Saturday, 8 December 2012
Fakta Orang Melayu Pulau Pinang Kena Keluar Berhijerah Juga Akhirnya
GEORGETOWN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu mengatasi masalah perumahan kos mampu milik dan rendah untuk rakyat Pulau Pinang.
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow hari ini berkata, jika masalah perumahan mampu milik dan kos rendah tidak diatasi menjelang 2014, penduduk di bahagian pulau dijangka akan berpindah ke kawasan seberang.
Katanya, satu kajian oleh Penang Institute, organisasi yang membuat perancangan untuk kerajaan Pulau Pinang, menyatakan penduduk berpendapatan kurang RM2,700 dijangka tidak mampu memiliki rumah sendiri di kawasan pulau menjelang 2014.
Kajian itu turut menyatakan harga rumah di Pulau Pinang telahpun melambung 50 peratus berbanding lima tahun lepas dan penduduk akan terpaksa berpindah ke Seberang Jaya Utara.
"Ini adalah perkara yang menakutkan tetapi kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini tidak ada dasar untuk atasi masalah ini. Mereka terus memberi kelulusan kepada pembangunan rumah-rumah mewah," katanya ketika berucap pada majlis Janji Ditepati yang dirasmikan Perdana Menteri sempena lawatan seharinya ke negeri ini.
Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang mampu mendapat manfaat dari program Perdana Menteri di bawah konsep 1Malaysia dan juga mempunyai pelbagai program perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.
Katanya, BN sentiasa menunaikan janji-janji sejak 40 tahun yang lalu malah di bawah pentadbiran bekas ketua menteri, Tun Dr Lim Chong Eu lagi diwujudkan dasar perindustrian Pulau Pinang serta dasar perumahan.
Teng berkata, di bawah pentandbiran Chong Eu, kerajaan BN membuka bandar baru di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Ayer Itam serta mewujudkan perumahan mampu milik bagi menampung keperluan rumah rakyat di Pulau Pinang.
Di bawah pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula, kerajaan BN masih meneruskan usaha untuk membina perumahan mampu milik dan kos rendah berharga RM25,000 serta rumah kos sederhana dengan harga antara RM42,000 dan RM72,000.
Teng berkata, Pulau Pinang sejak di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang tidak mempunyai dasar perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.
"Menurut laporan Juruaudit Negara, kerajaan pakatan pembangkang pada 2010 tidak membina rumah mampu milik dan kos rendah untuk rakyat," katanya. - BERNAMA
Mangsa Radiasi Lynas Pertama Telah Dikesan
Kuantan: Kira-kira 50 penduduk dari Balok, Gebeng, Beserah, Sungai Ular serta wakil media berpeluang memegang nadir bumi, bahan asas untuk diproses di kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), dekat sini.
Mereka tanpa bimbang memegang nadir bumi itu semalam tanpa sarung tangan selepas mendengar penerangan pakar dari Lynas (M) Sdn Bhd (LYNAS) radiasinya rendah.
Ia sekali gus menolak segala tohmahan dilemparkan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Save Malaysia Stop LYNAS (SMSL) terhadap bahan mentah berkenaan.
Sambil menyifatkan ia hanya mainan politik pembangkang, ada penduduk mendakwa maklumat disebarkan NGO berkenaan selama ini tidak berdasarkan fakta sebenar.
Sesi peneranganPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Balok Maju, Abdul Mukhtar Ngah, berkata sesi penerangan oleh Penasihat Keselamatan Radiologikal LYNAS, Prof Dr Ismail Bahari selama hampir sejam mendedahkan pelbagai maklumat, sekali gus menangkis semua fitnah SMSL.
“Kami sudah pegang dan lihat dengan mata sendiri dan jelas ia tidak berbahaya seperti didakwa. SMSL mempunyai agenda tersendiri dan mereka hanya berniat untuk mengelirukan kami.
“Bagi saya, kesimpulan mudah boleh dibuat selepas mendengar penerangan ini bahawa selama ini apa yang SMSL lakukan hanya bermotifkan politik semata-mata.
“Sudah tiba masanya mereka (SMSL) berhenti daripada melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan dan Taklimat kepada Penduduk dan Media, di kilang LAMP, di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.LYNAS telusPenduduk, Siti Aminah Talib, 55, berpendapat usaha LYNAS membawa penduduk melihat operasi kilangnya membuktikan mereka telus dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada penduduk.
“Dari dulu lagi saya percaya dengan tahap keselamatan operasi kilang ini. Cuma, apabila ada usaha pihak pembangkang dan SMSL menyebarkan pelbagai cerita...saya risau juga. Tetapi apabila datang tengok sendiri, barulah saya faham semua dakwaan itu tidak betul,” katanya.
Henti politikkan isuSementara itu, bekas pekerja lombong bijih besi, Omar Abdul Rahman, 84, berharap isu itu tidak dipolitikkan lagi kerana ia mengganggu operasi kilang itu dan menjejaskan mata pencarian pekerjanya.
