PPM tidak faham kenapa DAP yang gagal menyelesaikan kemelut CEC DAP bergitu layak untuk bercakap soal memansuhkan Dewan Negara.
Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.
Kenapa Karpal Singh berhajat sangat untuk menyamakan sistem pentabiran negara mengikut Singapura. Satu idea dari DAP berhajat untuk mengikut corak PAP pertahankan kuasa di Singapura dengan formula pentabiran acuan mereka.
Adakah agenda DAP terpandang satu sudut yang kuat untuk membolehkan DAP lebih mudah tawan Putrajaya? Tentu sukar untuk kita tafsirkan apa agenda DAP kali ini tetapi satu persoalan mudah untuk menjawap apa agenda mereka adalah DAP adalah serpihan PAP setelah Singapura keluar dari Malaysia dan PRU13 lalu PAP banyak membantu DAP dari pelbagai bantuan untuk membolehkan DAP menang besar di PRU13.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.