Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 3 October 2012

Rakyat Wajip Tibai Majlis Peguam - Sebar-sebarkan

Kita telah didedahkan bagaimana Bar Council yang sentiasa mencari akal dan helah untuk menjatuhkan Polis Diraja Malaysia. Wahal apa yang kita fahami fungsi Majlis Peguam untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang tampa bersifat pilih kasih.

Sejarah peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuktikan kejayaan khidmat mereka semenjak dari sebelum negara ini mengecapi kemerdekaan lagi. Ini tidak dapat dinafikan mana-mana pihakpun! walau ada kelihatan rancangan jahat mengahsut rakyat membencikan Polis.

Punca mereka membenci Polis, kerana Polis berkait rapat dengan usaha kerajaan menrialisasikan pembangunan ini, menyebabkan ini menjadi isu yang dianggapkan menyusah buat Bar Council. Dengan itu bermulalah siri-siri mencari helah menjatuhkan imej Polis. Adakah ini satu kaedah untuk mengajar rakyat agar supaya jangan takut dengan polis dan bersedia memerangi pihak Polis pada bila-bila masa.

Kalau kita tengok dari siri Bersih, jelas kelihatan Majlis Peguam tidak penah menyentuh kebajikan pihak Polis dan hak Polis menegakkan kedaulatan undang-undang.

Tahukah kita pentingnya fungsi Polis kepada kerajaan sebelum kita melangkau bidang-bidang lain melibatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, dan jika huru-hara pilihan kita, jadi tidak perlu kita berbicara soal isu lain. lebih bagus kita berbangga dengan mengangkat senjata mengganas tampa ketahuan punca. Yang mana berkuasa berharta dan lemah melarat. itukah impian kita.


Sedangkan kehebatan PDRM terbukti dengan mendapat pengiktirafan dunia, berjaya menyelesaikan antara 36% – 48% kes jenayah setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. Tetapi ini bukan berita gembira buat Pakatan Haram menyebabkan ada akal untuk memusnahkan imej terbaik Polis. Dan kelihatan Majlis Peguam cenderung ke arah yang sama dengan Pakatan Haram.

Cuba kita lihat! bagaimana kita boleh memahami fungsi Majlis Peguam di Malaysia. Adakah Majlis Peguam memenuhi piawaian yang sewajarnya, iaitu adil tampa berbelah bahagi? Apa yang kita nampak Majlis Peguam seolah-olah satu gerakan berhaluan kiri yang sentiasa mencari akal menyalahkan kerajaan. 

Jika Majlis Peguam menafikan mereka sedemikian, jadi adalah wajar Majlis Peguam memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat dengan sifat pilih kasih kepada siapa mereka inggin memberi sokongan! Utamakan kriteria keseimbangan keadilan dinegara ini tampa pilih kasih! 

Jika tidak rakyat berhak mengadili Majlis Peguam yang semakin menyimpang dari fungsinya yang sebenar..

No comments:

Isu Terkini

get this widget here