Sunday, 17 March 2013

Lahad Datu Siasat Dalang Sebenar Akui Menanti Arahan US 7 Bulan Lalu

Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung.

Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang.

Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal.

Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini. 



Sumber Info Klik Sini
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.