Zaman sekarang kalau ada mana-mana Yang berhormat mahu berkhidmat kepada rakyat mesti membayar dengan harga yang tinggi untuk membolehkan mereka terus berbakti kepada rakyat. Ini bukan satu cerita dongeng tetapi benar-benar berlaku di Pulau Pinang.
Buktinya Barisan Nasional Pulau Pinang terpaksa terima tawaran beli tanah Taman Manggis RM22 juta dari kerajaan biaDAP yang lebih mementingkan keuntungan dari memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat Pulau Pinang. Sepatutnya Lim Guan Eng memperuntukkan dana bagi membolehkan projek rumah kos rendah disediakan kepada rakyat yang kurang mampu.
Kalau hendak diikutkan golongan yang tidak mampu memiliki rumah di Pulau Pinang adalah tinggi, juga melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tetapi ini bukanlah menjadi pertimbangan melebihi kroni Lim Guan Eng.
Sedangkan DAP tidak penah membina apa-apa rumah kos rendah untuk membantu rakyat dibawah pendapatan RM3000. Kecuali Guan Eng menjalankan aktiviti merampas tanah dengan rakusnya! contoh kampung Buah Pala, Anwar janji beri tanah tetapi guan hantar bulldozer roboh rumah dan rampas tanah!
Nampak pada awalnya tawaran Lim Guan Eng lebih kepada pelawa ayam! tetapi memandangkan Barisan Nasional Pulau Pinang bukan bermain kata seperti Guan Eng menyebabkan Guan Eng terpaksa akur dengan terlepas cakapnya.
Walaupun bergitu! Adalah gila yang amat gila! Apabila Kerajaan memerintah menggenakan harga tinggi bagi membolehkan pembangkang membantu rakyat. Sepatutnya kerajaan negerilah yang mengeluarkan peruntukan untuk membantu rakyat. Kalau berginilah cara biaDAP tabir Pulau Pinang bagus jangan jadi pemerintah, kerana Guan Eng sudah hilang kelayakan mengtabir Pulau Pinang.
Inikah yang dibangga-banggakan PAS dan PKR sesangat! Sekarang PAS dan PKR pejam mata rapat-rapat membiarkan DAP semakin rakus menjamah apa yang ada. Manakala PKR tidak kurang juga di Selangor. lebih kurang 2x5 dengan DAP.
PAS jangan ditanya apa bendapun tidak tahu buat. Yang pandai berangan hendak buat keretapi laju. Haa lantaklah PAS memang terkenal dengan draf itu ini tetapi hendak laksanakan tidak reti!
3 Oktober 2012
Oh Tong Keong (tengah) bersama pemuda BN negeri menunjukkan sebahagian daripada wang tunai bersama mesin pengira wang semasa membuat bayaran wang pendahuluan untuk membeli tanah
GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.
"Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.
"Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar hari ini.
Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.
Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.
"Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.
Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang. - Bernama
No comments:
Post a Comment