Lokasi : Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
Slogan : Selamatkan akidah Satukan Ummah
Tetamu Jemputan BN : Ustaz fathul bari dan dato’ hj satim diman (calon adun sri serdang)
Tetamu PAS(dialog) : Ustaz reza (ketua pas cawangan taman equine) dan saudara Khairi HJ Awang (ketua pas bahagian penajaan cwgn equine)
Bingkisan serba sedikit Ucapan :
Dato’ HJ Satim Diman
MB Khalid beri manifesto yg akan memperuntukan 2 juta untuk Masjid Nirwana Ampang, namun setelah 4 tahun hampir berlalu…. janji hanya tinggal janji… at last, PM yg turun ke sana dan beri sumbangan 2 juta utk masjid tersebut.
Masjid kampong aman, sebelum PRU12 kerajaan persekutuan umumkan peruntukan 7 juta utk pembinaan masjid tersebut.. walaupun peruntukan tersebut telah sedia ada tetapi apabila PR menang, kerajaan negeri tak meluluskan tapak pembinaan masjid.. kerana itu sehingga 1 penggal berlalu begitu sahaja. Masjid blum terbina.
“jika semua perkara mahu diserahkan kepada kerajaan persekutuan, dan kerajaan negeri tidak mahu berbuat apa, lebih baik kita tukar Kerajaan Negeri kepada BN, Kerajaan Persekutuan kita Pastikan BN, kerana BN janji ditepati” lebih kurang ayat HJ satim Diman.
Ustaz Fathul Bari
Beliau menghadiri persidangan GMM (global movement moderation) di indonesia bersama NGO terbesar di Indonesia iaitu Muhammadiah (Yang mempunyai lebih kurang 30 juta pengikut) dan Nahdatul Ulama (lebih kurang 70 juta pengikut). Kedua2 nya bersepakat dan bersetuju bahawa moderation, kesederhanaan ataupun wasatiyyah bermaksud kembali kepada asalnya iaitu al-quran dan as-sunnah. Ramai kan org islam yg menyokong cadangan PM kita?
Ustaz Reza
Sesi dialog antara dua ustaz ini berjalan dlm keadaan terkawal. Banyak persoalan yg di jawab dgn jelas oleh ustaz fathul bari. antara isu yg diketengahkan oleh ustaz reza adalah isu umno assobiyah, hudud, perlembagaan umno tak fully berlandaskan islam.
Ni ayat ustaz reza yg boleh nurul highlight:
“Saya sudah lama jd ahli pas sejak habis spm smpai skrg....memang saya anti umno. Kalau la harga tv tu sekupang dua kupang..dh lama sy sepak-sepak tv tu setiap kali berita keluar…sy pun dah lama tak bace surat khabar sbb sume tntang umno..Sebegitu sekali mereka berjaya semai kebencian dlm diri sy kepada umno, tetapi biarlah segalanya menjadi kebodohan yg ada dalam diri saya dan ahli2 pas yg lain”
“Saya hari ini selaku ketus PAS cawangan taman equine mewakili sahabat2 PAS yang seangkatan dengan saya, ingin menyatakan ikrar kami bahawa kami akan menyokong kepimpinan umno (dr segi maaruf dan berlepas kiri utk perkara mungkar) untuk memenangi PRU 13 akan datang bg merampas semula DUN ini terlepas dari PR. KITA TOLAK DAP, KITA TOLAK KIT SIANG, KITA TOLAK GUAN ENG, yg penting KITA TOLAK ANWAR IBRAHIM!! Kepada ahli2 PAS yg lain, BERUBAHLAH SEBELUM ANDA DIUBAH..”
(begitulah lebih kurang ayat ustaz reza, mereka jd begini sbb kecewa bila PAS bertuankan DAP, PAS sekarang tidak seperti dahulu..PAS skrg seperti rojak pesembuq)
Thursday, 14 February 2013
Bukti PAS semakin hancur dimusnah pengikut sendiri
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.