Thursday, 28 February 2013

Pratonton Anwar In The Wonderland

Apakah yang membezakan Anwar In The Wonderland dengan Alice in Wonderland kerana menawarkan janji-janji fantasi yang tidak mungkin mampu ditunaikan

Ini merupakan janji yang telah recycle dari PRU12 dan tidak mustahil di recycle kembali di PRU14. Apa hendak dihairankan Manifesto yang lepas ada kesilapan paling besar melibatkan royalti minyak Terangganu dan Kelantan.

Ini bukti jelas tiada perangkaan yang tepat dan sepenuhnya melibatkan jangka pendek dan panjang. Sebaliknya ia hanyalah TANGKAP MUAT. Dibuat secara tergesa-gesa tampa penelitian yang pasti samada boleh dilaksanakan atau tidak.

Satu bukti lagi yang perlu diberi perhatian. Nampak sangat Nik Aziz dan Haji Hadi kecewa semasa diatas pentas kerana tiada langsung apa yang dibentang menyebelahi dasar PAS. Jadi PAS wujud dalam Pakatan Rakyat untuk apa? Untuk menyemak atau menjahanamkan Agama Bangsa dan Negara?

Anda percaya ke tidak akan wujud suara penafian yang menghalalkan Manifesto di PRU13 tidak dilaksanakan seperti mana Khalib Ibrahim mengatakan Manifesto bukan janji jadi apa guna kita taksud dengan cebisan dokumen sampah oren. Adakah manis mulut hanya membuat kita terawang-awangan dengan dunia Anwar In The Wonderland?

Fikirkanlah jikalah semua kutipan tol dimansuhkan. PTPTN dihapuskan! Subsidi minyak diberlanjakan 2 kali ganda malah semua skim Tranformasi Najib Razak ditawarkan Pakatan dengan 2 kali ganda kos. Walaupun tawaran ini dinamakan Makanan Haiwan oleh Nik Aziz..... Anda rasa hutang negara dari 53% akan menyamai 105% seperti Singapura?

Dihintungkan lagi royalti Petronas terpaksa bayar 3 kali ganda kepada Negeri Pengeluar dan pembiayaan Subsidi dikorek lagi dari tabung Petronas.... Jadi bagaimana Petronas untuk mengeluarkan modal pengalian sumber baru? yang kita tahu menyamai hampir setahun keuntungan pengeluaran dan kos ini meningkat dari masa ke masa berdasarkan harga pasaran bahan pembinaan.

Jadi bagaimana kerajaan baru beroleh hasil pendapatan? Adakah dengan mengenakan cukai sampai tahap petani dan nelayan biasa? Hendak harap Lynas dan Felda... Bukankah Pakatan berjanji mahu tutupkan?

Mengenai subsidi elektrik baru... Pakatan hendak tutup Bakun tetapi menaikan subsidi elektrik... jadi bagaimana Pakatan mendapat dana baru untuk tampung semua ini ketika arang batu semakin mahal? Hendak buang Konsesi Bebas IPP... Berapa ratus bilion Pakatan harus bayar pampasan..... Duit mana dia hendak ambil? Petronas lagikah?

Inilah dinamakan PecahPalakMikir "Anwar In The Wonderland" gila!! Nang Pecah Palak Mikir....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.