Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 28 November 2013

Video Anwar Kebingungan Dengan Musim Keluar PKR Serata Malaysia

Zaman kejatuhan akibat tahap kredibiliti Anwar yang semakin merudum akibat dari pelbagai pecahnya tembelang Anwar. Menyebabkan sindrom ahli keluar parti semakin rancak berlaku dari Perlis hingga ke Sabah Sarawak.


Bagaimana dengan keadaan Anwar adakah masih masih berteka-teki akan isu berapa jumlah sebenar bangla yang diwar-warkan masuk ke Malaysia mengundi pasca PRU13?



Merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Jelani Hamdan dilaporkan Bernama mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 20 hingga 25 pemimpin PKR Sabah dari bahagian masing-masing dijangka akan keluar parti dalam gelombang kedua peletakan jawatan di negeri itu.



Pada 4 November lalu, Jelani bersama ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad telah mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN bebas sokong Barisan Nasional (BN).



Jelani berkata ia berpunca daripada campur tangan pemimpin PKR pusat terhadap kepimpinan negeri terutamanya pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). Semua ini berkait dengan kredibiliti Anwar.


Malah semalam di Sarawak 110 ahli PKR keluar parti. Rujuk kedua-dua video dibawah.




Merujuk semua situasi ini bagaimana Anwar masih berteka-teki soal berapa jumlah warga bangla sedangkan partinya sedang kucar-kacir akan kepupusan? 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here