“Cukuplah.. patutnya kita beri mereka peluang. Jangan sebab kita semua mahu berpolitik, kita pertaruhkan nasib anak tempatan yang mencari rezeki di sini,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dalam kenyataannya semalam berkata, LYNAS kini memulakan ujian pemprosesan bahan pekatan lantanid secara terhad selaras dengan Lesen Peringkat Pengendalian Sementara yang dikeluarkan 3 September lalu.
Katanya, pegawai dari lembaga itu sudah ditempatkan di premis LYNAS sepenuh masa bagi mengawal selia secara berterusan pada setiap peringkat proses ujian bahan untuk memastikan segala keperluan undang-undang dan standard keselamatan dipatuhi.
Mereka tanpa bimbang memegang nadir bumi itu semalam tanpa sarung tangan selepas mendengar penerangan pakar dari Lynas (M) Sdn Bhd (LYNAS) radiasinya rendah.
Ia sekali gus menolak segala tohmahan dilemparkan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Save Malaysia Stop LYNAS (SMSL) terhadap bahan mentah berkenaan.
Sambil menyifatkan ia hanya mainan politik pembangkang, ada penduduk mendakwa maklumat disebarkan NGO berkenaan selama ini tidak berdasarkan fakta sebenar.
Sesi peneranganPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Balok Maju, Abdul Mukhtar Ngah, berkata sesi penerangan oleh Penasihat Keselamatan Radiologikal LYNAS, Prof Dr Ismail Bahari selama hampir sejam mendedahkan pelbagai maklumat, sekali gus menangkis semua fitnah SMSL.
“Kami sudah pegang dan lihat dengan mata sendiri dan jelas ia tidak berbahaya seperti didakwa. SMSL mempunyai agenda tersendiri dan mereka hanya berniat untuk mengelirukan kami.
“Bagi saya, kesimpulan mudah boleh dibuat selepas mendengar penerangan ini bahawa selama ini apa yang SMSL lakukan hanya bermotifkan politik semata-mata.
“Sudah tiba masanya mereka (SMSL) berhenti daripada melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan dan Taklimat kepada Penduduk dan Media, di kilang LAMP, di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.LYNAS telusPenduduk, Siti Aminah Talib, 55, berpendapat usaha LYNAS membawa penduduk melihat operasi kilangnya membuktikan mereka telus dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada penduduk.
“Dari dulu lagi saya percaya dengan tahap keselamatan operasi kilang ini. Cuma, apabila ada usaha pihak pembangkang dan SMSL menyebarkan pelbagai cerita...saya risau juga. Tetapi apabila datang tengok sendiri, barulah saya faham semua dakwaan itu tidak betul,” katanya.
Henti politikkan isuSementara itu, bekas pekerja lombong bijih besi, Omar Abdul Rahman, 84, berharap isu itu tidak dipolitikkan lagi kerana ia mengganggu operasi kilang itu dan menjejaskan mata pencarian pekerjanya.
“Cukuplah.. patutnya kita beri mereka peluang. Jangan sebab kita semua mahu berpolitik, kita pertaruhkan nasib anak tempatan yang mencari rezeki di sini,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dalam kenyataannya semalam berkata, LYNAS kini memulakan ujian pemprosesan bahan pekatan lantanid secara terhad selaras dengan Lesen Peringkat Pengendalian Sementara yang dikeluarkan 3 September lalu.
Katanya, pegawai dari lembaga itu sudah ditempatkan di premis LYNAS sepenuh masa bagi mengawal selia secara berterusan pada setiap peringkat proses ujian bahan untuk memastikan segala keperluan undang-undang dan standard keselamatan dipatuhi.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Kekuatan UMNO Yang Menyakitkan Hati Nik Aziz PAS
Sepanjang perhimpunan Agung Umno minggu lalu, tema Melayu-Islam menunjang hujah dan semangat setiap pemimpin dan perwakilan. Dalam ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan komitmen Umno untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.
Ini diperteguh pada ikrar yang disemadi semua ahli Umno. Mereka telah bersumpah: Dengan nama ALLAH, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan, bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan.
Dalam doa yang menusuk jiwa, Najib memohon: Ya ALLAH, tolonglah kami memelihara agama Islam, membela bangsa Melayu dan bangsa lain… Berilah kemenangan kepada kami demi agama Islam, bangsa dan negara.
Tradisi dan prinsip menyatupadu dan memajukan umat serta mendaulatkan Islam adalah asas perjuangan Umno, walaupun dituduh sebaliknya oleh pembangkang. Dalam Perlembagaan parti, Umno mendukung perjuangan menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam selain mengekalkan maruah dan martabat bangsa, bahasa dan Raja-Raja Melayu, serta semua warganegara.
Menurut intelek dan pengkaji politik Indonesia, Dr A Effendy Choirie, sentimen kemelayuan dalam Umno adalah sinonim dengan Islam. Katanya, definisi dalam Perlembagaan negara yang mana orang Melayu mesti beragama Islam bermakna bahawa berjuang demi Melayu ipso facto bererti suatu perjuangan demi Islam.
