Thursday, 23 May 2013

Empangan Baram Pakatan Sudah Mula Jalan Strategi Tawan PRN Sarawak

Semalam satu demostrasi yang disertai 300 orang untuk protes pembinaan Empangan Baram. Rata-rata dari mereka dihasuti dengan kisah Empangan Bakun. Kononnya kerajaan mengabaikan kebajikan rakyat di pindahkan kerana projek Empangan Bakun mengayakan kroni semata-mata. Isu ini sengaja dipergunakan untuk menyemarakan kemarahan penduduk di sekitar kawasan projek Empangan Baram.

Isu ini sepatutnya meledak semasa PRU13 dan mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 jika 20'000 penduduk sekitar Baram meliputi Long Laput, Sungai Dua, Sri Kenawan, Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Kesseh, Long Na'ah, Long Liam, Long San, Long Selatong, Long Apu, Long Julan Asal, Long Julan Pelutan, Long Anap, Long Palai, Long Je'eh, Long Moh, Long Sela'an, Long Semiyang, Long Beku, Ba'Abang, Long Tap dan Long Tebangan benar-benar menolak projek ini. 

Tetapi itu tidak berlaku kerana kawasan tersebut. Calon BN Parlimen Baram Anyi Ngau menang dengan 9,182 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Roland Engan (8,968 undi) sementara Patrick Sibat iaitu calon Bebas hanya mendapat sebanyak 363 undi. Ini menunjukan masih separuh bersetuju dengan projek tersebut. Namun bergitu BN tetap tidak boleh pandang ringan dengan situasi ini, kerana Pakatan sedar mereka hampir berjaya memperngaruhi penduduk Baram dan semalam demostrasi menentang projek Baram adalah satu permulaan menuju PRN di Sarawak yang akan berlaku diantara 2 tahun ini.

Pada pendapat PPM, isu ini samada dimanipulasi atau tidak, kerjasama oleh semua pihak oleh BN adalah wajar turun padang dari sekarang untuk menyelesaikan kemelut ini sebelum menjadi barah PRN Sarawak nanti.

Mengikut perancangan di Sarawak, kerajaan bercadang untuk membina 13 empangan meliputi di Bakun, Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum dan Linau termasuk pembesaran Empangan Batang Air. Semua ini untuk membolehkan Sarawak menghasilkan kapasiti tenaga 7,000MW pada 2020, iaitu peningkatan tujuh kali ganda daripada keperluan tenaga sebanyak 933MW yang digunakan oleh penduduk Sarawak pada masa kini.

Walaupun menampakan lebih kuasa dari keperluan, rakyat Sarawak harus sedar perancangan Perdana Menteri melantik menteri dalam kabinet baru dengan 7 orang dari Sarawak, menunjukan kerajaan pusat sedang memberi tumpuan penuh dalam pembangunan pelbagai sektor, meliputi ekonomi dengan lebih banyak menjana industri baru, infrastruktur dan pembangunan penempatan dan bandar baru. Semua ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri tidak mempunyai tenaga yang cukup. Malah lebih tenaga dari jumlah 7,000 MW membolehkan kerajaan negeri menjana hasil pendapatan dengan menjual tenaga di negara jiran atau semenanjung. Dan hasil penjualan dapat diguna pakai untuk menjana pembangunan Sarawak. Akhir nikmat kemajuan dinikmati oleh rakyat Sarawak sendiri.

Rakyat Sarawak juga yang merungut ingin peluang pekerjaan di Sarawak dipertingkatkan tetapi bagaimana? Sekarang ini Sarawak dalam proses tranformasi menjadikan Sarawak negeri maju dan untuk itu sumber seperti tenaga dan infrastruktur seperti Pan Borneo Highway diperlukan.

Rata-rata yang merungut dari kalangan pendemo Projek Baram adalah meliputi soal pampasan dengan ambil contoh kononnya mangsa projek Bakun tidak dibayar pampasan. Siapa memainkan isu ini kalau bukan hasutan dari Pakatan Rakyat? 

Untuk rekod, seramai 50% telah terima pampasan tanah kecuali ada yang masih belum puas hati dan membawa kes ini ke Makamah. Semua rakyat berhak menentukan kadarnya sendiri mengikut cara mereka menafsirkan nilai yang sepatut menjadi hak mereka. Oleh itu untuk mereka fail tuntutan di Makamah itu hak mereka. Tetapi yang berpuas hati telahpun menerima pampasan mengikut keluasan tanah mereka. Itu kenyataan yang harus kita faham, bagaimana kerajaan hendak bayar pampasan jika masih ada pemilik yang mahu membawa kes ke Makamah? Kerajaan telah bayar 22.7juta nilai pampasan setakat bulan 9,2012 (itu sahaja info yang ada pada PPM)

Walaupun jua alasan dimainkan Pakatan tetapi kerajaan tetap komited untuk bertangungjawap menyampaikan bayaran yang menjadikan hak mereka. Cuma sekarang ini bukan dengan cara demostrasi penyelesaian mutlak, dengan menggunakan pelbagai alasan melibat faktor alam sekitar dan sebagainya. Jangan rakyat Sarawak buat tidak nampak yang semua projek ini mendapat pengitirafan dari pelbagai ajensi alam sekitar. Dan jangan rakyat lupa ada kuasa asing tidak suka Malaysia membangun.

Hakikatnya semua rakyat Sarawak harus faham kita inginkan kemajuan tetapi kita tidak bersedia untuk terima pembangunan dan bagaimana kita hendak buat. Rasanya Pakatan Rakyat sendiri kabur akan apa perancangan mereka membangunkan Sarawak jika semua perancangan Kerajaan mereka tentang. 

Kalau bercakap soal generasi kita, generasi yang bagaimana anda mahu? Adakah jenis terpaksa mengangur di bumi sendiri? Iyalah bila ada perangan pembangunan dirangka kita yang mula-mula menghalang. Fikirkan... PecahPalakMikir.






3 comments:

  1. golongan2 yg tak puas hati mmg camtu...lebih2 lagi di hasut oleh golongan yg tidak bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. Ada DAM baru ada pembangunan? Itu namanya tak ikhlas, tak ada DAM tak ada pembangunan? Pelik....

    ReplyDelete
  3. Menjana pembangunan sarawak ke atau malaya? Hasil minyak,gas dan kayu balak entah kemana? Semuanya ke malaya..kau ingat sabah sarawak kilang buat duit untuk malaya ke?

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.