Friday, 12 April 2013
Dato Kamarul vs Anwar - PKR Negeri 9 Bertelagah Lagi-
GEMPARR!!!! DATO KAMARUL DI TOLAK SIDANG MEDIA BUKTI PKR MAKIN RAPUH DI NEGERI SEMBILAN!! 11 April 2013 Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR. Majlis yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang. AMK Telok Kemang juga mencadangkan agar Chegubard yang ditolak oleh PAS Pulau Pinang di Sg Acheh untuk bertanding mewakili PKR di Telok Kemang. Penentangan di antara Chegubard dan Kamarul Bahrin nampaknya semakin sampai ke kemuncak. Dato Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri dikatakan orang yang bertanggungjawab mengusir Chegubard dari politik Negeri Sembilan sehinggakan Chegubard terpaksa melahirkan SAMM selepas terkeluar dari persaingan politik dalaman AMK. WAHHHH KELAM KELIBUTT!!! JANGAN PECAH PALAK MIKIR YAAA....KAHKAHKAH
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.