Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 25 November 2013

Majlis Suyra Ulama PAS Restu Konsert Heavy Metal Mutamar PAS Ke-59

Ini satu berita baik buat anak-anak muda PAS. Kecenderungan PAS bakal menghalalkan apa sahaja asalkan anda mahu menyertai PAS. Malah perlu diingat yang PAS juga pernah membawa penyanyi menyanyi lagu cinta versi rock dalam masjid.

Ini hendak buat konsert Heavy Metal, alamak no problem punya. Persoalannya Majlis Syura diam jerr.. dah lulus ke?

Ohh mungkin kita terlupa nilai Ulama dalam PAS berbaki nilainya hanya 25 sen. Sebabnya pro Anwarinas yang lebih lebral telah menyapu sebahagian besar jawatan tertinggi parti PAS. Jadi yang tinggal Ulama sebagai topeng semata-mata. Buktinya apa jua yang pro Ulama hujah di Mutamar PAS hanya akan jadi cakap-cakap dimusim mutamar. 

Oleh itu kalau setakat konsert malah video Stopa pun sudah tidak hirau lagi berdasarkan fatwa PAS. Kalau dulu konsert Metalica punyalah ramai Pemuda PAS terpekik-pekik ditepi jalan membantah dengan laungan tabir, sekarang tidak mustahil konsert Black Metal pun PAS berani bawa asalkan boleh meraih sokongan anak muda di kalangan Melayu.

Yang penting matlamat untuk dapatkan sokongan melayu setelah kemerosotan sokongan pasca PRU13. Baik atau buruk berlakang cerita asalkan caranya boleh memberi keuntungan.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here