KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju kalimah ‘Allah’ digunakan oleh golongan bukan Islam, walaupun ianya menjadi ‘hak’ orang Islam.Beliau berpendapat, penggunaan kalimah itu dikalangan bukan Islam memudahkan mereka mengenali agama suci itu dengan lebih mudah.
Bertapa hebatnya umpan Putrajaya hingga korbankan hak Khalimah Allah milik orang islam seperti yang diakui Nik Aziz sendiri untuk kegunaan bible versi melayu. Dengan alasan ini:
“Kita perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.
Iayalah bunyinya SEMOGA bermakna Nik Aziz sendiripun tidak pasti apa nasib yang bakal menimpa masuarakat islam! terutama generasi baru dan muda yang masih mentah dalam permahaman agamanya.
Nik Aziz hanya berfikir semoga yang bukan islam memeluk islam tetapi buat-buat tidak nampak apa nasib anak-anak kita yang keliru dengan Allah yang mana satu?
Semua itu tidak penting dan semua itu bukan hintungan PAS. Sebaliknya memejuk bukan islam terutama kristian untuk memberi undi adalah lebih penting daripada nasib Agama Bangsa dan Negara!
PecahPalakMikir menyeru saki baki masyarakat islam yang masih sayangkan agamanya dari dinodai oleh hasutan halus anasir memurtadkan islam malalui permainan teknikal! Permainan pergunakan Khalimah Allah dalam modus operandi menyesatkan dan memurtadkan masyarakat islam. Bukankah pertahankan Khalimah Allah itu juga merupakan jihad? Paling sedih PAS dan PKR tidak menghormati kuasa raja-raja sebagai ketua agama. Jadi apa lagi kita dapat harapkan dari PAS dan PKR?
SHAH ALAM 8 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah.Baginda amat kesal kerana titah baginda dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula sedangkan tiga tahun lalu, titah yang sama pernah dikeluarkan berkaitan penggunaan kalimah Allah.Justeru, baginda membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.Titah baginda tersebut dikeluarkan melalui kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Misri Idris di sini hari ini.Melalui kenyataan itu, Sultan Selangor melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua kitab Bible berbahasa Melayu. - UTUSANArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130108/dn_26/Kalimah-Allah-Sultan-titah-ambil-tindakan-tegas#ixzz2HMoH6XyD © Utusan Melayu (M) Bhd
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...
ReplyDelete