Tuesday, 19 February 2013

Manifesto Terbaru Haji Hadi Tangkap Muat

Itu dia! Sekali lagi Pemuda PAS Terangganu buat karangan manifesto PRU 13 tampa meneliti kenapa mereka gagal sebelum ini.

Pemuda PAS Terengganu mula buat janji baru untuk akan memastikan rancangan untuk melahirkan 17,000 peluang pekerjaan di Terengganu akan menjadi kenyataan. Di bawah kehebatan Haji Hadi. Hebat mana sangat Haji Hadi ini?

Sedangkan Lebih 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan. Itu sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan. Tetapi kenapa sehingga sekarang masih gagal memulihnya. Adakah PAS memang jenis bercakap pandai tertapi kalau bab kerja tidak tahu dimana nak mulakan. Kecuali bab-bab sabotaj tranformasi kerajaan pandai la sangat.

Apa kemahiran PAS? Mengurus ladang rakyat pun dah hancur sampai rakyat kelantan bangkit menuntut kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan segala aset negeri dengan baik dan mereka juga mahu memastikan tanah-tanah di negeri itu kembali kepada rakyat Kelantan. Jadi dimana kemampuan Pemuda PAS dapat buktikan yang mereka akan berjaya dengan cadangan manifesto atau benarlah manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan? seperti yang digambarkan MB Selangor Khalib Ibrahim? PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.