Saturday, 5 January 2013

Nik Aziz Percayakan Lim Guan Eng Mengjaga Khalimah Allah .......?


PecahPalakMikir sedar ramai sangat cai-cai Pakatan Haram bergitu anti dengan penulisan tokoh ini. Tetapi pada PPM beliau berani walaupun mendapat cemuh cai-cai yang benci bila kemungkaran Pakatan haram didedahkan satu demi satu. Sebab itu PPm tidak pernah kesah dan selagi mampu Insya Allah selagi tu tangan PPM akan bantu selagi terdaya demi Agama Bangsa dan Negara. Teruskan Dr Mashitah teruskan perjuangan mu.

Agenda di sebalik gesaan LGE
DR MASHITAH IBRAHIM
4 Januari 2013 Sinar Harian
Kalimah ALLAH bagi orang Islam merujuk kepada ALLAH Yang Maha Esa. Sama sekali tidak sama dengan “Tuhan Bapa” yang merupakan salah satu oknum akidah trinity agama Kristian. Kalimah ALLAH Lafz al-Jalalah adalah khusus mutlak agama Islam dengan mafhum yang berbeza dengan agama Kristian. Kalimah ALLAH yang hendak digunakan oleh Kristian bersifat taslis dan syirik. Tetapi kalimah ALLAH bagi Islam bersifat tauhid.

Kalimah ALLAH tidak pernah disebut dalam teks bahasa Greek dan bahasa asal Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Bible). Dalam bahasa Greek, tuhan ialah ‘Theos’ manakala bahasa Hebrew/Ibrani (bahasa asal Kitab Taurat) memakai El, Eloh, Elohim dan Yhwh untuk tuhan. Ismu ALLAH tidak pernah diguna pakai oleh mana-mana mazhab Kristian kecuali Koptik yang dianuti orang Arab. Aliran utama Kristian seperti Katolik, Protestan, Lutheran, Methodist dan Jehovah Witness tidak pernah menggunakan Ismu ALLAH untuk Bible mereka.

Dalam Bible berbahasa Inggeris, tuhan disebut sebagai God, dan bukan ALLAH.

Justeru, atas dasar apa Setiausaha Agung DAP mendesak supaya kalimah ALLAH dibenar digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dalam perutusan Hari Natalnya? Penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu akan menyebabkan kekeliruan berlaku sekali gus membenarkan pluralisme agama, yang mendakwa semua agama adalah sama. Disebut pada ayat 6 Surah Al-Kafirun yang bermaksud, “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” Ayat ini jelas menolak dakwaan bahawa semua agama adalah sama. 

Perhatikan ayat ini, sekiranya perkataan ALLAH digunakan dalam Bible bahasa Melayu: “Engkau adalah Messiah anak ALLAH yang hidup.” (Matius 16:16). Lihat pula maksud ayat ini dalam al-Quran: “Dia (ALLAH) tiada beranak dan Dia (ALLAH) pula tidak diperanakkan.” (Surah Al-Ikhlas: 3). Adakah sama maknanya? Adakah sama maksud penggunaannya?

Kalimah ALLAH merupakan kata nama khas daripada bahasa Arab yang tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna lain. Dari segi nahu dan makna, kalimah ALLAH tidak boleh diumumkan, dikecilkan, dilelakikan, diperempuankan, dibapakan mahupun diperanakkan, apatah lagi diterbitkan atas nama lain. Jika dikaji, banyak lagi contoh percanggahan makna dan maksud yang akan berlaku sekiranya kalimah suci ALLAH digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Desakan Lim Guan Eng ditentang banyak pihak, termasuk para ulama, NGO Islam dan parti politik. Perkara ini juga sudah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008: Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Apa lagi yang tidak difahami Lim Guan Eng?

Sebagai orang Islam, kita wajib menentang hasrat ini demi menyelamatkan akidah umat Islam. Agenda beliau mungkin sama dengan apa yang disebut oleh The People of the Book, sebuah organisasi yang bergiat memurtadkan orang Islam.

Menurut mereka: “We believe it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible...Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe it is perfectly acceptable to use the name ALLAH, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute.”

4 comments:

  1. Tiada bukti nama Allah telah dipakai sebelum Quran. Cuma ada teori sejarah tanpa bukti kukuh. Sebenarnya God = ilah & The God = al-ilaah dlm bahasa Arab & bukan Allah spt didakwa. Nama Allah asal Quran. Bible langsung tak sebut. Bible ada sendiri nama Tuhan iaitu Yahweh. Kristian tak guna nama Allah di byk negara & bahasa. Malahan ada yg hina nama Allah. Mubaligh Kristian gunakan di negara umat Islam spt Arab & Indon. Hasilnya ramai jadi Kristian!

    ReplyDelete
  2. sila tengok apa yg berlaku sekarang http://www.youtube.com/watch?v=sxmt78dtxsg

    ReplyDelete
  3. sejak kecil saya sebagai penganut agama kristian bila membaca alkitab terjemahan melayu/indonesia memang selalu di sebut Allah,malahan waktu berdoa selalu saya dengar ya..Allah Tuhan yang maha kuasa tolong lah kami,itu dah 50 tahun yg lalu..dalam bahasa ingerris..oh God our Lord..ini sengaja org timbulkan..tahukah kamu gara gara isu nama ini amat merugikan parti..tak kira lah apa parti yg se olah olah merendahkan kepercayaan agama lain..

    ReplyDelete
  4. I don't understand why he hate christian people http://www.youtube.com/watch?v=-85CJ1fWqT0

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.