Wednesday, 17 April 2013

Siapa yang bawa "Berita Syaitan" Dr Juanda ?

Cerita Dr Juanda untuk bertanding atas tiket PKR memang panas dan semakin panas bila mahu menjelang hari penamaan calon tetapi apa sudah jadi dengan khabar ini?

“Ini berita syaitan.” Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kepada Sinar Harianmengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan “masih jauh lagi” untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

“Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan,” katanya.

Dr Juanda akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR, lapor Star Online yang memetik kenyataan dari Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Menurut Mohd Faiso, pemilihan Juanda bakal membuatkan PKR yakin menang di kubu kuat BN itu.

“Kami optimistik akan menang,” kata beliau.

Sebelum ini, organ Pas, harakahdaily melaporkan Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin telah mengumumkan nama Ahli Jawatankuasa PAS Kangar, Baharuddin Ahmad bertanding di Parlimen Kangar

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.