Tuesday, 16 April 2013

Ceramah Khalib Ibrahim Dicantas Anwar Ibrahim Di Depan Ribuan Ahli PKR

Pada 15 haribulan April. Kegairahan Khalib Ibrahim memberi cerima soal kerjayaan manifesto PR di Selangor 2008. Benar-benar buatkan hadirin yang hadir termenguap-guap melayan auta Khalib Ibrahim. Yang pasti antara hadirin terfikir iyalah sangat.

Ini membuktikan rakyat Selangor sudah ada tanda tanya soal intergriti Khalib Ibrahim. Tetapi itu tidak menghalang untuk Khalib syok sendiri berucap sampai ke puncak matahari.

Dalam kegairahan Khalib Ibrahim berucap, datanglah Anwar masuk ke padang AU2 Keramat, kerana akan mengumumkan calon PKR di Selangor. Kehadiran Anwar disambut oleh fanatiknya dengan penuh sorak hingga mengabaikan Khalib yang masih berucap di pentas.

Kalau jenis Khalib bercakap jenis syok sendiri mana pernah kesah siapapun datang, sebab itulah diberucap tampa sedar diri, walhal hadirin semua tengok ghairah menyambut kedatangan Anwar. Apabila Anwar datang ke pentas menyebabkan Khalib terpaksa hentikan ceramahnya yang sekerat jalan dan tanpa penutup kata, demi hanya untuk memberia ruang Anwar berucap.

Lawaknya khalib masih dicalonkan di DUN Perlabuhan Kelang di PRU13 dan secara tidak langsung ditendang keluar dari DUN Ijok yang dimenanginya pada 2008. Itu bukti intergriti sebagai MB Selangor kosong dan jika kita ambil kira sambutan hadirin yang mengabaikan Khalib ketika berucapa semata-mata untuk sambut Anwar, jelas memaparkan Khalib tidak dipandang langsung. Tetapi entah bagaimana Anwar pernah umumkan Khalib sebagai MB terbaik Malaysia sejak 55 tahun Malaysia Merdeka.

Barangkali akibat Anwar pernah terlanjur mengangkat Khalib Ibrahim sebagai MB terbaik, maka terpaksalah membenarkan Khalib dicalonkan tetapi bukan di Ijok kerana resikonya amat tinggi. Apatah rata-rata rakyat Selangor mempertikaikan Khalib sebagai MB yang tidak pernah tunai janji, tidak pernah turun Padang dan jasanya langsung tiada sampai peluang kerja di Selangor semakin kekurangan.

Tetapi kebendulan Khalib masih juga mempertahankan keputusan PKR menempatkan di Klang dengan alasan itulah strategi PKR memenangi PRU13. Walhal semua itu kerana terpaksa demi tutup malu PKR. Pecah Palak Mikir.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.