Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 19 March 2012

Segalanya Memenuhi Ramalan


 

Memang ramai rakyat telah menduga apa tindakan Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan, keluar dari UMNO. Kadir keluar bukan kerana ingin memperbetulkan keadaan perjuangan! Tindakan beliau lebih kepada ingin mencari tempat berlindung setelah dirinya hilang keyakinan UMNO-BN boleh memenangi PRU13 dan hilang keyakinan peluang dipilih semula. 

Orang seperti ini banyak bersepah dimuka bumi ini dan sememangnya tidak dapat diharapkan, malah hendak diyakini dan diangkat sebagai pemimpin membantu rakyat langsung tidak layak. Apatah sikap pemimpin yang memuji ketika boleh makan dan mencaci ketika rasa diri terancam dengan bayangan-bayangan diri sendiri.  Hari ini tindakan Kadir keluar meninggalkan UMNO bersendirian. Memperjuangkan semangat yang semakin mendapat tentangan hebat dari pelbagai sudut, hingga melibatkan kuasa-kuasa asing. Kadir adalah tidak ubah seperti pengecut lari meninggalkan medan perang. Perang sebenar belum bermula tapi Kadir sudah lari, apa hendak dikata dan diharapkan lagi kepada orang seperti ini.

Anwar semakin arkab dengan kadir, sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk mempergunakan apa jua pengetahuan Kadir untuk menetang Najib yang hampir berseorangan menegakan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Wahai orang-orang UMNO sampai hati anda membiarkan Najib berseorangan!! Tapi apapun , Najib berani tampil membuktikan kemampuannya walaupun dalam keperihan perjuangan terbesar dan serba mencabar ini. Teruskan Najib!! Teruskan!! Kerana Qada dan Qadar Allah yang tepat dari segala-galanya. Insyaallah!!

Dari segi kemampuan Najib, tempoh untuk dia membuktikan kemampuan mentabir setelah kejatuhan Pak Lah tentulah berat-seberatnya rintangan, kerana keadaan masa yang serba singkat. Apatah sepeninggalan jawatan Pak Lah kepada Najib, situasi UMNO berpecah dari luar dan dalam. Tempoh sepenggal ini tentulah perit gaya rupanya, buat Najib untuk merangka, menyusun dan mengerakan tindakan yang bersesuaian dengan Tranformasi Kabajikan Rakyat. 

Tapi Allhamdulillah, Najib berjaya melunas kebanyakan keperluan Kebajikan Rakyat. Rakyat wajib menghormati kesungguhan dan keberanian beliau menunaikan tanggunjawap dalam melawan arus dugaan dengan tabah dan ketika ramai yang memperkatakan UMNO bakal berkubur sebagai ketua pembankang. Situasi ini sedikitpun tidak menggangu gugat semangat memperjuangkan sehinga sanggup memperdulikan apa jua nasibnya dimasa depan, yang tangungjawap tetap tanggungjawap itu teras perjuangan Najib. Walaupun keputusan mungkin tidak menyebelahinya tapi sekurang-kurang dia ikhlas kerana Allah, dia ikhlas kerana kepentingan Rakyat. Kuasa Allah melalui ketentuannya lebih hebat dan keluar dari kemampuan fikiran manusia.

Kita sebagai rakyat sepatutnya memberi perluang sepengal lagi buat Najib berdasarkan prestasi beliau. Rakyat tidak boleh mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti Anwar yang penuh dengan persoalan-persoalan was-was. Kita sekarang mempertaruhkan kepentingan Islam, kita pertaruhkan kepentingan Melayu, kita pertaruhkan kepentingan Negara dan juga Institusi Raja yang menjadi tonggak negara ini.

Jika Anwar bergitu berani dan terdesak memdapat bantuan kuasa asing demi menajamkan serangan, kita perlu ada rasa was-was dan berhati-hati dari terjebak dan menyesal tak sudah. Fikir-fikirlah.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here