Saturday, 1 December 2012

7 Perkara UMNO BN Gegarkan Pakatan Rakyat

Ayuh kawan-kawan sama ada anda UMNO mahupun perjuang dan penyokong Barisan Nasional siap siaga dengan kata-kata ini.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan tujuh rukun yang perlu diberi keutamaan oleh ahli-ahli Umno dalam memastikan kejayaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tujuh rukun yang digariskan beliau semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno di sini, petang ini ialah:

1. Patuh kepada pemimpin

2. Mengatur strategi dengan tepat

3. Fahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

4. Kenali musuh

5. Kekalkan perpaduan

6. Harus bersiapa siaga sepanjang masa

7. Berjuang habis-habisan"

Tujuh rukun yang saya sebutkan tadi...ini nanti akan kita sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan agar kita beroleh kejayaan.

"Kita mahu menentukan kubu-kubu kuat kita dipertahankan agar kawasan yang kalah dapat kita tebus kembali," katanya.

Menjelas lanjut mengenai tujuh rukun itu, timbalan perdana menteri berkata, ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin adalah satu perkara yang wajar malahan wajib untuk diikuti dan dilaksanakan seluruh anggota Umno.

"Kita harus menerima segala bentuk keputusan yang akan dibuat oleh pemimpin parti kita mengenai hal yang berkaitan pilihan raya sama ada berkaitan tugas dan tanggungjawab yang harus kita lakukan, pemilihan calon dan kawasan pilihan raya yang ditempatkan untuk setiap parti komponen," katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Bukti Surat Kepala Bar Cauncil Menjilat Ludah Sendiri

Inikah bukti menunjukan bar Cauncil jenis meludah kemudian mengjilatnya kembali! Kalau bab hendak serang SPR bukan mainlah hendak ada pemerhatilah, pengundi hantulah, daftar undi tidak sahlah dan pelbagai alasan diada-adakan demi mengjayakan kempen Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tetapi bila mana dituntut adakan pemerhati bebas dalam Pemilihan Bar Cauncil sudah tidak boleh pula. Jadi dimana intergriti Bar Countcil dalam menganjur pelbagai demo menentang SPR? Betul-betul jenis sama dengan Pemilihan PKR yang lalu! kedua-duanya jenis memang tak boleh diharap! Penipu dan perosak negara sahaja.

Kempen Selamatkan PAS Semakin Aktif


PAS berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila didesak oleh DAP dan PKR. Itulah kenyataan perjuangan PAS. ini terbukti dalam pelbagai isu membabitkan dasar PAS di mana akhirnya PAS mengalah dengan tidak lagi menggunakan hukum hudud,soal akidah dan memperjuangkan negara Islam untuk PRU13

Ini membuktikan kelemahan PAS memperjuangkan prinsip mereka hingga mencetuskan kontroversi jika mengambil kira semua aspek sejak daripada mula penyatuan ketiga tiga parti didalam pakatan. 


Malah dilihat penakut mempertahankan tindakan pakatan memutuskan untuk membatalkan niat PAS untuk berkempen mengenai hukum hudud apabila dibantah parti komponen pakatan itu menunjukkan kelemahan PAS sendiri. 

PAS rela menjadi parti yang yang tiada hala tuju malah keputusan mereka berubah-ubah itu turut melibatkan mengenai persoalan akidah,dasar negara Islam dan juga soal bangsa melayu.

Lebih buruk lagi PAS selalu tidur apabila diperlukan untuk mempertahankan kesucian islam. Jadi apa gunanya PAS diangkat sebagai pembela islam? 

Sedangkan perubahan perjuangan PAS membuktikan landasan diatas platform parti untuk memperjuangkan agama jauh tersasar sebaliknya PAS dijadikan alat untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia DAP.

Indonisia Contoh Terbaik Bahayanya Anwar Ibrahim


ADA pengertian lebih besar sebenarnya boleh 'dibaca' di sebalik kenyataan seorang pemimpin muda daripada sebuah parti pembangkang baru-baru ini berhubung kedudukan Islam dan hala tujunya di negara yang kita cintai ini.

Yang lebih dibimbangi, jika apa yang dinyatakan itu adalah berdasarkan kepercayaannya dan bukan sekadar perjuangan politik semata-mata.

