Apa sudah jadi dengan PKR sekarang? Segala aktivitinya bagaikan tidak mendapat sambutan lagi dari kalangan PKR malah merebak dikalangan Pakatan Rakyat. Pelik tapi benar! Anwar dan anak beranaknya kelihatan lebih bersendirian memperjuangkan impian terkubur Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kenapa?
Sesungguhnya rakyat yang keluar mengundi semakin bosan dengan Anwar yang mengajak berpolitik selepas keputusan PRU13 dimutamadkan.
Malah seluruh dunia memuji dan mengikhtirafkan yang PRU13 dijalankan dengan bergitu baik sekali. Dari isu ini kita telah nampak yang Anwar Ibrahim sudah tidak mendapat sokongan dan pujian dari dunia antarabangsa lagi. Kenapa? Mungkin Anwar boleh berbangga dengan sokongan pihak gereja dari Jurusalem.
Situasi PKR semakin getir apabila banyak laporan kononnya Azmin Ali bakal keluar PKR sekiranya tidak dilantik menjadi MB Selangor.
Walaupun beliau menafikannya, Azmin dikatakan mula menyerang kepimpinan Anwar melalu laman Twitternya. Dengan mengkritik kepimpinan Anwar dari pelbagai sudut.
Jika kita melihat wawancara Azmin bersama Sinar Harian, Azmin membayangkan kepimpinan tertinggi PKR hanya mementingkan kronisme dan nepotisme. Kenapa situasi menjadi sedemikan rupa sekarang?
Lebih menggemparkan khabar angin mengatakan Azmin benar-benar mahu beralih arah dengan 14 adun? Situasi ini jika benar-benar berlaku bermakna zaman keruntuhan PKR semakin hampir.
Jika kita melihat dari sudut DAP pula, Lim Kit Siang mula berseloroh mahu menggantikan MCA dalam Barisan Nasional dan dalam masa yang sama himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" di Stadium Kelana Jaya tidak pula diberi perhatian dari kalangan DAP. Mengapa?
Jika kita melihat apa yang berlaku di Kelantan pula, Khabar angin mengatakan bukan Nik Aziz yang bersara dari menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan tetapi cerita sebenarnya Sultan Kelantan tidak merestui atas kononnya Nik Aziz banyak menyebabkan perpecahan umat islam.
Dari pelbagai cerita menyentuh pelbagai sudut, memaparkan Pakatan Rakyat semakin rapuh dan PKR semakin getir mempertahankan kewujudannya.
Insayallah Qada dan Qadar Allah melangkaui batas akal kita. Kita merancang sebaik mungkin tetapi perancangannya tidak terjejak akal kita. Mari kita doakan demi kebaikan bersama, kerana jatuh atau naik negara ini kita sama-sama merasakannya.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.