Chong Chieng Jen lari ketakutan bila mendengar Yong Khoon Seng bertanding di kawasan Stampin. Asalnya sebelum pengumuman calon dibuat di Ibu Pejabat PBB, Wilfred Yap yang diwar-warkan bakal bertanding di kawasan Stampin, tetapi tiba-tiba Dato’ Yong Khoon Seng dimasukan ke dalam senarai nama yang bakal dicalonkan pada hari penamaan mengundi.
Situasi ini menyebabkan Chong Chieng Jen ingin cabut lari bertanding kekerusi asalnya di bandar Kuching. Kenapa begitu takut sangat dengan Yong Khoon Seng yang mempunyai pencapaian terbaik dalam Barisan Nasional.
Dato’ Yong Khoon Seng telah dilahirkan pada 22 Disember 1941 di Betong, Sarawak. Kini berusia 71 tahun, beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahli Parlimen Stampin ini memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (B. Pharm MPS) dari Queensland University, Australia. Beliau telah lama berkhidmat sebagai seorang farmasis sebelum melibatkan diri dalam arena politik. Malah beliau bekas Timbalan Menteri Kerja Raya dalam kabinet kerajaan Malaysia yang lepas.
Satu faktor yang menakutkan Chong Chieng Jen kerana rakyat dikawasan Stampin yang telah lama melihat kemampuan Yong Khoon Seng berkhidmat. Mengikut sumber dalaman, DAP berhajat untuk merampas kerusi MP Stampin dengan harapan DAP dapat menguasai satu lagi kerusi MP di kawasan Kuching yang mempunyai 3 kerusi MP iaitu Petrajaya, Kuching dan Stampin.
Kerana keinginan DAP ingin menguasai seluruh kerusi kaum Cina di Sarawak, Chong Chieng Jen diletakan untuk bertanding Kuching, malah operasi dan gerak kerja Chong Chieng Jen telah dijalankan hampir setahun untuk mengubah rentak pengundi kawasan Kuching.
Sementara itu calon dalam perancangan asal DAP di Stampin adalah Julian Tan Kok Ping, Mengikut logik DAP, calon baru bagus diletakan dikawasan yang DAP rasakan kubu kuatnya. Dari itulah Julian Tan Kok Ping mula bergerak berkempen di kawasan Stampin dari bertahun lamanya untuk mempromosikan diri.
Tiba-tiba perancangan DAP tersasar dari ramalan, malah Chong Chieng Jen sendiripun tersentak dengan pengumuman Barisan Nasional yang masih mengekalkan Dato’ Yong Khoon Seng bertanding di Stampin.
Melihat reputasi dan kekuatan calon BN, Chong Chieng Jen ingin berpatah balik ke Kuching tetapi ini menjadi satu masalah besar buat Julian Tan Kok Ping sebagai calon yang baru dinaikan DAP.
Tindakan Chong Chieng Jen menyebabkan Julian Tan Kok Ping terlampau banyak membuang masa di Kuching dan sekarang dalam masa terhad terpaksa mula berkempen dari mula untuk mempromosikan diri di Stampin. Malah yang paling sakit terpaksa berhadapan dengan Dato’ Yong Khoon Seng. Alahai Pecah Palak Mikir si Julian Tan Kok Ping sekarang ini kalau Chong hendak janji harapan untuk Julian bagi ADUN depanpun mustahil bukan.
#Dengar cerita malam ini DAP tengah bertegang leher mencari siapa yang layak, hehe masak dan pecah palak mikir.
#Dengar cerita malam ini DAP tengah bertegang leher mencari siapa yang layak, hehe masak dan pecah palak mikir.
Ka u bang pembulak besar.
ReplyDelete