Jika benar, perkembangan ini umpama 'jam loceng' yang menyedarkan kita bahawa usaha 'meliberalkan Islam' di Malaysia kini semakin berani dinyatakan secara terang-terangan.

Mengapa ini berlaku? Antara sebabnya yang tidak dapat dinafikan adalah kesibukan berpolitik menyebabkan umat Islam kian lupa tentang tanggungjawab sebenar yang menanti mereka.

Peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya oleh kelompok-kelompok tersebut untuk mengembangkan kepercayaan mereka.

Dalam masa sama, kuasa yang dikejar seolah-olah membenarkan golongan tertentu di negara ini sanggup melakukan apa sahaja atau apa yang disebut sebagai 'matlamat menghalalkan cara'.

Menerusi forum-forum atau perbincangan yang diadakan dari semasa ke semasa, menjelaskan kepada kita bahawa Islam liberal dan fahaman pluralisme sememangnya wujud di negara ini.

Namun, golongan tersebut tidak diberi ruang untuk menyatakan pendapat mereka secara terbuka kerana kerajaan yang ada tidak membenarkan aliran ini daripada berkembang.

Ini kerana umat Islam di negara ini berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Waljamaah yang sentiasa tegak di atas landasan Islam berdasarkan hakikat al-Quran dan hadis-hadis.

Keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Negara jiran ini (Aceh) suatu ketika dahulu pernah digelar serambi Mekah dan menjadi tumpuan ulama, namun perubahan masa dan pengaruh luar berjaya merubah kepercayaannya.

Keterbukaan pihak pemerintah terhadap soal beragama turut mendorong umat Islam di negara itu 'memilih kepercayaan’ mereka sendiri.

Maka apa yang berlaku ialah bercambahnya golongan liberal dan fahaman pluralisme iaitu kumpulan yang melihat tindakan ulama sebagai penghalang kemajuan yang sepatutnya dicapai.

Golongan ini juga sering membawakan hadis-hadis tertentu dalam konteks hubungan Islam dengan agama-agama lain. Pada hal, sebagaimana kita sedari, hadis-hadis tersebut tidak membicarakan hubungan Islam dengan agama lain tersebut.

Kejayaan paling besar mereka adalah apabila kepercayaan terhadap ulama di negara itu sedikit demi sedikit berjaya dihakis. Hal ini menyebabkan hari ini perkahwinan berbeza agama di Indonesia bukan lagi sesuatu yang luar biasa selain gejala murtad turut dilaporkan semakin berleluasa.

Lebih menakutkan apabila ada pihak mendakwa pengaruh Kristian mungkin akan mengambil alih kedudukan Islam di negara itu suatu hari nanti.

Hakikatnya, dengan populasi penduduknya kira-kira 200 juta umat Islam dan teramai di dunia, Indonesia tidak diisytihar sebagai negara Islam.

Perkembangan ini sebenarnya amat menggusarkan kita. Adakah Malaysia sedang menuju ke arah proses asimilasi agama seperti apa yang dialami di Indonesia? Jika kenyataan pemimpin muda dari parti pembangkang di awal artikel ini diambil kira, perasaan ini wajar wujud Sumber

Friday, 30 November 2012

Si Tangang Azmin Ali Terkantoi Maut

Azmin kata Negara Bankrap yee sedap mulut je mamat ni! Cuba tengok tahap kendalian Ekonomi oleh Datuk Sri Najib Razak tak perlu bergolok bergadai macam Selangor dibawah Punaisihat Anwar Ibrahim.

Si Tangang Azmin Ali Terkantoi Maut dan patutlah buang ke amalan hujah auta Pakatan Rakyat. Lebih bagus bermuafakatlah semula dengan ibu yang amat menyayanginya!

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah RM424.9 bilion atau bersamaan dengan AS$138.6 bilion sehingga 14 November. 

Dalam satu kenyataan, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. - BERNAMA

Ikrar Yang Mengahantui Pakatan Rakyat



1. Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.



2. Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah.


Saudara dan saudari,

3. Seperti semua maklum, ini merupakan perhimpunan agong terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Jadinya, Dewan Rakyat, menurut Perlembagaan, kalau pun tidak dibubar oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, ia akan terusai juga dengan sendirinya, tanggal 28 April 2013.

