Friday, 8 March 2013

Krisis Di Lahad Datu Memasuki Fasa Terbaru Psy War Menduga Kedudukan Najib Razak

Situasi getir di Lahad Datu telah memasuki fasa terbaru yang lebih berbentuk PsyWar yang mana Jamalul Kiram III (mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu) mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia.

Menurut portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam.

Genjatan Senjata ini disusuli dengan tawaran untuk membebaskan tawanan terdiri daripada seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan jika gencatan senjata dipersetujui oleh Putrajaya. Benarkah mereka menawan semua ini? Dari sini kita telah nampak bagaimana pengganas cuba bermain isu untuk menyelamat saki baki pengganas yang telah membunuh 8 orang anggota (menurut laporan resmi kerajaan) dan setelah 52 pengganas atau lebih telah terbunuh selain sejumlah perisik pengganas di tawan tentera dan polis Malaysia.

"Kerajaan Malaysia menolak terus permintaan (diadakan gencatan senjata)... mandatnya sebelum mengiktiraf gencatan senjata unilateral yang dibuat oleh Sultan Sulu, mesti menyerah, kata mereka, 'militan' kepada mereka. Oleh itu, respons kepada itu, saya mahu mengulangi bahawa Kesultanan Sulu sekarang mengisytiharkan akan mengakhiri permusuhan secara unilateral," kata Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu.

Kami ingin memasukkan pengumuman menamatkan permusuhan bahawa Kesultanan Sulu, di bawah kepimpinan Sultan Jamalul Kiram III, bersedia untuk tukar tahanan perang," katanya Abraham lagi.

Sementara itu semalam, Najib menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Dari permainan terbaru! bukankah pengganas Sultan Sulu mendesak seolah-olah Malaysia mengiktiraf Kesultanan Sulu. Persoalanya jika Malaysia menurut kehendak mereka adakah secara tidak langsung Malaysia iktiraf Kerajaan Kesultanan Sulu? Sedangkan kenapa misi sejak 12/3 ditangguh sebanyak 4 kali bagi membolehkan rundingan menurut peruntukan Antarabangsa dijalankan secara rundingan dengan baik.

Situasi sekarang telah berbeza samasekali setelah ada kematian di sebelah Malaysia. Malah Najib Razak juga perlu ambil kira perasaan rakyat Malaysia yang terguris akibat kematian 8 anggota polis angkara Pengganas yang mungkin lebih awal menyusup secara bersekala ke Lahad Datu demi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.

Situasi sekarang juga menunjukan Najib bukan sahaja hadapi pesanan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon untuk terus adakan rundingan setelah Jamalul Kiram III isytiharkan genjatan senjata buat kali pertama. Tetapi Najib juga menghadapi tekanan Pakatan Rakyat yang tidak putus-putus menjalankan serangan menjatuhkan imej polis dan tentera dan banyak persoalan lain yang menjadi bebanan buat Najib Razak yang... Ikuti sambungannya nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. Harimau Kumbang8 March 2013 at 09:57

    Pakatan Rakyat serve no one but themselves...
    Say No Pakatan Rakyat ! !

    ReplyDelete
  2. Pakatan rakyat tlg diam. Selama ni dah terlalu byk anda menunjukkan kebodohan diri.. TOLONG DIAM demi untuk mengelakkan kebodohan anda terus terserlah..

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.