Dalam bukunya “Islam-Nasionalisme Umno-PKB: Studi Komparasi dan Diplomasi” (Pensil-234, Jakarta, 2008), Dr Effendy berkata perjuangan Umno dalam kerangka Islam dan kebangsaan adalah sejalan.
Rasa cinta kepada bangsa dan tanah air tidak bercanggah dengan Islam. Ini adalah naluri yang diberikan ALLAH kepada manusia, termasuk Nabi Muhammad. Rasulullah juga cinta kepada bani dan tanah kelahirannya, Mekah. Baginda pasti tidak mahu meninggalkan Mekah tetapi terpaksa berhijrah kerana ancaman Quraisy. Perasaan kebangsaan atau nasionalis tidak mengurangkan ketaatan seseorang kepada ALLAH.
Ideologi kebangsaan Umno bersifat positif dan pragmatik, bukan destruktif dan dogmatik. Wujud sintesis pragmatis antara aspirasi kebangsaan dan Islam. Ideologi Umno tidak bertentangan dengan agama kerana Umno berjuang menegakkan Islam dan menyatupadukan umat Melayu-Islam dalam ikatan persaudaraan Islamiah.
Label asobiyyah yang dilemparkan terhadap Umno tidak relevan kerana Umno tidak mengamalkan assobiyyah jahiliyah seperti yang dikutuk Nabi. Ketika ditanya Wathilah ibn Asy, apakah asobiyyah itu, Nabi Muhammad menjawab: “Engkau membela kaummu dalam kezaliman.”
Berdasarkan komitmen Umno mendaulatkan Islam dan menggabungkan semangat Islam-kebangsaan sebagai rallying point menggerak kebangkitan rakyat menentang penjajahan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan dan mendasari proses nation-building negara ini, Dr Effendy berkata: “Umno mempunyai saham besar dalam membidani kelahiran negara Malaysia, kerana itu memegang klaim historis untuk mengekalkan kekuasaannya dari awal kemerdekaan hingga sekarang.” (hal 36).
DR MASHITAH IBRAHIM7 Disember 2012
Thursday, 6 December 2012
Kerakusan Kuasa Pakatan Rela Dedah Aset Pertahanan Negara
Ahli politik terutama kalangan pembangkang diingat supaya berhenti bercakap tentang pasukan keselamatan dan aset pertahanan negara demi populariti apatah lagi tanpa mengetahui fakta sebenar.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan mempertikaikan kemampuan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan merupakan amalan yang tidak wajar kerana isu tersebut langsung tidak boleh dipolemikkan.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini tetapi tidak berlaku di luar negara yang ahli politiknya amat menghormati institusi keselamatan negara masing-masing.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan pertahanan dan saya tak nampak ahli politik di negara luar yang mempertikai kemampuan, kesiapsiagaan anggota polis dan tentera.
"Di negara kita sahaja berlaku perkara ini. Jadi semak fakta dulu sebelum berbicara isu keselamatan kerana akhirnya tindakan itu menempelak diri sendiri dan diketawakan oleh para pegawai yang mengetahui fakta berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyangkal kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kononnya bilangan anggota polis di negara ini sudah mencukupi.
Selain mengemukakan fakta salah kononnya statistik bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:270, Nurul Izzah turut berjanji untuk membekukan pengambilan anggota polis jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.
Pada 2010, Ahmad Zahid pernah menempelak Nurul Izzah kerana anak Ketua Pembangkang itu dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia mendakwa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam, selain merupakan aset terpakai dan usang.
Ahmad Zahid menambah, Nurul Izzah sepatutnya menghormati dan menyerahkan soal keselamatan serta pertahanan kepada golongan profesional yang berkecimpung dalam bidang itu.
"Sektor keselamatan dan pertahanan janganlah disentuh. Biar profesional polis dan tentera menjalankan tugas mereka. Walaupun tidak menghormati mereka, hargailah dan berikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk menjaga hal mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengenal pasti lima pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang kini diperhalusi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menggantikan MiG-29N dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Keputusan muktamad akan dibuat dan ia bergantung pada situasi yang sesuai untuk diumum," katanya.
Artikel Penuh: Utusan Melaysia
Wednesday, 5 December 2012
Dr Asri Perhimpunan Agung UMNO Lebih Bijak Berbanding Mutamar PAS
SHAH ALAM - Dalam membicarakan mengenai perbezaan Perhimpunan Agung Umno 2012 dan Muktamar Pas, tidak dinafikan apabila kelemahan dapat dilihat kerana liputan secara langsung hanya dibuat bagi satu pihak hampir setiap hari.
