Media melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan (MNLF), Habib Hashim Mudjabab, semalam.
“Ramai antara kami marah dan kebanyakan mereka, termasuk golongan bukan pejuang, akan ke Sabah membantu tentera Sultan Sulu,” katanya.
Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.
Laporan turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.
Beliau berkata, walaupun pemimpin MNLF tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memasuki Sabah tetapi MNLF memberi sokongan penuh atas usaha Sultan Sulu untuk menuntut semula wilayah Sabah itu.Sementara itu, pembantu sultan berkata, di Manila, antara 100 dan 300 militan dipercayai melarikan diri serangan kelmarin dan bersembunyi di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu. - AFP
PecahPalakMikir: Apa dia orang fikir rakyat Malaysia takut. Kami rela bermandi darah demi cinta kami yang tidak berbelah-bahagi kepada Malaysia
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.