Saturday, 19 January 2013

Kenapa Nik Aziz Takut Sangat Azmin Ali

Nik Aziz akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Majlis Ulama. Kerana mungkin sebab Nik Aziz tersedar kembali di mana beliau berpijak sekarang.

Tetapi pada masa yang sama ada persoalan yang diakui Azmin Ali soal Azmin menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.“Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR.

Sudah tentu ini bercanggah dengan pendirian Majlis Ulama yang melarang penggunaan Khalimah Allah terhadap bible versi melayu. Malah Nik Aziz engan menasihat atau memberi pandangan dan apatah menyelar tindakan Azmin Ali yang berani mempertikaikan keputusan Majlis Syura.

Malah Nik Aziz cuba sedaya upaya untuk menimbus kecelaruan dari menyelesaikan dengan satu keputusan yang sepakat. Sebab itu “Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” kata Nik Aziz bila diaju soalan oleh pihak media.

Sebenar apa yang Nik Aziz dan Haji Hadi takutkan sangat dengan Azmin Ali? Adakah ini hampir sama dengan isu bagaimana PAS terpaksa akur menggantung undang-undang islam kecil negeri Kelantan, yang mana undang-undang melarang unisex salon dijalankan di Kelantan mendapat tentangan DAP sehingga PAS sendiri tidak yakin dengan apa yang mereka draf dan laksanakan. Kalau ini tahapnya keupayaan PAS bagaimana mereka masih bongkak dengan idea menegakkan undang-undang islam?

Bergitu juga dengan Khalimah Allah, situasinya berkecelaru apabila keputusan sebenar tergantung antara setuju atau tidak.

Disini tidakkah rakyat nampak yang gabungan PAS dan PKR tidak pernah sefahaman dalam apa jua dasar pejuangan Pakatan Rakyat. Malah tindakan takut tidak bertempat seperti Nik Aziz tidak akan membantu langsung prinsip dan dasar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Melainkan PAS terus menerus menjadi kaldai.

Dalam situasi ini. Sebenarnya mudah difahami yang tindakan DAP berjaya memperkudakan PAS dan PKR. Kerana hanya PAS dan PKR sahaja yang bergaduh tampa sesiapapun betani menjentik DAP.

Buktinya beranikah Nik Aziz menegur atau mengasak Lim Guan Eng tarik balik permintaannya untuk membenarkan bible versi melayu menggunakan khalimah Allah sebagai perganti God?

Lansung Nik Aziz tidak berani sama ada terhadap Lim Guan Eng ataupun terhadap Azmin Ali?

Dan kesimpulannya apa gunanya Nik Aziz duduk tidur sebagai Murshidul Am PAS? Tidak guna ada jawatan itu kalau sekadar boneka mainan PKR dan DAP. Kerana jenis boneka mainan akan menjadi perosak dan peruntuh kepentingan Agama Bangsa Dan Negara sahaja.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.