"Perhimpunan Umno dapat liputan penuh di televisyen (media) tetapi tidak kepada Muktamar Pas."Perkara ini menutup jalan untuk rakyat membuat perbandingan yang adil terhadap kedua-dua parti," demikian menurut bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, ketika mengikuti perkembangan kedua-dua parti beliau mengakui Umno lebih pandai bermain dengan perasaan pengundi atas pagar berbanding Pas, yang dilihat lebih banyak bercakap mengenai masalah dalaman parti.
"Perhimpunan Agung Umno lebih fokus dalam membicarakan mengenai serangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan boleh dikatakan dari segi penerimaan imej, Umno lebih berjaya.
"Sedangkan Pas kelihatan terlebih bercakap dan cuba mencari masalah yang ditimbulkan di antara satu sama lain hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pengundi," jelas beliau yang menganalisis perjalanan politik kedua-dua Pas dan Umno dari semasa ke semasa.
Beliau menambah, orang dalam Pas sudah terbiasa mengata Umno sama ada dalam dalam muktamarnya ataupun ceramah-ceramah sebelum ini tanpa menyedari ucapan-ucapan itu akhirnya member kesan negatif kepada parti itu.
Bagaimanapun, Asri berkata, jika dibandingkan Pas hari ini berbanding dahulu, banyak perubahan positif telah berlaku.Katanya, imej Pas sebagai pembangkang sudah hampir pulih apabila Pas kini menjadi pentadbir di beberapa negeri seperti Kedah dan Kelantan.
"Cara berhujah dan memberikan pandangan juga sudah nampak berubah, sudah nampak kematangan Pas.
"Namum, perkembangan itu agak tergugat apabila timbul isu doa 'KO' BN pada Muktamar. Orang tidak mempertikaikan doa itu tetapi apabila disiarkan di media, ia memberi gambaran tidak elok terhadap imej matang Pas itu," katanya.
Ujar Asri, tindakan itu tidak menggugat pengundi tetap Pas tetapi akan mengganggu psikologi pengundi atas pagar.
Sumber Sinar Harian
"Perhimpunan Umno dapat liputan penuh di televisyen (media) tetapi tidak kepada Muktamar Pas."Perkara ini menutup jalan untuk rakyat membuat perbandingan yang adil terhadap kedua-dua parti," demikian menurut bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, ketika mengikuti perkembangan kedua-dua parti beliau mengakui Umno lebih pandai bermain dengan perasaan pengundi atas pagar berbanding Pas, yang dilihat lebih banyak bercakap mengenai masalah dalaman parti.
"Perhimpunan Agung Umno lebih fokus dalam membicarakan mengenai serangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan boleh dikatakan dari segi penerimaan imej, Umno lebih berjaya.
"Sedangkan Pas kelihatan terlebih bercakap dan cuba mencari masalah yang ditimbulkan di antara satu sama lain hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pengundi," jelas beliau yang menganalisis perjalanan politik kedua-dua Pas dan Umno dari semasa ke semasa.
Beliau menambah, orang dalam Pas sudah terbiasa mengata Umno sama ada dalam dalam muktamarnya ataupun ceramah-ceramah sebelum ini tanpa menyedari ucapan-ucapan itu akhirnya member kesan negatif kepada parti itu.
Bagaimanapun, Asri berkata, jika dibandingkan Pas hari ini berbanding dahulu, banyak perubahan positif telah berlaku.Katanya, imej Pas sebagai pembangkang sudah hampir pulih apabila Pas kini menjadi pentadbir di beberapa negeri seperti Kedah dan Kelantan.
"Cara berhujah dan memberikan pandangan juga sudah nampak berubah, sudah nampak kematangan Pas.
"Namum, perkembangan itu agak tergugat apabila timbul isu doa 'KO' BN pada Muktamar. Orang tidak mempertikaikan doa itu tetapi apabila disiarkan di media, ia memberi gambaran tidak elok terhadap imej matang Pas itu," katanya.
Ujar Asri, tindakan itu tidak menggugat pengundi tetap Pas tetapi akan mengganggu psikologi pengundi atas pagar.
Sumber Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tuesday, 4 December 2012
Nik Aziz Rela Memaafkan UMNO
Nik Aziz bersedia memaafkan UMNO jika UMNO bersedia menukarkan dasarnya. Adalah satu sendiwara terhebat Nik Aziz bukan?
Entahlah dasar yang bagaimana Nik Aziz maksudkan sedangkan semua rakyat Malaysia tahu yang Pakatan Rakyat menolak dasar Negara Islam mahupun Hudud. Ini sudah mengcukupi buat kita menilai yang PAS sendiri tiada mempunyai sebarang dasar yang tetap sebalik sentiasa berubah-rubah mengikut terlunjuk orang lain.
Entahlah dasar yang bagaimana Nik Aziz maksudkan sedangkan semua rakyat Malaysia tahu yang Pakatan Rakyat menolak dasar Negara Islam mahupun Hudud. Ini sudah mengcukupi buat kita menilai yang PAS sendiri tiada mempunyai sebarang dasar yang tetap sebalik sentiasa berubah-rubah mengikut terlunjuk orang lain.