Nik Aziz - Perokok Adalah Penyembah Syaitan?

Emm Apa kata warga perokok dengan hujah dari youtube ini?

Fahami Kaitan Nurul Izzah Anwar Dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) ?


Kita telah dikejutkan dengan kenyataan Nurul Izzah mengenai Hak Melayu dalam soal Murtad! Tetapi jika kita kaji semula peristiwa sebelum Nurul Izzah membuat kenyataan yang diampunkan Nik Aziz adalah jauh lebih menakutkan.

Disini Pecah Palak Mikir inggin mengimbas kembali berberapa petikan isu yang berlaku disekitar bulan Julai 2012.

Pertikan pertama.
SUDAH lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini. 
Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu. Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya. 
Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.
Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah. Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya. 
Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya. 
Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat. 
Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama. 
Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama. Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.
Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI. Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.
Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya. Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.
Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu. 
Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri. Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian. Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star). 
Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN. Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah. Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu. 
Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong. 
Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri. Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan. 
Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian. 
PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.
Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur. – Peraktoday

Pertikan Kedua
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.
Ia boleh dibaca dalam bahasa Melayu di sini — CFM/BM
Versi bahasa Inggeris discreenshot di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
Surat itu menuntut supaya pemilih mengundi sebuah kerajaan yang akan membentuk

(“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk
menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan
berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang,penegahan ataupun larangan.”) Sumber
 

Thursday, 29 November 2012

Kenali Kehebatan Anwar Ibrahim Kendali Ekonomi

Kepimpinan pembangkang membawa kemusnahan ekonomi negara, menanam benih kebencian di kalangan rakyat dan janji yang tidak ditepati, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

"...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Katanya tindakan Anwar ketika itu, memotong perbelanjaan pembangunan dan menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun kerana menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karibnya, mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat, khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, beza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak.  

"Kalau ikut pepatah dulu orang menyebut dia ini lidah bercabang. Jelasnya tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel, pada kala dunia sedang mengutuk Rejim Tel Aviv yang kejam itu kerana membantai dan mengganyang umat Islam di Gaza.

Akan tetapi apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen...dia menyokong pulak...heran," kata Najib.

Beliau turut mempertikaikan janji Buku Jingga yang melibatkan jaminan pendapatan purata bulanan isi rumah Malaysia pada kadar RM4,000, menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, RM500 sebulan sebagai elaun khas kepada guru, dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri terbabit.

"Mana mungkin semua itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara. Pada tahun pertama seandainya dilaksanakan (manifesto Buku Jingga), defisit bajet kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus, dan kedua, menjelang 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus," katanya.

Beliau berkata tahun ketiga pula, Malaysia akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece, dan ketika itu pengurusan iktisad negara sudah beralih ke tangan institusi antarabangsa. Menyentuh soal demokrasi cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Perdana Menteri turut mengkritik caranya yang menyaksikan ketua umum PKR itu tidak dipilih, sebaliknya dilantik terus ke jawatan itu, isterinya pula menjadi presiden parti manakala anak sulung mereka menjadi naib presiden.Beliau berkata demokrasi pincang cara DAP pula menyaksikan tempoh jawatan senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak disambung selepas bekas naib pengerusi DAP itu tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0; dan rumusannya ialah DAP akan menjatuhkan hukuman kepada siapa sahaja yang memiliki pandangan berbeza dengan mereka.Katanya di peringkat kepimpinan pusat DAP pula ketika ini hanya tinggal seorang sahaja orang Melayu di kalangan 30 kepimpinan pusat DAP. 

"Inikah yang dinamakan demokrasi? Inikah yang dinamakan tidak perkauman?," tanya beliau.Presiden Umno kemudiannya mengkritik tindak tanduk pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka, yang secara umum berkisar mengenai janji yang tidak ditepati dan kelemahan pentadbiran.

Di Pulau Pinang, Najib merujuk kepada masalah penduduk Kampung Buah Pala yang diselesaikan oleh BN walaupun PKR berjanji untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu selepas memenangi pilihan raya.Beliau turut merujuk kepada kata-kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai 'Cocky, Arrogant dan Tokong'.

