Tahniah buat warga ibu tunggal dan warga tua yang bertindak menyaman Kerajaan Selangor yang gagal menunaikan tanggungjawap menyelesaikan segala janji PRU12.
Buat janji-janji yang belum dikemukakan saman cepat-cepat buat jangan muka dengan puak-puak ini. Malah rakyat Kelantan, Kedah dan Penang jangan lepaskan perluang untuk turut serta.
SHAH ALAM, 23 Jan - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.
“Tiada sebarang bantuan diterima sejak pemerintahan kerajaan negeri berubah pada 2008 sedangkan sebelum ini kami dijanjikan pelbagai bantuan dan hakikatnya sehingga hari ini tiada satu sen pun diberikan.“Jadi, saya menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan di mana janji yang dibuat mereka untuk membantu warga emas dan golongan tidak berkemampuan di Selangor ini,” kata Akhirudin Abd Rashid 60.Walaupun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) katanya, Barisan Nasional (BN) sebenarnya banyak membantu golongan sepertinya dan kalau mengharapkan wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri nasib mereka pasti belum terbela.
Akhirudin antara 200 warga emas yang berhimpun secara aman menuntut kerajaan negeri menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto PRU 2008.Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk antara lain memaparkan perkataan ‘MB Selangor- bila nak bayar caruman takaful warga emas RM2,500x50,000 warga emas = RM1.25 bilion’ dan `Jangan zalimi warga emas’.
Tuntutan dibuat selepas ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berikutan kegagalan pakatan rakyat (PR) menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) 2008 dan kini giliran mereka membuat tuntutan sama terhadap kerajaan negeri.Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, rakyat di negeri itu terus bangkit dan mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melaksanakan segera janji yang terkandung dalam manifesto PRU lalu.Katanya, beliau yakin semakin ramai rakyat tampil selepas ini untuk menuntut hak mereka kerana sejak 8 Mac 2008 sehinggalah hari ini (semalam), rakyat negeri ini yang termakan pelbagai janji manis dalam kempen pilihan raya, tidak mendapat apa-apa nikmat atau bantuan yang PR janjikan.
“Kita boleh kira dan tengok semakin ramai rakyat yang bangkit menuntut apa yang terkandung dalam manifesto mereka.“Rakyat terpengaruh dengan pelbagai janji dalam manifesto mereka dan sebab itu rakyat mengundi mereka. Jadi, PR perlu menunaikan janji ini dan tidak boleh marah jika rakyat bangun menuntut hak,” katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan beras kepada 200 warga emas dan ibu tunggal yang hadir di kawasan itu semalam.Dalam sidang akhbar sama, peguam, Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners yang mewakili kumpulan berkenaan, berkata pihaknya memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor menuntut caruman takaful RM2,500 seperti dijanjikan dalam PRU 2008, dalam tempoh dua minggu.Katanya, pihaknya yakin tuntutan warga emas ini mempunyai alasan kukuh seperti apa dilakukan golongan ibu tunggal yang sebelum ini tampil membuat tuntutan terhadap kerajaan negeri.“Kami kumpul maklumat dan menjangkakan fasa pertama tuntutan saman ini menghimpunkan 2,000 warga emas,” katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.