Nik Aziz sepatutnya menyatakan dasar yang bagaimana yang dia mahu samada
A. Pluralisme
B. Libralisme
C. Malaysian Malaysia
D. Sosialisme
Jika Nik Aziz gagal menyatakan dengan jelas, Jadi dimana letaknya kelayakan Nik Aziz mempertikaikan dasar UMNO yang selama 55 tahun memerintah telah jauh terbukti, malah mendapat pelbagai pujian Negara Islam yang mengakui dan ingin mengcontohi konsep dan dasar negara Islam seperti Malaysia?
PENCAPAIAN EKONOMI MALAYSIA
Untuk mengjawap persoalan Pakatan Rakyat yang sering mempersendakan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional. Ini lebih baik daripada tindakan Anwar Ibrahim semasa Menteri Kewangan yang penah mengcuba untuk mendapat bantuan IMF.
Kerajaan di bawah tranformasi Dato Sri Najib Tun Razak lebih berdaya saing dan mampu mengelak dari terjebak dengan umpan IMF dalam memandu ekonomi negara.
Keberkesanan Tranformasi Kerajaan telah membuktikan Barisan Nasional terbaik.
Kerajaan di bawah tranformasi Dato Sri Najib Tun Razak lebih berdaya saing dan mampu mengelak dari terjebak dengan umpan IMF dalam memandu ekonomi negara.
Keberkesanan Tranformasi Kerajaan telah membuktikan Barisan Nasional terbaik.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Monday, 3 December 2012
Terbaik Perhimpunan Agung UMNO Memalukan Pakatan Rakyat
1. Dengan izin Tan Sri Pengerusi Tetap saya sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih kepada seluruh keluarga besar UMNO kerana sudi hadir di Majlis Kesyukuran Perkahwinan anakanda sulung saya malam semalam. Kehadiran sebegitu ramai membuatkan saya dan keluarga amat terharu.
2. Ikhlas, apabila Tan Sri memulakan ucapan semalam, saya teringat cerita Tan Sri di awal perhimpunan; kisah rayuan cucu belau sendiri supaya UMNO dijaga demi masa depannya. Sama jugalah apabila wakil Johor, Saudari Hasrunizah pagi tadi berkongsi cerita anaknya menyanyi lagu UMNO di kala beliau bergerak menuju Rumah Keramat UMNO. Semua ini membuatkan saya insaf betapa pentingnya perjuangan kita. Semua ini juga membuat saya sedar betapa bermaknanya majlis semalam, ditakdirkan ianya berlangsung di rumah UMNO. Diraikan ketika perhimpunan agung parti. Dihadiri oleh keluarga besar UMNO dari seluruh pelusuk tanah air; Diuruskan bersama oleh para pemimpin, para pendukung dan warga ibu pejabat. Lebih bererti apabila Tan Sri Pengerusi Tetap sendiri sudi mewakili keluarga, memberi ucapan merestui kedua mempelai. Terima kasih Tan Sri: terima kasih tuan-tuan dan puan-puan sama ada di dalam atau di luar dewan.
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,
3. Berbalik kepada perhimpunan ini, seperti tahun-tahun sebelumnya saya diamanahkan sekali lagi untuk mempengerusikan Jawatankuasa Usul. Terus terang saya katakan bahawa persiapan tahun ini merupakan yang paling sukar pernah saya lalui sepanjang mempengerusikannya. Sukar kerana perhimpunan kali ini berlangsung pada saat paling monumental kerana kita berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menentukan kedudukan dan kelangsungan perjuangan agama, masa depan tanah air dan nasib anak bangsa.
4. Ia jelas, kerana bahang perhimpunan ini turut dirasai oleh seluruh ahli UMNO di setiap lapisan masyarakat dan terbukti apabila sejumlah 521 usul yang datangnya dari akar umbi melalui cawangan dan bahagian seluruh negara. 476 daripada usul-usul ini telah pun dibincang dan dipersetujui; 45 diterima tanpa bahas; dan tidak ada satu usul pun ditolak. Inilah bukti bahawa UMNO mendengar suara akar umbi, inklusif, tertib dan demokratik. Jauh lebih tertib daripada Pas, jauh lebih inklusif daripada DAP dan jauh lebih demokratik daripada PKR.
