PAP dan DAP mempunyai kaitan yang amat kuat semenjak Singapura masih di dalam Malaysia. Singapura berjaya keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah negara yang diiktiraf antarabangsa dan semuanya dari hasil usaha parti People's Action Party- PAP, sekarang tinggallah serpihan parti DAP yang terus memperjuangkan agenda seterusnya di Malaysia.
Dari sejarah ini membuktikan hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura sememangnya bukan suatu rahsia lagi. Rakyat Malaysia harus ingat kedua-dua parti PAP dan DAP merupakan parti yang mengamalkan nepotisme yang kronik. malah kedua-dua parti ini tidak pernah boleh terima peruntukan yang menyokong kekuatan melayu dan islam di Malaysia.
Sekarang ini PAP secara terang-terangan memberi bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13. Faktor utamanya adalah Singapura sekarang mempunyai saingan yang hebat dari pembanggunan Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan dari segi kemampuan peningkatan menarik jumlah pelabur yang besar, menyebabkan Singapura takut dengan bayangan sendiri. Selama ini, Singapura bergantung kepada hasil pelabuhan dagangan yang sepatutnya tidaklah menjadi satu halangan kerana Wilayah Iskandar & Greater Johor Plan bakal menjadikan perlabuhan Singapura lebih bagus meraih hasilnya.
Tetapi adakah Singapura berhajat untuk lebih dari itu? iaitu menguasai keseluruhan kekuatan Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan. Apakah kaitan dengan tiba-tiba kehadiran Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, adakah perkara yang berlaku secara kebetulan atau punyai satu agenda berkaitan rapat dengan kehendak dan cita-cita Singapura?
Disamping itu Pengumuman Kit Siang sebagai calon DAP di kawasan Gelang Patah juga dilihat sebagai cara untuk mengekang penguasaan Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, yang dikatakan tidak sehaluan dengan anaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Jika dimbaskan kemabali apa yang berlaku di Selangor, DAP yang juga merupakan rakan kongsi ketat Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu skandal tanah di Bestari Jaya yang melibatkan tanah pegangan pajakan seluas 2,263 ekar dan pengutipan hutang dengan Talam. Jumlah RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran masih lagi belum selesai dan jauh daripada telus dan kebertanggungjawaban. Jika DAP bersama Pakatan Rakyat berjaya menguasai Johor dan apakah nasib Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan, siapakah yang paling lahap menanti habuannya?
Dalam pada itu, sebagai sokongan PAP kepada DAP timbul satu persoalan baru dimana Syarikat yang dikawal DAP/PAP di Singapura telah menggalakkan kakitangan ambil cuti bantu DAP di Malaysia. Bukan setakat dari peluang bercuti pada 3/5/2013 dan 6/5/2013 tetapi hanya kepada rakyat Malaysia dari keturunan cina?
Disamping itu mereka juga ditawarkan elaun penuh kepada yang sangup membantu DAP. Ini adalah inisaitif yang hebat dan penuh agenda sulit?
Kenapa tindakan ini menjadi begitu drastik sehinggakan galakan penuh buat kakitangan akan memberi undi yang pasti kepada DAP dan menjadi jentera turun padang untuk mempengaruhi majoriti kaum cina Johor beralih kepada DAP? Adakah rakyat Johor bersedia untuk menanggung resiko ini?
bg la duit banyak2 lagi dekat sekolah cina.juallah lg tanah dgn cina singapura, buat la lagi biar semua tergadai
ReplyDelete