Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 5 October 2012

Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram

Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram Apa hendak jadi dengan Pakatan Haram kerana terlampau banyak soal-soal haram hinggala pertubuhan di bawahnya banyak juga yang haram. Apakah tindakan disengaja untuk tidak mendaftar petubuhan Anak yang sedang giat menjalankan kerja-kerja menghasut warga Felda membenci kerajaan.

Jika Anak juga merupakan pertubuhan haram, bagaimana sumber dana yang dimiliki oleh Anak, adakah mendapat sumbangan yang sama seperti Suaram. Memandangkan Anak bukan pertubuhan sah bermakna banyak perkara yang mungkin merbahaya tidak dikawal selia.

Apatah peranan Anak lebih kepada menjalankan kerja-kerja memecah-belah warga felda, sudah pasti banyak isu yang dirahsiakan termasuk persoalan terbesar sekali, siapa yang membiayai dana pergerakan Anak? Adakah juga sama seperti Suaram yang mendapat dana dari Soros?

Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram memang Pecah Palak Mikir dengan keujudan Pakatan Haram

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.
Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.
"Mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan yang Anak merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.
Anak diketuai oleh Mazlan Aliman selaku presidennya.
Mazlan berkata: "Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi.
"Jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.
"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya.
Dua tahun lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) pernah mendakwa Anak pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.
Anak merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.
Tambah Abdul Rahman, Anak tidak pernah berdaftar dengan mereka dan berdasarkan semakan, sebaliknya hanya ada tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda.
Katanya, rekod RoS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia, Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.
Menurut beliau, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Anak bagi mendaftar pertubuhan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
"Kita ada cara sendiri untuk mendaftar sesebuah pertubuhan, jika tidak tersenarai, kita akan anggap pertubuhan itu tidak sah," katanya.
Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan menggunakan nama Anak seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".
sumber Sinar Harian

No comments:

Isu Terkini

get this widget here