5. Alhamdulillah, semua jurucakap dapat membahaskan ketiga-tiga usul dengan baik, berjaya menjiwai tuntutan setiapnya dan telah meletakkan keutamaan kepentingan perjuangan parti di atas kemahuan diri. Akhirnya semua usul yang dibentang telah dipersetujui oleh para perwakilan sebulat suara sebagai ketetapan perhimpunan yang amat penting ini. Terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Usul dan tahniah kepada semua jurucakap negeri, jurucakap sayap-sayap, jurucakap kelab UMNO dan seluruh perwakilan sekalian.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
6. Sepanjang tiga hari kita mendengar intipati ucapan para pembahas, saya berpendapat terdapat empat penekanan utama untuk kita bawa pulang dan terjemahkan sebagai panduan dan tindakan ahli-ahli UMNO di kawasan masing-masing:
I. Pertama, Prinsip dan Matlamat Perjuangan
II. Kedua, Pemimpin dan Kepimpinan
III. Ketiga, Prestasi dan Pencapaian, dan
IV. Keempat, Kepincangan dan Ancaman Bahaya Parti Lawan
Tan Sri Pengerusi Tetap,
7. Pertama: Prinsip dan Matlamat Perjuangan – Sesungguhnya UMNO dilahirkan oleh kesatuan hati bangsa kita di surau-surau, di bawah-bawah rumah, di sawah ladang daripada segenap lapisan rakyat di seluruh pelusuk tanah air. Ia adalah parti seluruh rakyat bukan hanya pada nama, tetapi pada hati, pada jiwa, pada nurani, pada setiap detik dan degup jantung bangsa tercinta. Kita istiqamah dalam menatang perjuangan; UMNO konsisten pertahankan tiang-tiang seri negara. Prinsip dan Matlamat Perjuangan kita tetap sama. Bezanya pada hari ini, lanskap baru politik menuntut transformasi dalam pendekatan kita. Cara kita berfikir; Cara kita bertindak serta cara kita berkomunikasi.
Kita perlu lebih inklusif, bukan sahaja di kalangan orang-orang UMNO dan Barisan Nasional, tetapi menjangkau seluruh rakyat khususnya generasi muda. Kita perlu berbicara dalam bahasa yang mereka fahami, samada secara fizikal dan juga di alam siber. Ini sedang kita lakukan dan akan terus kita sampaikan kepada rakyat.
8. Kedua : Pemimpin dan Kepimpinan. Selain ahli, pemimpin dan kepimpinan adalah elemen penting untuk pertubuhan. Kita bersyukur peralihan kuasa dalam parti ini telah berlangsung dengan tertib dan sempurna sejak dahulu lagi, tiada pergeseran dan berlaku dalam suasana kekeluargaan. Akhirnya prinsip dan matlamat perjuangan bersambung demi anak watan. Setiap kepimpinan UMNO mempunyai legasi yang tersendiri di era masing-masing. Hari ini sejarah itu diteruskan oleh YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. YAB Presiden kita hari ini juga mempunyai gaya dan pendekatan beliau yang tersendiri. Tidak ada golongan yang dipinggir dan disisih - peneroka, cikgu, pegawai kerajaan, nelayan, petani, pemandu teksi, penjaja kecil, mahasiswa, penganggur, ibu tunggal; semuanya dilibatkan. Inilah keterangkuman. Inilah inclusivity yang perlu kita lakukan secara berterusan jika kita mahu memastikan UMNO terus relevan. Kita harap parti komponen juga dapat melakukan perkara yang sama dalam menjayakannya. Jika kita dapat lakukan semua ini secara berterusan saya yakin dan percaya, kita akan berjaya menutup ruang bagi pembangkang untuk terus meracuni rakyat.
9. Ketiga : Prestasi dan Pencapaian. Sepanjang 66 tahun penubuhan UMNO dan sejak 55 tahun kemerdekaan negara, agenda pembelaan rakyat dan program pembangunan negara sentiasa diutamakan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Hasilnya bukan sahaja dapat didengar, dapat dilihat tetapi dapat turut dirasai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Malah kejayaan ini tidak terhenti di situ saja. Malaysia telah menjadi contoh teladan dalam pelbagai bidang sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Namun begitu, kita masih belum berpuas hati dan ini diakui secara jujur dan ikhlas oleh YAB Presiden bahawasanya Kerajaan Barisan Nasional tidak sempurna dan hakikatnya memang tidak ada mana-mana Kerajaan di dunia ini pun yang sempurna. Inilah sifat pemimpin yang telah dikupas dengan terperinci dan begitu jelas oleh Ustaz Fathul Bari, Wakil Perlis pagi tadi, yang sebenarnya ada pada Presiden kita.
