Sunday, 6 January 2013

Gempar Ber'Shit CEC DAP Bakal Dilancarkan


Kalau Pakatan Rakyat boleh menggerakkan Bersih 1 2 3 demi menuntut SPR tulus dan bersih! Sudah tentulah Bershit wajib dilancarkan demi menuntut undi CEC bersih dan tulus!

Apatah kenapa hanya undi Zairil Khir Johari dan Vincent Wu yang didapati silap, kononnya yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Bagaimana dengan nasib undi calon melayu DAP lain. Tidakkah ada kesilapan atau penipuan undi berlaku. Sekarang semakin jelas CEC tidak tulus dan sepatutnya ROS mengadakan siasatan. Jika didapati bersalah boleh di ambil tindakkan ke tahap pengharaman DAP.

BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, hanya RoS yang boleh menyiasat perkara itu."Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin RoS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu.

"Itu terpulang kepada RoS untuk mengharamkan DAP atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan 1 Ihsan Samudera Bagan Datoh kepada 876 nelayan di sini, hari ini.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.Ahmad Zahid mendakwa alasan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan undi itu adalah bagi membolehkan mereka meletakkan Zairil sebagai wakil Melayu dalam CEC.

"Maka mereka menyusun strategi yang kononnya kiraan undi itu salah selepas tiga minggu (pemilihan). Ini memperlihatkan mereka tidak telus.

"Tetapi kalau pengundian itu dibuat selepas sehari atau dua (hari) mungkin munasabah tetapi apabila media memberikan komen maka mereka cuba untuk mengelirukan keadaan kononnya mengira semula undi," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.