PPM dapat melihat kesungguhan Datuk Rohani Abdul Karim semalam di Kuching, yang telah melancarkan program Sukarelawan 1Azam di Sarawak dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Program 1Azam telah lama mendapat tempat di Sarawak terutama dikawasan luar bandar yang cara menjana pendapatan keluarga adalah terhad, kerana keadaan peluang yang ada, amat sukar untuk dirialisasikan tanpa pelbagai bantuan keewangan, teknikal dan permasaran. Ini kerana faktor pendidikan, geografi, jarak bandar dan infrastruktur di Sarawak masih jauh berbeza dari semenanjung.
Walaupun apa jua halangan ini tidak bermakna KPWKM harus berpeluk tubuh dari melakukan tugas. PPM cuma berharap keberkesanan dapat dipertingkatkan kerana kebanyakan penduduk miskin masih berfikiran tradisional dan satu anjakan yang baru perlu dipertingkatkan. Bukan tidak ada sektor industri boleh dikomosialkan tetapi cara pendekatan yang lebih tepat dan tersusun perlu diaturkan. Kalau tidak 1Azam akan menjadi satu tajuk dan tema yang tidak sampai matlamat. Walaupun bergitu PPM pernah terlihat ramai juga orang kampung telah berjaya mempertingkatkan pendapatan keluarga melalui program ini.
Tetapi kebanyakan bersifat sementara dan ini perlu dikenal pasti terutama metaliti orang kampung lebih berharap bantuan wang dari menggunakan bantuan sebagai suntikan modal menjana pendapatan keluarga.
Keadaan birokrasi yang remeh temeh perlu juga diselesaikan dan jangan lupa yang ada kakitangan yang bertanggungjawap tidak melaksanakan program ini dengan berkesan sebaliknya lebih bersifat lepas batuk ditangga. Ini realiti yang berlaku hingga kebanyakan program kerajaan telah disabotaj dengan secara tidak langsung ketika dalam proses pelaksanaan.
Kegagalan ini akhirnya akan diterjemahkan dalam PRN dan PRU. Kerana Pakatan Rakyat akan sedaya upaya mengorek segala kelemahan terutama dari sikap kelalaian kakitangan yang tidak bertanggungjawap sebagai senjata membunuh Barisan Nasional dan akhir srmua ini bakal dipertanggungjawapkan kepada Datuk Rohani sendir.
Walaupun bergitu PPM kenal Datuk Rohani cara pendekatan peribadinya lebih bersifat seorang ibu penyayang dan bertangungjawap. Jadi PPM yakin jawatan Menteri Penuh KPWKM ini amat bersesuaian untuknya tetapi awaslah ramai buaya kelaparan dibawah ingin mencari kesempatan dari keperihatinan kerajaan.
1. Apa yang dimaksudkan program 1AZAM?• Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin.
• Terdapat empat (4) projek di bawah program 1AZAM iaitu:
1) AZAM Kerja – menawarkan peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja restoran makanan segera dan pekerja hotel. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Sumber Manusia.
2) AZAM Tani – memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buah-buahan (cili fertigasi, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Pertanian dan agensi di peringkat negeri.
3) AZAM Niaga – menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan, dan perniagaan runcit. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
4) AZAM Khidmat – menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri dan refleksologi, urutan dan andaman pengantin. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Amanah Ikhtiar Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
2. Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?
3. Apakah DEFINISI miskin tegar, miskin dan pendapatan rendah?
Jawapan :
Miskin tegar adalah mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM460.00. Miskin pula adalah merujuk kepada mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM760.00. Manakala berpendapatan rendah bermaksud mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM2,300.00
4. Apakah inisiatif disediakan untuk golongan miskin tegar di bandar?
Jawapan :
Kerajaan bertanggungjawab memberi peluang peningkatan pendapatan kepada golongan miskin tegar di bandar dengan menawarkan mereka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka melalui program AZAM Kerja dan AZAM Niaga.
5. Adakah data kemiskinan tegar yang digunakan tepat dan apakah anda yakin tiada golongan miskin tegar yang tertinggal. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur kemiskinan dan ketepatan pengukurannya?
Jawapan :
6. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin tegar yang tiada dalam senarai eKasih.
Jawapan :
7. Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan dana yang diberikan kepada golongan miskin tegar tidak disalahgunakan atau diberhentikan apabila penerima tidak lagi layak menerima bantuan dan bagaimana wang tersebut disampaikan kepada golongan miskin?
Jawapan :
Jika
2. Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?
• Mereka yang ingin menyertai program 1AZAM mestilah mereka daripada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih.
• Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka.
3. Apakah DEFINISI miskin tegar, miskin dan pendapatan rendah?
Jawapan :
Miskin tegar adalah mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM460.00. Miskin pula adalah merujuk kepada mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM760.00. Manakala berpendapatan rendah bermaksud mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM2,300.00
4. Apakah inisiatif disediakan untuk golongan miskin tegar di bandar?
Jawapan :
Kerajaan bertanggungjawab memberi peluang peningkatan pendapatan kepada golongan miskin tegar di bandar dengan menawarkan mereka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka melalui program AZAM Kerja dan AZAM Niaga.
5. Adakah data kemiskinan tegar yang digunakan tepat dan apakah anda yakin tiada golongan miskin tegar yang tertinggal. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur kemiskinan dan ketepatan pengukurannya?
Jawapan :
• Data miskin tegar yang digunakan sekarang berasaskan daftar eKasih yang dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri. Data ini dibekalkan atau didaftar oleh individu-individu dan ketua-ketua kampung melalui Pegawai-Pegawai Daerah atau secara terus melalui laman web di www.ekasih.gov.my dari seluruh negara.
• Data yang didaftarkan dianggap tepat kerana ia dibekal atau didaftar oleh ketua kampung iaitu merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat.
• Selain itu, perangkawan daripada Jabatan Statistik Negara juga turut serta melakukan bancian dan juga pengesahan ke atas setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih. Usaha pengemaskinian ini dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan Kerajaan.
• Kriteria yang digunakan bagi mengukur kemiskinan tegar adalah menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan asasi untuk seisi rumah.
• Berdasarkan PGK ini, golongan miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan seisi rumah di bawah RM460.00 sebulan dan ianya berbeza untuk kawasan bandar dan luar bandar.
6. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin tegar yang tiada dalam senarai eKasih.
Jawapan :
• Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU diperingkat negeri.
• Bagi mereka yang tidak tersenarai didalam eKasih, mereka masih lagi boleh menerima bantuan dari agensi-agensi lain seperti LKIM, Majlis Agama Islam Negeri, RISDA, MARA dan lain-lain melalui saringan agensi masing-masing.
7. Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan dana yang diberikan kepada golongan miskin tegar tidak disalahgunakan atau diberhentikan apabila penerima tidak lagi layak menerima bantuan dan bagaimana wang tersebut disampaikan kepada golongan miskin?
Jawapan :
• KPWKM bersama-sama dengan agensi kerajaan lain yang terlibat akan membuat pemantauan ke atas pemberian bantuan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan bantuan .
• Bagi memastikan isi rumah yang telah memperoleh pendapatan melebihi PGK yang ditetapkan dan keluar daripada senarai miskin tegar, agensi pelaksana yang menyalurkan bantuan perlulah mengemaskini jenis dan jumlah bantuan yang telah diberikan ke dalam sistem eKasih dengan kadar segera supaya maklumat ini dapat dikemaskini.
Jika
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.