Di Kelantan pula, katanya masalah bekalan air masih tidak selesai sehingga kini walaupun sudah 22 tahun PAS menerajui kerajaan negeri, manakala janji air percuma di Selangor juga tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri kepada penduduk flat kos rendah dan pangsapuri yang menggunakan meter pukal.

Najib berkata selain itu Selangor juga tidak dapat memberi elaun bulanan RM100 kepada ibu-ibu tunggal di negeri berkenaan. Perdana Menteri seterusnya membidas tindakan pembangkang yang mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga tanpa segan silu mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan itu hanya mengaibkan negara dan menghina intelek rakyat.

"Sebenarnya tidak perlulah kita libatkan orang asing untuk menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden sampai sanggup mengkhianati bangsa dan tanah air," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 28 November 2012

Kenapa Warga PAS Hendak Kecewa Bila UMNO Sekadar Mengdoakan Kesejahteraan Mereka

Rakyat masih belum lupa bagaimana Tuan Ibrahim meluahkan pendapat dengan menyeru UMNO juga bertindak seperti PAS dengan mendoakan kehancuraan kepada lawan! 

Ohh tidak apalah biarlah PAS dengan cara mendoakan kehancuran sesama umat kerana yang memakmulkan doa adalah Allah.

Biarlah UMNO BN mendoakan sesejahteraan dan perpaduan umat demi menyatupadukan segenap lapisan masyarakat islam di Malaysia.

Tidak pada cukup pada itu! PAS mendabik dada mereka lebih Islam! pun tidak apalah kerana hanya Allah yang layak menentukan siapa lebih islam.

Walaupun UMNO selalu dituduh dengan label syaitan! Murtad! Kafir dan pelbagai lagi! janglah ada dikalangan warga UMNO BN melatah dan turut mengjadi seperti mereka. Biarlah kita beristifar dan mendoakan yang baik kepada mereka kembali!

Walaupun UMNO BN dilebel dengan pelbagai tuduhan! yang penting Allah maha mengetahui yang warga UMNO BN tidak seperti yang dihujahkan Zulkifli Nordin - lihat dibawah:-

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Itu dulu dan sini sumbernya malah sekarang bukannya mereka serik tetapi ditambah dengan menyokong hujah Nurul Izzah menghujah soal Hak Sama Rata Murtad Melayu dan diampunkan Nik Aziz tampa perlu menunggu masa yang lama. kemudian Haji Hadi menghujahkan mengsyaitani dan ditambah Nik Aziz mengaitkan UMNO mempeleceh islam yang boleh bersabit dengan murtad!

Itulah cara islam mengakui mereka lebih islam dan UMNO BN yang tidak mendabik dada tidak berani sama sekali melangkaui cara PAS. Biarlah mereka semoga kita semua sama-sama ditunjukan jalan kebenaran. 

Bengang Dengan Doa KO BN Tertib Mengikut Rasulullah SAW


Semasa berdebat disini adalah hanba Allah terperangkap dalam hujahnya sendiri! Bukan untuk mengaibkan sesiap tetapi ada persoalan yang amat menarik untuk difikirkan untuk menilaikan kebenaran samada PAS benar berdoa berdasarkan tertib. Dalam situasi ini Hamba Allah tersebut telah Bengang Dengan Doa KO BN Tertib Mengikut Rasulullah SAW tampa mahu mengjawap persoalan sebenar.

Terlampau banyak individu pro PAS melaung-laung ayat sebergini untuk menyakin dan memenagkan hujah mereka. Tetapi jika kita amati apa kata Dr Asri terang menyebut soal adab dan itu tidak ada dalam doa KO UMNO BN PAS.

Persolan sebergini adakah PAS boleh menghujahkan akan kebenarnya? Atau sama seperti pecacinya yang Pecah Palak Mikir hendak putar belit?

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Umno malam ini mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar, kembali ke jalan yang diredhai.

Doa yang dibacakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, jelas menunjukkan niat Umno jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini.

DAP Tersenyum Bila Pemuda PKR Lantang Menyangkal PAS

Kita telah dengar bagaimana Dewan Ulamak di Mutamar PAS telah menyuarakan mahukan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri walaupun kedegaran suara DAP tidak menyukainya. Ada banyak persoalan yang timbul walaupun  warga PAS tidak mahu mengakuinya. Mereka memang mengatakan hanya Haji hadi yang arif tentang hukum hakam.

