Monday, 6 May 2013

Video PRU13 Adakah Melayu Khianati Perjuangan

Salam perjuangan buat semua yang bertungkus-lumus memenangkan Barisan Nasional dan akhirnya parlimen dikuasai oleh Barisan Nasional sekali lagi. 

Walaupun situasi sekarang menunjukan kita dibelengu oleh fenomena kaum cina menolak kerajaan barisan Nasional. Itulah hakikat yang sememangnya kita telah ramalkan dari awal lagi.

Kekalahan Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali bukanlah kerana penolakan undi oleh sebahagian besar orang-orang melayu. Sebaliknya masih ada sebahagian dari melayu yang lebih percaya kepada buaian mimpi PKR dan PAS dari mempercayai kekuatan Barisan Nasioanal secara tradisi membela mereka. 

Akhirnya kesempatan ini memberi kemenangan besar buat DAP untuk memukau semangat chauvinisme menusup kehati sebahagian besar warga cina untuk mengundi DAP. PecahPalakMikir percaya ramai orang melayu sedang merayakan kejayaan DAP sekarang ini. Baguslah kalau macam tu bukan?

Ini terbukti, gabungan undi melayu dan manoriti cina DAP amat berjaya sekali dalam keseluruhan keputusan PRU13. 

Persoalannya kenapalah DAP takut sangat membenarkan Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali terus berada di dalam kerajaan? Adakah ini kebetulan atau sememangnya itu perancangan dan agenda DAP?

Bukan nasib Zulkifli dan Ibrahim sahaja, malah Harun Din juga menjadi mangsa penolakan undi kaum cina bukan? Kenapa? kerana Harun Din juga bercita-cita untuk penyatuan ummah..... Adakah orang kita akan nafikan isu ini?

Dari ini, sama ada yang menang atau ada yang kalah dikalangan bumiputera. Hakikatnya semuanya rugi dan tidak mustahil suatu masa nanti kita semua menangis berairmata darah.. 

Tetapi siapa yang kisah sangat, kerana ramalan besar belum berlaku bukan? 

Semua sebok melayan kekecewaan yang Pakatan gagal tetapi terlupa prestasi PAS dan PKR bukannya baguspun sebalik jatuh menjunam kerana apa agaknya yeee. Wahal sepatutnya mereka menang dengan bantuan DAP tetapi tidak berjaya juga. Adakah DAP pentingkan diri semasa sebelum dan semasa 15 hari berkempen PRU13?

Yang paling jelas orang kita tidak nampak apa yang telah ditunjukan Allah.

DAP terlajak selangkah menunjukan belang dari seiring dengan pejuangan Satu Pakatan Rakyat. 

Ini bukan cakap kosong, kerana sepanjang kempen PRU13 DAP hanya sebok menumpukan pejuangan DAP dari saling tolong menolong sesama PKR dan PAS. Itu jelas yang DAP terlampau asyik dengan impiannya hingga terlupa rakan yang berjuang dengannya. Bukankah terbukti amat jelas sekali agenda chauvinisme sedang membuak-buak melambung menular?

Ada orang kita sedar? 

Adakah kita insaf? 

Adakah kita masih terleka dengan fahaman berpuak-puak diantara sesama bangsa?

Bagaimana orang cina boleh terikut sangat dengan pengaruh DAP? Lihat apa yang telah dilakukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang?

Bagaimana nasib melayu di pulau? 

Adakah mereka dibenarkan atau dibantu untuk mendapat hak mendiami Pulau dengan mudah? 

Ohhh tidak kalau anda mahu tinggal atau memiliki rumah di Pulau Pinang anda perlu cukup kaya untuk bersaing memiliki rumah yang rata-rata bernilai RM450'000 keatas. 

Adakah semua orang melayu mampu? Jika anda orang berada, anda tidak terasa tetapi berjiranlah dengan siapa nanti?

Apa akan jadi kalau penempatan Pulau Pinang hanya didiami oleh warga DAP? 

Ingatkah kita sejarah  Lim Kuan Yu membeli sebidang tanah Orchard Road seluas 5 ribu hektar hengan harga amat murah. Untuk membolehkan penempatan bangsa Cina dan meningkatkan kekuatan mereka hingga akhirnya Singapura menjadi milik siapa? 

Anda tahukan siapa?

Adakah ini mustahil akan berulang di Pulau Pinang? 

Ohhh jawapan orang kita... ini semua manipulasi politik!!!

Tetapi dulunya isu Orchard Road seluas 5 ribu hektar juga, orang kita menggunakan alasan yang sama, dan akhirnya milik siapakah Singapura? Malah jika kita bertanya adakah orang melayu di Singapura cukup terjaga kebajikannya?

Jangan kita lupa bagaimana nasib peniaga bumiputera di Pulau Pinang, adakah mereka cukup terbela dan lupakah kita adengan bagaimana penindasan atas hak mereka mendapat ruang untuk berniaga demi sesuap nasi untuk keluarga mereka? 

Kalau mereka tidak dibenarkan berniaga disetengah-setengah tempat atas alasan kebersihan atau apa jua alasan lain, kenapa mereka tidak disediakan ruang dan peluang untuk mencari rezeki ditempat lain? Tetapi ini berbeza dengan nasib peniaga-peniaga kecil warga cina yang ditatang dengan sebaik-baiknya.

Itulah nasib melayu di Pulau Pinang yang ingin berubah melalui PRU13 tetapi sekarang mereka hanya manoriti. Tetapi buat bumiputera Sabah dan Sarawak, adakah anda terfikir yang anda tidak boleh mendapat nasib yang sama?

Melihat kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bukanlah atas undi melayu semata-mata. Anwar ada agendanya sendiri tetapi pernahkah kita terfikir yang Anwar sedang diperalatkan?

Ini hakikat tetapi orang kita semua sudah tinggi-tinggi berlajar. Orang kita juga tidak kenal sejarah lampau kerana asyik dengan impaian diberikan Anwar Ibrahim. 

Adakah Anwar Ibrahim adalah segala-galanya untuk negara ini... Tepuk dada tanya selera. Kalau menang kita sama bahagia dan kalau ditindas kita sama-sama merempat sebab kita anak melayu atau warga bumiputera yang berbeza pendapat tetapi tinggal dibumi yang sama. PecahPalakMikir ucapakan tahniah buat Barisan Nasional kerana berjaya tetapi perjuangan kita masih belum selesai...

##Note gambar diatas sekadar hiasan jika pegelutan sesama bangsa agama berluasa inilah zaman baru kita....

2 comments:

  1. SUDAH GARHARU CENDANA PULE.
    SUDAH TAU BERTANYA PULE.
    SUDAH TERHANTUK TERNGADAH PULE.
    PECAH KEPALA MELAYU PUNYE.
    YANG MENANG SAPE.

    ReplyDelete
  2. Cepatkan dakwaan kes siasatan Lahad Datu. Kita masih tertunggu2 siapa dalang yang ada agenda jahat di Malaysia ni,

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.