Saturday, 13 April 2013

Video Jeneral Abdul Ghafir Minta Habuan Kempen Untuk PKR & Anwar Ibrahim

Hah kusangkakan demi Agama Bangsa dan Negara konon! Tetapi semua itu hanyalah sendiwara semata-mata. Rupa-rupanya kehadiran Leftenan Jeneral (B) Abdul Ghafir turun padang hanyalah sekadar mengharapkan habuan semata-mata. Patutlah sanggup membela Anwar Ibrahim tanpa ambil kisah siapa sebenarnya individu yang bernama Anwar Ibrahim.

Ini bukan rekaan tetapi benar-benar diluahkan oleh Abdul Ghafir. Lihat ini video Jeneral Minta Habuan Berkempen. Dalam ceramah Abdul Ghafir menghebahkan dirinya tidak bertanding tetapi mengikut senarai PKR namanya bakal dicalonkan di Pasir Gudang. Mungkin dirinya tidak yakin untuk menang dan mula mengharapkan habuan lain sebagai membalas jasanya turun padang.

Anwar beria-ia membawa Abdul Ghafir turun padang semata-mata menghapuskan skandalnya di Lahat Datu jadi kesempatan dan skrip ceramah mereka tentulah akan sedaya upaya menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional malah segala kepentingan pertahanan negara menjadi bahan gurauan dan cerca dikalangan mereka. Semuanya demi membela Anwar sebagai Perdana Menteri. Apatah Sarawak adalah aset simpanan tetap Barisan Nasional, lagi-lagin ligat cerita karangan mereka Pakatan Haram.

Kalau berginilah, setiap butir ceramah Abdul Ghafir di Bandar Samariang Sarawak pada 11/3/2013 boleh disangkal sama sekali. Kerana ini dilakukan demi habuan dan yang pasti turun padang yang menjelajah seluruh negara tidaklah percuma. Keikhlasan Abdul Ghafir kosong!!!

2 comments:

  1. tuan, mohon pautkan link blog saya disini...saya telah pautkan blog tuan di blog saya... tq

    http://tuankerani.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bodo admin..umno dan org bodo berpisah tiada

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.