Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 6 October 2012

100 Touch Points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis

Sekarang semua orang mahu bercakap soal berjanji itu dan ini, terutama bila hampirnya saat Pilihanraya Umum ke 13. Semua orang boleh bercakap dan berjanji sesedap mulut. 

Tapi bila tiba saat perlu melaksanakannya, timbul pula tukar cerita itu hanya sekadar manifesto. Istilah politik dan pilihanraya adalah manifesto, istilah daripada manusia kepada manusia yang lain adalah janji. Terutama yang bergelar Yang Berhormat. Sebab mereka bergelar Berhormat membolehkan apa sahaja jadi halal!

Sebab itu semasa belum mendapatkan apa yang diharap sedap cerita janjinya tetapi bile menjejak tempat idaman timbul pula helah menafinya. Kita boleh lihat apa yang sedang berlaku di Selangor dan bagaimana Lim Guan Eng sedang menjadi gangster memeras ugut Barisan Nasional Pulau Pinang, yang telah membayar wang pendahuluan RM 224, 073 bagi membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, 

BN Pulau Pinang dipaksa membayar baki wang keseluruhan tanah berkenaan iaitu RM 22,183,227 dalam masa 30 hari daripada tarikh surat. Padahal ini sebanarnya menjadi tanggungjawap Lim Guan Eng selaku Menteri Besar Pulau Pinang membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin Pulau Pinang. Inilah yang dikatakan 'belum dapat lain, dah dapat... lain pulak jadi nyer'. Terpulanglah, jika pihak2 berkenaan masih mahu 'mengekalkan' kaedah 'berjanji kosong' sedemikian rupa.

Inilah yang sedang berlaku apabila Datuk Sri Najib Razak di dalam Bajet 2013, DSN membentangkan 100 touch points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis

100 touch points yang dapat membantu ekonomi semua warganegara, termasuk meneruskan BR1M 2.0, pemberian bonus satu bulan setengah kepada penjawat awam, meningkatkan had maksimum pendapatan bulanan bagi memohon skim PR1MA, mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN, bantuan one off RM1,000 bagi bekas tentera yang tidak layak menerima skim pencen, dan sekolah rintis untuk kanak-kanak kurang upaya (prasekolah).

Ini adalah janji bukan setakat menggunakan air liur DSN tetapi telah dibuktikan bagaimana DSN telah lunaskan segala pemintaan dan harapan yang mampu dilaksanakan berdasar kemampuan kerajaan. 

Sebenarnya 100 Touch Points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis kerana Anwar boleh jatuh terguling dalam angan-angan sendiri yang semakin menjadi tanda tanya oleh setiap rakyat. Sedangkan rakyat masih terasa hidangan sejarah Anwar Ibrahim telah menipu hidup-hidup rakyat di Kampung Buah Pala yang jelas membuktikan dikatakan 'belum dapat lain, dah dapat... lain pulak jadi nyer' Janji beri tanah tetapi didatangi bulldozer menyodok rumah mengusir penghuninya.

Mungkin itulah kebanaran yang dikatakan Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " Dan itulah yang dipraktikkan Anwar dan Lim Guan Eng. Yang penting siapa yang kenyang kalau bukan keduanya-duanya.

Iyelah!! Sekurang-kurang hasil tukar lori sampah lama dengan membeli 50 lori sampah model lama, Anwar boleh bergaya dengan Bas Mewah secara pemilikan percuma dari imbal balas pembelian lori sampah. Rujuk sini

Bergitu juga Lim Guan Eng dikaitkan dengan mendapat rumah banglo atas nama seorang wanita yang mempunyai kaitan dalam isu syarikat berhajat membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis. Rujuk Sini

Kedua-dua cerita atas dengan jelas menunjukan bagaimana Lim Guan Eng dan Anwar mempergunakan rakyat demi kesenangan dan kemewahan mereka. Cara yang terbaik paksa pecacai-pecacai Pakatan Rakyat reka cipta cerita mengaitkan salah guna kuasa UMNO Barisan Nasional demi menutup apa yang mereka lakukan.

Adakah ini boleh membuktikan Anwar dan Lim Guan Eng layak membuat janji-janji baru atau mengarang menifesto khas untuk PRU13. Maka ujudlah cerita Pembankang kononnya Budget 2013 adalah durian runtuh menjadikan negara kita menanggung hutang lebih besar.

Tetapi pada masa yang sama apa yang mereka janjikan tidak pula dikaitkan dengan jurang hutang yang semakin membesar, kerana Pakatan Rakyat kebal dengan corgankata Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " Jadi terlepaslah buat pecacai percaya dalam kekeliruan mainan kata-kata orang yang tidak amanah dengan janji-janjinya sendiri. Cantik bukan pecaturan meraka!

Sebenarnya yang membuat rakyat sampai Pecah Palak Mikir untuk apa? Adakah sekadar mendengar Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " atau menanti dengan yakin kehadiran 100 Touch Points dari Datuk Sri Najib yang membuat rakyat dapat merasa kurang sikit beban tangungan harian?

Inilah yang sedang berlaku kepada rakyat, celaru tampa hala punca dengan mainan kata-kata Pakatan Rakyat yang terpaksa mengambus segala perit sakit rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor terpaksa menanggung azab angkara " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan "

Anwar sekarang terpaksa bermain kata-kata janji baru. Kerana Anwar sendiri sedar kemampuan Datuk Sri Najib mengeluarkan 100 Touch Points boleh Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis kehampaan kehilangan angan-angan ke Putrajaya.

Buat rakyat fikir-fikirkan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara ‘bukan-bukan’. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bolehkah ini kita lupakan bergitu sahaja? Biarlah Pecah Palak Mikir sekarang kerana memilih yang terbaik daripada Pecah Palak Mikir meraung penyesalan.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here