Penamaan pencalonan telah pun tetap, siapa yang akan menguasai kerajaan, sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN, PRU kali ini adalah satu cabaran yang amat besar.
Dalam penamaan calon kedua-dua belah pihak juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.
Kali ini BN tidak lagi berpeluang menang tanpa bertanding mana-mana kerusi, sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.
Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim bertindak dengan tiket bebas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, menyebabkan UMNO rasa bengang, sudah tentu kerusi Parlimen Kuala Kangsar tetap tidak akan terlepas dari tangan BN.
Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi, Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Pecah tiket undi, pastinya Pakatan Rakyat kalah sebelum bertanding kerusi Parlimen di Labuan.
Pakatan Rakyat tanding di 6 kerusi DUN di kawasan Ledang, Kota Putera, Seberang Tasik, Kota Damansara, Sungai Aceh dan Panti, mereka saling berlaga bertanding 3 penjuru dengan BN.
Selain dari itu ahli Veteran DAP Sim Tong Him bertanding sebagai calon 2 kategori, beliau bertanding di kerusi Parlimen atas tiket DAP dan bertanding di kerusi DUN atas tiket bebas, menyebabkan keadaan pilihan raya di negeri Melaka dalam keadaan kebimbangan. Dimana DAP hanya bertanding di 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN di Melaka.
Selain dari itu, negeri Deposit BN di negeri Sabah, kini berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat tidak dapat capai kata sepakat untuk mencabar BN, menyebabkan kerusi Parlimen di Sandakan dan Tanjung Batu sahaja lawan satu sama satu, ini menyebabkan BN mananti untuk menuai hasilnya, kerusi Parlimen hanya ada 25 kerusi di negeri Sabah, dimana BN lebih berpeluang untuk menang besar.
Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.
Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.
Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.
Ini bermakna kekuatan BN ialah pada UMNO, dimana kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PKR dan Pas, ketiga-tiga parti ini cuba merebut lebih banyak kerusi daripada pengundi. Jika dilihat dari segi kekuatan ahli bawahan, UMNO lebih unggul dan Pas yang kedua unggul, yang ketiga adalah PKR.
Jika sebarang yang tidak diingini berlaku, ia akan membawa impak yang sangat besar, dengan itu langkah untuk masuk ke Putrajaya akan ada persaingan di antara ketiga-tiga parti. Walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, tetapi hanya mampu bertanding di 51 krusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus, jika DAP menang semua kerusi yang ditandingkan, jika menang semua kerusi sekalipun DAP terpaksa mohon restu dari rakan-rakan parti.
Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.
Contoh garisan pecut untuk larian ke Putrajaya hanya 400 meter, permulaaan larian Pakatan Rakyat kurang elok, sama ada boleh menang ataupun tidak, ia perlu pecutan di garisan penamat yang terakhir.
Sinchew Daily News
Perkara: antara BN dan Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Corner m/s 22
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)
Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah
22 April 2013
Terima kaseh En Hassan, sekurang kurang nya kita tahu apa pendapat suratkhabar cina dalam PRU13 kali ini.
ReplyDelete