Saturday, 4 May 2013

Sarawak Dijamin Menang 26 Kerusi Dan Populariti Najib Mendadak Naik

Alhamdulillah usaha Barisan Nasional Sarawak akan berjaya memenangi lebih dari 26 kerusi dan suasana seluruh negara akan menggambar populariti Najib Razak meningkat naik.


Barisan Nasional diyakini mengekalkan kemenangan 26 kerusi dari 31 kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Negeri Sarawak. Walaupun begitu BN memiliki 4 Kerusi 50:50.

1 kerusi 50:50 milik BN dijangka pertaruhan sengit antara BN dan SWP tapi kerusi tersebut dijangka dimenangi Barisan Nasional.

2 Kerusi 50:50 milik DAP boleh dimenangi oleh BN sekiranya jumlah pengundi yang turun mengundi pada 5 Mei 2013 melebihi 80% dikawasan bandar.


Kajiselidik terbaru Merdeka Centre yang menjalankan kajian dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN. Dengan 61% responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib berjaya merialisasikan Tranformasi Negara dengan bergitu cermelang sekali.

50% responden mempunyai persepsi positif terhadap BN. Ini kerana perubahan yang dibawa Najib Razak bergitu ketara melalui Tranformasi yang janji ditepati dengan terbaik sekali berbanding negeri dibawah Pakatan yang gagal melaksanakan pelbagai janji pada 2008. BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.


Berdasar kegagalan janji seperti poster di atas, Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif. Namun bergitu PR masih mahu berpura-pura tidak sedemikian kerana ingin melahir momentum untuk Arab Spring sebagai langkah akhir untuk menawan Putrajaya.


58% merasakan Malaysia, secara keseluruhan, sedang berada di landasan yang betul.
Isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di bawah PM Najib.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.