10. Kita bermuhasabah, kita akui kelemahan diri dan kita memohon maaf atas kekurangan yang ada. Kita tidak menunding jari menyalahkan orang lain. Kita tidak angkuh dan kita juga tidak taksub sehingga gagal membezakan kebaikan dan keburukan, kebenaran dan kebatilan. Apatah lagi, kita tidak sanggup mendoakan kehancuran orang lain semata-mata dirasuk untuk mengecapi tampuk kekuasaan. Inilah yang membezakan kita dengan yang lainnya. Inilah UMNO, parti keramat orang-orang Melayu. Parti yang tidak pernah lari dari tanggungjawab. Kita akan terus menangani permasalahan rakyat demi kesejahteraan bersama.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
11. Penekanan Keempat : Kepincangan dan Ancaman Bahaya Parti Lawan. Terlalu banyak kepincangan dalam parti lawan jika mahu dinyatakan satu persatu. Banyak itu jugalah ancaman bahaya yang akan timbul sekiranya mereka mendapat kuasa. Sepanjang perbahasan, para juru cakap acap kali mengupas perkara ini. Pakatan mereka songsang, ideologi mereka caca marba, pemimpin mereka sesumpah politik, pemimpin mereka sanggup mengkhianati agama, khianati bangsa, khianati negara. Pilihan Raya bukan medan uji kaji. Bukan perkara cuba-cuba. Apatah lagi bagi pujuk rayu untuk diberi peluang. Ayuh sampaikan mesej ini kepada seluruh rakyat; jangan lupa mereka telah diberi peluang mentedbir di beberapa negeri; mereka diberi peluang untuk menunjuk prestasi, tetapi mereka gagal. Mereka diberi peluang untuk menunaikan janji, tapi mereka mungkiri. Mereka tipu rakyat. Mereka Penipu. Kita tanya orang Penang apa jadi di Pulau Pinang? Kg Buah Pala, tipu atau tidak? Selangor? Elaun ibu tunggal, tipu atau tidak? Kelantan? Air bersih dan lebuhraya, tipu atau tidak? Kedah? Dari mula sampai akhir semuanya, tipu.
12. Sebab itulah kita tidak boleh cuba-cuba. Seperti yang Ustaz Afendi, Wakil Kelantan katakan, ini bukan untuk suka-suka, untuk seronok-seronok. Sebab itulah kita tidak boleh pertaruhkan masa depan kita, perjudikan masa depan cucu Tan Sri Pengerusi Tetap, anak Ketua Puteri Pontian; masa depan anakanda saya, Alyssa; dan impian seluruh anak cucu cicit kita untuk melihat masa depan mereka yang lebih sempurna.
13. Jangan kita lupa ikatan sumpah taat setia yang kita lafazkan tahun lepas. Jangan kita khianati harapan rakyat dan perjuangan murni ini. Ingatlah, “tidak ada sebaik-baik janji melainkan kepada diri sendiri dan kepada Allah swt. Kerana tiada yang lebih sayu dari melihat bangsa sendiri menjadi hamba. Tiada yang lebih pilu dari melihat anak bangsa melarat dan menderita.”
14. Alhamdulillah, kita sepakat hari ini. Berazam dan berjanji untuk bersama-sama YAB Presiden dan seluruh kepimpinan untuk kita patahkan fitnah dan penipuan pembangkang dengan yakin dan berani. Kita berjanji untuk bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan agama; kita berjanji untuk membina masa depan yang lebih sejahtera dan memakmur negara demi anak cucu cicit kita. Inilah komitmen kita kepada rakyat. Inilah janji kita!
15. YAB Presiden, tidak kira bila pilihan raya akan diadakan, kita akan gerakkan jentera dan mematuhi arahan. Kepada rakan-rakan di kerusi yang menjadi impian pembangkang, jangan gusar, jangan gentar untuk menghadapi musuh politik kita. Tuan-tuan dan puan-puan tidak keseorangan. Kita semua akan bersama dalam susah senang. Tingkatkan azam, kita gempur kubu-kubu mereka, leburkan impian mereka untuk selama-lamanya.
15. Saya berdoa semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati segala usaha kita, agar doa kita dimakbulkan untuk terus mengemudi negara selepas pilihan raya nanti. Bersatulah sekalian anak bangsa. Bersatulah seperti belum pernah kita bersatu sebelum ini. Usah khuatir, usah gulana, usah termenung, usah termangu, barakan jiwa, maralah dengan satu ikatan, satu perasaan, Putrajaya kita pertahankan!
Penggulung an DS Hishammudd in
Tranformasi Najib Razak Membunuh Harapan Pakatan Rakyat
Draf diatas cukup membuktikan tahap kepekaan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam menunaikan tangungjawapnya kepada rakyat. Hinggakan Tranformasi Najib Razak Membunuh Harapan Pakatan Rakyat yang akhirnya memaksa mereka bermain cara kotor untuk menawan Putrajaya.
Semasa zaman Anwar sebagai Menteri keewangan pada tahun 1991 hingga 1998 hanya menyumbang RM12.8 bilion untuk peruntukan Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Tetapi semasa era Dato Seri Najib menjadi Mentari Kewangan pada 2009 hingga 2012 peruntukan adalah jauh lebih besar dan menyeluruh, iaitu sebanyak RM24 Billion dalam jangka masa 4 tahun sahaja.
Ini jelas menunjukan proses tranformasi yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim dengan bayangan kayangan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Oleh itu hanya UMNO BN yang layak mengtabir negara berbanding Pakatan Rakyat
Sunday, 2 December 2012
Husam Musa Buatkan Deepak Jaikishan Terpinga-pinga Setelah Serang Najib
Apalah nasib Deepak Jaikishan baru seronok-seronok serang Najib Razak ada kawan sekole tersalah mengeluar kenyataan hingga menjadi persoalan yang yang makan kawan!