Tetapi yang tersirat, tidak mustahil antara ramai-ramai dari PAS mula berasa was-was dengan peribadi Anwar serta Anak beranaknya. Apatah Nurul Izzah mengeluar kenyataan Hak Sama Rata Melayu dalam soal murtad. Isu ini sudah tentu menjelaskan bertapa bahayanya jika legasi Anwar Ibrahim menyandang jawatan Perdana Menteri. 

Memang tiada kenyataan sebergini dari PAS tetapi jika kita ukur dari riaksi warga PAS agak tergejut dan tidak berani mengulas apa-apa bila youtube ucapan hak sama rata melayu dalam soal murtad Nurul Izzah dan mendapat tepukan gemuruh dari golongan bukan islam. Kenapa mereka terdiam kerana masing-masing memikirkan soal resiko akidah diri dengan dilema diperantaraan dengan mengjaga hati dan nama sekutunya PKR. Salah hujah makan diri dan Pakatan jatuh merudum.

Itu cukup membuktikan ramai tidak bersetuju dengan Nurul Izzah. Sebab itulah timbul soal Haji Hadi sebagai PM dengan semakin kuat! 

Sekarang Pemuda PKR pula berasa amat risau dan meluahkan yang Anwar lebih releven menjadi Perdana Menteri. Bermakna situasi dalam Pakatan terang-terang semakin berpecah belah.

Dalam masa yang sama anatara PAS mahupun PKR, kedua-duanya didalam lingkungan kuasa DAP. Maksud kata DAP The King Of Pakatan. Sebab Anwar sememangnya telah terlampau banyak terhutang budi dengan DAP kerana sifat peribadinya sering menimbulkan isu yang besar-besar melibatkan matuah diri dan keluarganya. tampa pertolongan DAP Anwar mungkin gagal terus dalam hidupnya.

Manakala PAS semakin dijinakan kerana hanya PKR sahaja dapat memberi nafas baru buat PAS bertapak keluar dari Kleantan semata-mata. Malah Hanya PKR yang mampu merapatkan dengan pengaruh undi dari DAP yang boleh memberi sedikit keselesaan PAS untuk memenangi dimana-mana kerusi yang PAS pertandingkan.

Dari situasi ini tentulah jelas DAP punyai kuasanya tersendiri dengan peralatkan PKR dan menundukan PAS. Adakah kelebihan ini tidak memberi semnagat buat DAP untuk menyediakan calonnya sendiri untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?

Atau sememang telah ada dan DAP hanya menunggu masa untuk mengrialisasikan sahaja. Sebabnya jika PAS boleh mungkiri janji dari kelahiran PKR untuk menjadikan Perdana Menteri dengan mengcalonkan Haji Hadi, kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih yang membolehkan PAS bebas dan berhak mengcalon sesiapa sahaja. 

Jika itu berlaku! Tentulah DAP juga mampu bertindak sedemikian bila tiba masanya untuk merialisasikan impian terpendam. Salahkah kalau dicongakan sebergitu?

Kesian Anwar Ibrahim Kena Basuh Cukup-cukup Jahat Sangat Ke?

Alahai Kesian Anwar Ibrahim Kena Basuh Cukup-cukup Jahat Sangat Ke? kenapalah yang pi basuh Anwar sampai macam sekali! Anwar bukan apapun dia cuma mengidam hendak jadi Perdana Menteri je! Kenapalah sampai seteruk macmtu sekali Anwar kena basuh! Cuba tengok ni sispa yang basuh!

Muhyiddin: 'Anwar pengkhianat, dengki dan berniat jahat'
KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara. 

Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembangkang hakikatnya dengki dan berniat jahat terhadap Barisan Nasional sehingga sanggup berbuat demikian demi menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor. 

"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor.

"Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihan raya di negara kita tidak adil.

"Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihan raya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihan raya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka,"katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno di Perhimpunan Agung Umno kali ke-66, malam ini. 


Anwar baru-baru ini cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.

Permintaan Ketua Umum PKR itu bagaimanapun ditolak Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

Anwar dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Menurut Muhyiddin, tindakan pembangkang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka selepas itu jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti. 

"Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

"Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan?,"kata Muhyiddin. sumber

Alahai Kesian Anwar Ibrahim Kena Basuh Cukup-cukup Jahat Sangat Ke? ish-ish patut ke kesian dekat manusia macam punya perangai?

Tuesday, 27 November 2012

8 Perkara Pembohongan Puak-puak Anti Lynas Green Walk


FAKTA LYNAS
Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.


Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
Perkara 2

Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 – 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:

Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.
Perkara 4
Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.

Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk ‘logam nadir’.

Kenapa Tidak Kemaman?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?

Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
Bekalan air yang mencukupi.
Wujud tenaga kerja mahir.
Kos operasi yang kompetitif secara global.
Perkara 6
Pengurusan Bahan Sisa.

Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.
Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).
Perkara 8
Faedah:

KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
Tenaga Kerja Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
Fasa Pembinaan Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
Aktiviti Perintis Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.
Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari
(Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza
(Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)

Baca lanjut dari Sumber  Cucu Tok Selampit

Monday, 26 November 2012

DR Asri Doa Kehancuran Boleh Jika Dizalimi Dan Beradab

KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya. Sumber Sinar Harian.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Bongkar Pakatan Rakyat Serik Pamerkan Manifesto Tetapi Edarkan Risalah Kelirukan Rakyat

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat yang sebelum ini amat berbangga sangat dengan manifesto di Selangor! Dulunya bukan main menjaja sana-sini kehebatan Manifesto mereka tetapi bila sahaja saat-saat hampir PRU13. Rupa-rupanya berlambak berbakul janji-janji manifesto mereka gagal ditunaikan.

Hinggakan ada dikalangan ibu tunggal seramai 2020 orang tampil menyaman Kerajaan Selangor dengan jumlah melebihi 10 juta. Itupun setelah Khalib Ibrahim mengatakan "Manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan" dah kena serang dengan ibu tunggal yang mengharap elaun RM100, janji manifesto lalu.

Gamaknya selepas serik dengan apa yang berlaku di Selangor, menyebabkan Pakatan Rakyat menukar strategi yang hanya menyebarkan isalah tampa boleh membuktikan risalah yang sah dikeluarkan Pakatan Rakyat. Memang sengaja cari publisiti tampa mahu bertangungjawap!

Video Pakatan Rakyat Sebotaj BR1M

Sudah tak ada kerja lain ke puak-puak ini, yang tidak habis-habis membuat onar untuk menggagalkan apa sahaja Trnaformasi kerajaan. Sudahlah janji-janji Pakatan Rakyat gagal ditunaikankan, sekarang hendak sabotaj pula keikhlasan kerajaan dengan janji-janjinya.

Ini namanya perosak bukannya calon yang boleh diharap mentabir negara. 

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Dato' Sohaimi Shahadan mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.

Jentera Khas Pakatan Rakyat Untuk Menggagalkan Tranfomasi Kerajaan

Apalagi yang Pakatan Rakyat tahu buat selain merosak dan mensabotaj apa sahaja usaha Tranfomasi kerajaan. Kerana selagi Kerajaan UMNO BN berjaya, bermakna menjadi barah yang menakutkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat amat takut kerajaan berjaya merialisasikan Tranfomasinya dengan berkesan. Tiada pilihan untuk jenis parti yang hanya tahu bermain kotor demi matalamat peribadi. 

Sebab itulah apa sahaja usaha kerajaan dijadikan isu untuk berdemo, menghasut rakyat berkumpul dan adakala berlaku adengan kegaganasan Inikat dinamakan Pakatan Untuk Rakayat atau Pakatan Khianati Rakyat!

Sunday, 25 November 2012

Video Perkasa Lancar Tabung Bantu Utusan Lawan Nurul Izzah

Perkasa telah mengumumkan untuk melancarkan tabung kutipan derma, Sebagai tanda sokongan kepada Utusan Malaysia bagi melawan dengan Nurul Izzah di Makamah.

Ini juga berikutan Zulkifli Nordin juga bersedai untuk menjadi peguam yang membela Utusan Malaysia tampa mengenakan apa-apa caj bayaran khidmatnya,

Persoalannya adakah kita bersedia membantu Utusan Malaysia yang berani berjuang mempertahankan Agama Bangsa Negara. Adakah kita berdiam diri sahaja?

