Biarlah PPM mulakan apa yang sedang berlaku di Sarawak. Kekesalan PPM kepada kedua-dua pihak blogger yang sedang berperang dan kedua-dua team mengaku setia perjuangkan Barisan Nasional.
Kedua-duanya mengaku setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sungguh! Betul! PPM akui mereka sememangnya setia....
Jadi jika anda setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ... Anda juga harus setia kepada Barisan Nasional. Perdulilah apa jua percakaran antara anda. Perdulikanlah apa yang cuba dipaparkan Sarawak Report sebab semua itu sememangnya dirancang sedemikian rupa dengan agenda PR tersendiri dan sudah tentu bermatlamat menawan Putrajaya.
Tidak kira siapa yang mulakan. Tidak bermakna antara anda berhak menyerang 1UMB BN Sarawak? Apa jua perjalanan UMB berdasarkan perancangan Barisan Nasional. Bukankah mengaitkan UMB bermakna secara tidak langsung mensabotaj perjalanan Barisan Nasional. Cukup setakat itu PPM tidak mahu berbicara terlampau jauh. Tetapi tolonglah kita dalam mood PRU13 beri tumpuan kita membantu Barisan Nasional. Jika anda membantu Barisan Nasional bermakna anda bantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pedulikan skandal cubaan ambil alih kuasa! Pada PPM Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud lebih kenal lebih mengetahui dan arif akan siapa mereka sebenarnya. Jadi kenapa kita yang sekadar tahu samada dari mulut ke mulut atau media dan apa jua sumber boleh menghakimi berdasar apa yang rasakan?
Tolong hentikanlah dan bersatulah semua dan kita selesaikan nanti bersama dengan sebulat meja. Sekarang masa kita bongkar Pakatan Rakyat yang semakin aktif menjalan perang saraf dengan berkampung berbulan-bulan untuk menghasut rakyat.
PPM yakin yang kehendak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahukan adalah kita bersatu memperkuatkan Barisan Nasional dan bukan menunjuk siapa yang paling setia menentukan apa nasib kedudukan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas PRU13. Itu bukan kerja kita tetapi kerja kita buktikan Barisan Nasional terhebat dan memenangi PRU13.
Apa yang PPM katakan adalah sama jua ditujukan kepada kedudukan Datuk Sri Najib Razak. Bukan kita yang berhak menentukan tetapi buktikan kita bersatu dan setia di bawah Barisan Nasional tampa memperdulikan anda dari parti kompenan mana tertapi buktikan kita bersatu dibawah 1 Barisan Nasional.
Mohon maaf kepada semua kerana apa yang PPM pecah palak mikir luahkan atas rasa cinta kepada Agama Bangsa dan Negara dan sayangnya PPM kepada Barisan Nasional. Peace......
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.