Dengan sekelip mata Hannah Yeoh sudah menjadi lebih kuat dan berpengaruh dari Wan Azizah. Dulunya sekadar individu yang tidak mempunyai apa-apa dan sekarang berbeza seperti yang digambarnya sendiri.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.
Adun DAP Subang Jaya itu membandingkan kenaikan gaji baru Speaker daripada RM RM6,109.29 kepada RM22,500 jauh lebih tinggi dengan apa diperolehi Perdana Menteri dan timbalannya walaupun gaji Datuk Seri Najib Tun Razak hanya RM22,826.65 manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima gaji RM18,168.15.
“Itu jauh, saya boleh isytihar aset saya,” ujarnya mengulas akhbar The Star dan ahli Barisan Nasional yang membayangkan pendapatannya melebihi Najib dan Muhyiddin.
“Saya hanya ada rumah teres, ada satu kereta Kia Sprento, tiada pendapatan lain, tiada jet peribadi.
“Suami saya pula tak ada mana-mana peranan dalam agensi kerajaan,” tegasnya menerusi laman twitter beliau ekoran isu kenaikan gaji yang disifatkan banyak pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai terlalu tinggi.
Malah, beliau menegaskan, tidak akan bergantung kepada kenaikan gaji untuk berkhidmat.
Menurutnya, beliau akan meneruskan khidmat bakti yang dipegangnya sebagai wakil rakyat walau dengan berapa pun jumlah gaji yang diterimanya.
“Dan untuk rekod saya tidak hanya bergantung kepada kenaikan gaji.
“Naik gaji atau tidak, saya telah memberi khidmat pada lima tahun lepas dan akan terus berkhidmat,” katanya.
Itu alasan beliau dan mungkin ada logiknya dengan gaji sebagai Adun hanya RM6,000 sebelum kenaikan yang diluluskan DUN Selangor, Rabu, Hannah hanya mampu beli sebuah rumah dan kereta.
Bagaimana pula selepas dilantik Speaker dengan gaji baru RM22,500 dan ditambah gaji sebagai Adun yang juga naik kepada RM 11,250 sebulan?
Ini bermakna beliau memperolehi RM33,750 sebulan.
Jumlah itu besar berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini dan Hannah bolehlah menambah bilangan rumah dan kereta selepas ini.
Namun, paling menarik untuk diteliti adalah gajinya sebagai Speaker.
DUN Selangor bersidang tiga kali setahun atau sekurang-kurangnya 30 hari.
Pada 2012, sesi persidangan hanya 21 hari sahaja.
Jika Hannah menerima gaji RM22,500 sebulan bermakna setahun gajinya RM270,000 setahun.
Jumlah RM270,000 dibahagi dengan 30 hari persidangan DUN setahun, bermakna gaji Hannah Yeoh sebagai Speakar adalah RM9,000 sehari..
Share this article :thanks to faizal izwan :
2 comments:
isshh nk dpt singgit pun puas nk kena pi berjemur panas tengah laut tangkap ikan ooo...
Wahai Pengarang yg tak ada otak, Gaji Pemimpin UMNO kecil tapi projek dia busat.
Post a Comment