Di Lantik sebagai ketua BOD MAIPP, Keta BOD PUZ Pulau Pinang, Pengarah Perpustakaan Awam Pulau Pinang, dll.

Apakah yg anda buat dgn apa yg anda dapat?????

Adakah kepelbagaian aktiviti rakyat bersama Pustakaan bg program anda? TIDAK

Adakah kepelbagaian aktiviti rakyat bersama MAIPP yg anda anjurkan bersama???? TIDAK

Adakah anda buat program bersama rakyat antara PBT dan wakil dpd pihak anda sepertimana rakan PAS, PKR mahupun DAP buat di Selangor??? TIDAK juga.

Apa lagi yg anda mahu!!!!!! Rekod kerja anda semua sudah macam CELAKA! Lagi mau itu, mau ini. Mkan gaji BUTA!!!!

Ujang poci said...

Buktikan dahulu kerusi yg anda masuk bertanding, anda menang!

Bukan asyik bangga dgn menang sorak, kampung tergadai. PAS tdk boleh rasa bangga dgn jumlah undi pihak lawan yg berjaya dikurangkn. Tetapi harus berusaha akan kemenangan dicapai. Then buat kerja selepas menang. Bukan joli sakan. Jumpa rakyat marhein @ org bawahan.

Dei macha' semua Allah sbn yg punya la.

halym calypso said...

Mmng btul pn pas nie kuda tunggangan DAP...
Dulu dap mna ade power ...ader berpa jer krusi dap dibandingkan dgn sekarg...
ternyata apabila pas bergabung dgn dap apa yg pas dapat...pas msih memerintah kltn jga..ngri len dpat sekjap shaja...yg paling untung pkr dn dap...mereka yg berkuasa dlm pakatan pembangkang...ini semua ksilapan pas sendri...

Anonymous said...

pas barua dap!!! betui ka!!! ok kita tgk satu persatu samada pas barua dap... atau tidak... sejak bersama pakatan ini... apa yang pas dapat.. dan apa yang dap dapat dari pakatan rakyat ini... bilangan kerusi adun, projek, jawatan dll... adakah sama rata atau adil seperti yang di war warkan.. sama banyak... sama dapat hasil nya.. sendiri fikir..

Isu Terkini

get this widget here