Friday, 19 April 2013

Barisan Nasional terkejut Dengan Video Kehebatan Husam Musa


Pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bertanding di Putrajaya disambut dingin oleh masyarakat tempatan yang rata-ratanya melihat kehadiran beliau sebagai orang luar yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka sebelum ini.


Bagi Nik Ahmad Zulhilmi Mohamad Zahid, 31, perancangan Husam untuk bertanding di Putrajaya dilihat sebagai sia-sia kerana masyarakat telah mengenalinya sebagai antara wakil rakyat pakatan pembangkang yang gagal melaksanakan perubahan dan kemajuan di kawasannya sendiri.



"Datuk Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Salor, dia tak pernah buat apa-apa dan tak bagi apa-apa pun kepada pengundinya. Di Kelantan pun ada janji nak bagi bantuan kepada rakyat tetapi tak nampak, kemudiannya bersama pakatan pembangkang di Selangor pun mereka anggap manifesto bukan janji.



"Orang luar nak datang sini untuk tabur lagi janji-janji kepada rakyat sedangkan Datuk Seri Tengku Adnan adalah orang lama di sini dan lebih tahu berkaitan pelbagai permasalahan yang berlaku," katanya.



Parlimen Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai wakil rakyat yang pertama sejak tahun 2004 dengan menumpaskan calon PKR, dan pada 2008 menewaskan calon Pas.



Bagi Zaima Othman, 44, yang telah lebih tiga tahun tinggal di Presint 18 bertekad untuk mempertahankan Putrajaya agar terus kekal di bawah pentadbiran BN.



"Pada saya apa yang BN lakukan telah membuat saya rasa lebih senang, selesa dan tenang malah sepanjang tinggal di sini tidak ada apa-apa yang boleh buat kita rasa susah atau perkara-perkara yang memudaratkan.



"Insya-allah kami akan pertahankan BN di sini, Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kemanangan BN dalam pilihan raya ini," ujarnya.



Bagi Sabri Wahab pula, melaui kepimpinan BN, wakil rakyatnya sentiasa meberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai program.



"Datuk Seri Tengku Adnan dekatkan pemuda kepada BN, jalankan aktiviti, wujudkan program dan bawa golongan muda kepada wakil rakyat."



Merujuk kepada perancangan Husam untuk bertanding di Putrajaya, katanya dengan statusnya yang bukan orang tempatan maka rakyat perlu tolak bulat-bulat kehadirannya.



"Dia tidak tahu menahu tentang masyarakat di Putrajaya tapi kemudiannya tiba-tiba mahu bertanding di sini?" soalnya.



Dalam masa yang sama, pentadbiran BN turut menyediakan pelbagai bantuan dan program yang dapat memudahkan urusan orang ramai sama ada dalam bentuk latihan dan kemahiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Nor Shaheera Ahmad Zukhi, 25, yang merupakan pengundi dari Bunga Kemuning, di sini.



"Sejak dari kecil bersama dengan seisi keluarga, saya menyokong BN kerana sentiada ada perubahan dari dari semasa ke semasa," katanya.



Ujar beliau, biarpun beliau turut diketaki oleh segelintir pembangkang dan cuba menarik sokongannya namun tekad beliau untuk bersama BN tidak luntur.



"BN telah memberikan banyak kesenangan dan kemudahan kepada rakyat. Golongan muda dapat peluang misalnya untuk berniaga, pinjaman modal bagi menambah pendapatan dan untuk suri rumah ada disediakan latihan dan banyak peluang diberikan," katanya.



Husam yang berhasrat bertanding Putrajaya berasal dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan yang sebelum ini adalah ADUN Salor

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.