Situasi politik negara boleh diandaikan semakin mencabar dengan pelbagai dugaan yang bukan digerakan oleh kalangan rakyat Malaysia semata-mata tetapi sebaliknya lebih kuat digerakan oleh tangan-tangan asing.
Semua ini menjadi strategi perperangan oleh NGO yang mendapat bantuan langsung dari luar. Sebaran liberalisme, modernisme, sekularisme, ia adalah “ideologi tiga beradik” yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Sekarang ini telah menular masuk ke generasi baru dari kurang berpendidikan hingga pusat-pusat pengajian tinggi. Sebenarnya Malaysia sudah dipasang bom jangka cuma bila ianya akan meletup?
Lihat pendedahan ini dari sumber ini (klik)
Kuala Lumpur: Kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) yang menanam pemikiran liberal dalam kalangan generasi muda di negara ini perlu diawasi supaya tidak menjadi ancaman terhadap masa depan negara.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata aliran sedemikian dipercayai digerakkan berlandaskan kebebasan mutlak termasuk untuk bersuara hingga menggalakkan generasi muda mempersoalkan perkara yang menjadi asas pembentukan negara.
Sebagai contoh, katanya, ada segelintir anak muda berani menghina institusi Raja dan mengambil mudah perkara itu bersandarkan alasan kebebasan bersuara mutlak yang bertentangan dengan hak asasi dianjurkan dalam agama.
Ikut batasan agama
“Hak asasi Islam mesti mengikut batasan agama. Itu sebabnya ada perkara yang tidak boleh dilakukan seperti berbogel di khalayak,” katanya menjadi panel
`Forum Rakyat: Melayu Islam Bersatu’ anjuran Sahabat Ulul Amri dan Borneo Open International University di sini, malam tadi.
Forum turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, manakala Pengerusi Sahabat Ulul Amri, Naseron Ismail, bertindak sebagai pemudah cara.
Musa berkata, ancaman NGO yang menanam pemikiran liberal tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh merosakkan negara Islam seperti Malaysia.
Pengaruhi generasi muda
“NGO terbabit dikenal pasti turut menyebarkan dakyah bagi menukar corak pemikiran generasi muda secara halus.
“Keadaan menjadi bertambah buruk apabila golongan muda pula tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sejarah dan perundangan negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.