Wednesday, 6 March 2013

Gempar Pakatan Rakyat Buktikan Perisiknya Lebih Hebat Berbanding Tentera Kerajaan

Siapa dapat nafikan kehebatan Anwar dan jenteranya yang punyai network tidak terbatas. Berbanding Najib Razak perlu meneliti dahulu samada memudarat negara atau tidak. Tetapi dalam kes Pencerobohan Lahad Datu yang Pakatan pertikaikan tahab risikan negara tentulah semudah Anwar berkata dan mehendiknya.

Dalam risikan negara bukan semudah yang rakyat biasa fikirkan. Dalam risikan negara, diketahui ada ajensi kuasa luar yang membantu pengkhianat dengan pelbagai cara. Ada yang dapat di dedahkan dan ada yang tidak di dedahkan kerana kekangan dibawah kuasa dunia yang lebih besar.

Bagi PecahPalakMikir sendiri juga kadang mendapat info jauh dari apa yang PPM dedahkan dalam blog. Tetapi disebabkan sebagai warga negara yang bertanggungjawap tidaklah boleh mendedah semua perkara sesuka hati demi mengejar ranking blog. Itu salah dan boleh menjejaskan negara.

Bergitu juga dengan risikan negara yang lebih hebat maklumat mereka ada. Cumanya kalau diketahui awalpun, sebarang tindakan mesti diambil kira dengan peruntukan Geneva dan Bangsa-bangsa Bersatu. Itu tidaklah semudah rakyat fikirkan. Apatah negara kita perlu berhati-hati dengan perangkap yang dipasang musuh negara untuk menghalalkan campur tangan mereka, dengan menggunakan pelantar kuasa dan undang-undang antarabangsa. Melainkan golongan pengkhianat negara sendiri, yang sengaja mahu mengheret Najib Razak masuk perangkap.

Macam Pakatan Rakyat pula tentu lebih hebat sampai ada wakil ke Manila sebelum pencerobohan berlaku tetapi apakah agendanya? Tak akan mencari jam omega kot. Dan bagaimana dengan Suaram yang mengaku terima dana luar dan tak akan terima dana tidak terima dengan arahan sekali ke?

Hakikat sebenarnya untuk pertahankan Malaysia yang tercinta dari dicerobohi bukanlah satu yang mudah berbanding kata-kata yang keluar dari mulut pengkhianat negara. Yang penting kita ikhlas pertahankan Agama Bangsa Negara dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.