Ayuh kita sama-sama membantu menentang manusia yang tidak memikirkan apa akibatnya Jika kenyataan Hak Murtad Murtad Melayu DiBenarkan

Wajip Tonton SEMBANG POLITIK - NURUL IZZAH PERLUAS PINTU MURTAD


Wajip Tonton Satu pembentangan yang menarik bagi memahami disebalik ucapan Nurul Izzah hingga mendapat tepulan gemuruh dikalangan bukan islam. Persoalan dan hujah yang dilampirkan bakal memberi penjelasan kenapa kita harus mengambil berat isu sebergini.


Disini juga disentuh bagaimana Nurul Izzah ttiadak layak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. Hakikatnya permahaman Nurul Izzah untuk berdalih dan mengekal tindakannya betul, juga dihujahkan disini dan cukup untuk memberi kita gambaran sebenar berkenaan isu ini.

Juga amat menghairankan kenapa mereka di dalam video ini tidak disaman tetapi bergitu beria-ia untuk menyaman Utusan Malaysia. Sedangkan Malaysiakini yang palaing pertama mengeluarkan kenyataan yang sama tidak diambil sebarang tindakan oleh Nurul Izzah.

Gerakan Anti Lynas Berkumpul Untuk Sabotaj Ekonomi Negara


Inilah cara Pakatan Rakyat untuk mengcari apa sahaja helah untuk mengalih perhatian rakyat dari menghayati penyampaian kerajaan dalam usaha memertabatkan ekonomi negara dengan sumber yang jelas. Pakatan Rakyat amat takut jika kerajaan berjaya menambah pendapatan negara.

Setiap apa yang dibuat oleh UMNO BN, mulalah Pakatan Rakyat rasa gementar dan takut menerima kenyataan barisan UMNO BN lebih mampu menyampai sesuatu yang amat diharapkan rakyat.

KUALA LUMPUR, 25 Nov - Hampir 1,000 orang dari kumpulan Anti Lynas telah mula berkumpul di Monorel Titiwangsa bagi meneruskan desakan dan bantahan agar operasi kilang Lynas tidak diteruskan oleh kerajaan. 
Kumpulan berkenaan yang terdiri dari majoriti hampir 95 peratus masyarakat Cina telah mula berkumpul sejak dari jam 1.30 petang tadi dan diberitakan sedang menunggu kumpulan perarakan hampir 2,000 orang daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak untuk bergabung. 
Sebelum itu, perarakan awal hampir 2,000 orang dengan mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" berlangsung di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar. 
Menurut sumber, difahamkan kumpulan ini akan bergabung sebelum menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat dimana akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO ke 66 pada 27 November ini. KLpos

Apa lagi yang mereka marah sangat dengan Lynas sedangkan semua sudah jelas terbukti tidak sedikitpun berbahaya! Ini sebenarnya kerana Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai apa-apa matalamat selain untuk sabotaj ekonomi negara. 

Reject Individuals Out To Destroy Malaysia Socio-Political System - Chandra Muzaffar


KUALA LUMPUR, Nov 24 - Malaysians need to reject certain individuals out to destroy the principles of the socio-political system practiced in this country, to ensure its future, urged International Movement of a Just World (Just) president, Dr Chandra Muzaffar, today.

"If we don't reject these individuals, who don't understand these principles, it will be very dangerous for our future generations. Therefore, we must maintain this system through the 13th General Election so that the country's safe for all time," he said.

He was delivering a talk titled "The Country's Socio-Politic Future" during the 1Malaysia gathering at the Putra World Trade Centre, here today.

Dr Chandra, who is also professor of Global Studies at Universiti Sains Malaysia, said Malaysia was much better compared to other countries which practiced such a system because to date it has managed to maintain democracy where the citizens determined their own future.

"Our foreign policies have also managed to defend Malaysia's independence and peace and prevent it from being any party's puppet. And transfer of power also occurs peacefully and methodically," he said.

He added however, that Malaysia faced challenges such as corruption, self-interest politics and racial politics, which could jeopardise the nation.

"Political discussions during public debates have also deteriorated in terms of civility. Rude and uncivilised language is frequently used and this goes against our values and the principles of 'Rukun Negara', he emphasised.

Therefore, political awareness must be raised in order to overcome this problem and leaders must also be healthy role models for the people.