Hujah Husam Musa sendiri mendedahkan apa yang sedang berlaku dan mengapa masa dipilih di waktu persidangan Agung UMNO untuk menyerang Najib Razak.
Mungkin semuanya semata-mata untuk mengalih perhatian! Almaklumlah Perhimpunan Agung UMNO kali ini amat berbeza dan memberi impak yang positif kepada Barisan Nasional. Apatah dikalangan Pakatan Rakyat UMNO dan Barisan nasional terus-menerus ada perpecahan sepertimana yang berlaku di PRU12 yang menyebabkan tumbangnya 5 negeri ke tangan pembankang.
Berbalik kepada soal Deepak Jaikishan persoalan yang dibangkitkan Husam Musa cukup menjelaskan ada agenda yang tersembunyi untuk menjatuhkan Najib Razak. seperti yang tertulis di malaysiakini
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak."Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Hujah dan kenyataan ini cukup menggambarkan Datuk Sri Najib Razak dianayai kerana agenda politik.
1Malaysia Menjadi Musuh Terkuat Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR - Sokongan rakyat terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) dan konsep gagasan 1Malaysia adalah kukuh, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini dibuktikan oleh kajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, yang menunjukkan 74.2 peratus responden sangat berpuas hati dengan kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Pertahanan itu berkata 17 peratus pula berada di atas pagar manakala empat peratus lagi tidak berpuas hati.
Kajian terhadap sokongan konsep 1Malaysia pula menunjukkan 74.4 peratus sangat berpuas hati, 12 peratus berada di atas pagar dan lima peratus tidak berpuas hati.
"Survei yang dibuat secara empirikal yang diketuai oleh Prof Madya Dr Ismail Sualman adalah satu usaha yang mendapat pengiktirafan, dengan hasil responden 28,788 orang yang dibuat secara berstruktur," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata Presiden Umno telah melakukan pelbagai hamparan perkhidmatan kepada setiap kumpulan sasar dan kajian yang dibuat itu menunjukkan kerajaan BN masih relevan di hati rakyat.
"Semalam perwakilan Negeri Sembilan marah saya kata kononnya saya tidak sayang Presiden kerana saya minta beliau naik motosikal bersama saya, kami naik motosikal dua tayar beliau naik motosikal tiga tayar sebab tidak mahu presiden jatuh, cedera...sebab itu bagi motosikal OKU (orang kurang upaya) kepada beliau.
"Ertinya saya jaga keselamatan beliau, kenapa, kerana beliau menjaga ibu tunggal, bapa tinggal, orang bujang, pelajar, anak sekolah dan ambil tahu 'superbikers' dan 'junior bikers', semua kumpulan beliau ambil keprihatinan," katanya.
Beliau berkata selain perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, kerajaan BN juga menyumbang kepada keamanan di peringkat antarabangsa apabila berjaya membantu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kata damai dan gencatan senjata di Palestin.
"Kita juga telah hantar bantuan ke seluruh dunia apabila berlaku tsunami di Aceh (Indonesia), Malaysia datang dahulu, gempa bumi di Padang (Indonesia), kita yang hantar bantuan dulu," katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau juga terpaksa berbahasa Jawa apabila kedatangannya ke Yogyakarta untuk menghantar bantuan dipersoal rakyat tempatan.
"Mendidih hati saya bila mereka kata adakah kedatangan bapak mahu membalas dosa orang Malaysia terhadap orang Indonesia, saya bagitahu saya menjadi utusan Presiden kerana anggota Umno prihatin dengan masalah yang dihadapi orang di Yogyakarta.
"Rupa-rupanya ada hikmah saya jawab dalam bahasa mereka, saya harap Timbalan Pengerusi Tetap (Datuk Mohamad Aziz) akan buat terjemahan, (sambil berbahasa Jawa dan diterjemah 'aku datang Yogyakarta bantu kamu'), kenapa kita dianggap begitu, seharusnya tidak ada masalah kerana kita adalah saudara serumpun," katanya.
Mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dikata akan dihapuskan jika pembangkang memerintah negara yang dibangkit ketika perbahasan, Ahmad Zahid berkata jika itu berlaku, RAMD akan bangkit kerana mereka merupakan kuasa tersembunyi untuk pertahankan wasiat Raja-raja Melayu.
Beliau juga mahu seluruh rakyat tidak menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi menghargai segala sumbangan yang dibuat oleh ATM dalam mengukuhkan pertahanan negara.
Ahmad Zahid berkata jentera Umno di setiap peringkat harus memainkan peranan lebih luas melalui jentera di alam nyata serta bijak berkawan dengan jentera di alam maya iaitu bloggers yang bersedia untuk membantu pertahankan negara.
"Kini, nafiri perang untuk hadapi pilihan raya umum ditiupkan, kita harap media 'troopers' berada dalam satu payung yang sama bagi menepis serangan bertali arus dari parti lawan," katanya.
Beliau turut mengajak seluruh anggota Umno agar mendoakan kejayaan cemerlang parti dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. - Bernama