Sunday, 9 June 2013

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part2 KEM CYBERTROOPER

Sejauh manakah kekuatan sebenar Cybertrooper Sarawak? Inilah persoalan pertama yang pernah diutarakan PPM  kepada Seseorang ketika menyertai perjuangan kempen PRU13 Sarawak. Sebab itu kami sepakat untuk merancang mengadakan satu program untuk mengenal pasti siapa jentera Cybertrooper merangkumi 71 kawasan DUN Sarawak.

Ini berlaku 5 bulan sebelum PRU13. Dari persetujuan itu. PPM Telah membuat kajian terperinci demi memperkasakan Cybertrooper Barisan Nasional Sarawak  sebagai persiapan hadapi PRU13 selama 3 bulan dan juga mendapatkan pelbagai bantuan dari orang dalam UMB pusat. Kajian ini mendapat pelbagai sentuhan teknikal dari orang semenanjung dan Sarawak. Malah kerjasama ini merangkumi dari setiap parti komponen BN Sarawak.

PPM telah menyiapkan kertas kerja untuk 1600 orang cybertrooper termasuk 30 blogger Sarawak sebagai jentera untuk berperang di PRU13. Kertas kerja ini merangkumi Intel, Stringer, Facebooker, Twiter, Kretif Media, Youtube dan Blogger. PPM dapat bayangkan kekuatan jentera BN hadapi PRU13, jika semua ini lengkap dan setakat video Global Witnnes tentu mudah dipatahkan jika semua ini lengkap.

Pada ramalan PPM serangan pada PRU13 kali ini akan menjadi amat hebat. Sebab itulah cadangan PPM dipersetujui oleh banyak pihak pada awalnya. Akhirnya PPM telah diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja ini di depan Wakil PBB, SUPP, SPDP dan PRS. Semasa hati tersebut strategi dan matlamat telah dipersetujui.

Ada juga timbul isu yang setengah-tengah blogger tak boleh sertai kerana berbeza kem. Tetapi apa daya siapa PPM?

PPM dapat tahu perbentangan itu berjaya mendapat kelulusan tetapi akhirnya hilang? Entah kenapa tiba-tiba orang lain yang dapat buat kem cybertrooper di sebuah hotel di hujung kuching untuk lebih kurang 30 orang. Dalam bengkel ini kami dihidangkan dengan celoteh para YB yang tidak suka itu ini. Kemudian kami diberi cap BN sebagai semangat hadapai PRU13. Tiada apa yang dapat membantu membentuk kekuatan jentera untuk PRU13.

Tidak apalah orang tidak nampak apa yang PPM Hendak lakukan. Akibatnya bila menjelang PRU 13 adalah berterabur terutama untuk menyekat serangan Red Bean Army.

Hakikatnya dalam perperangan di pasca PRU13. Strategi RBA lebih hebat dan lebih pantas terutama di kawasan DAP bertanding. Semasa cywar room cuma ada  7 orang dan ada pertambahan dibuat tetapi perlu diajar bagaimana untuk berperang. PPM ajarlah setakat yang mampu kerana PPM tidak ada masa untuk itu ketika tempoh 15 hari berkempen.

Tetapi alhamdulillah PRU13 tidaklah menjadi saingan hebat sangat KERANA KEKUATAN PBB PRS DAN SPDP ADALAH LUAR BIASA, kecuali buat kawasan DAP teruk dijatuhkan. Jika kita fikirkan adakah situasi ini akan berkekalan sehingga PRN dan seterusnya PRU14 nanti?

Usaha menggerakan bengkel ini sebenarnya menarik dan dipersetujui oleh pelbagai pihak dalam BN tetapi akibat terdapat individu berebut-berebut untuk mengadakan program atas nama sendiri menyebabkan. Matlamat sebenar yang hendak dicari tersasar.

Hakikatnya bengkel cywar banyak telah diusahakan oleh pelbagai pihak jika kita dengar cerita di seluruh Malaysia, dan PPM juga kesian setengah kawan-kawan bila kertas kerja siap tapi orang lain ambil alih.

Situasi melampau hingga ada orang berusaha buat kerja atas nama perjuangan tapi bekerjasama dengan orang inginkan keuntungan peribadi samada kuasa atau wang, Akibatnya akan menggagalkan matlamat asal perjuangan parti.

PPM minta maaf keatas isu berat ini tetapi jika kita tidak bersedia untuk memperkasakan kekuatan cybertrooper dengan lebih tersusun dan teratur bagaimana kita hendak tumpukan kekuatan jentera bila menjelang PRU atau PRN?

PPM boleh senarai nama individu ini, tetapi itu bukan matlamat PPM, matlamat sebanarnya tolonglah buat mana-mana pihak atasan BN. Kaji semula kedudukan Cybertrooper BN Sarawak. Apa nasib mereka, bagaimana kekuatan mereka, bagaimana peralatan mereka dan perhatikan apa terjadi bila Video Global Withness meletup. Tiada satupun blogger atau cybertrooper mampu mengeluar youtube serang balas kerana ada yang tidak ada gajet dan ada yang tidak ada pengalaman, malah untuk dapat jentera yang sebar isupun tidak ada.

Cuba pihak tertentu perhatikan ada Blogger (bukan PPM)  terpaksa keluar duit poket sendiri kepada facebooker yang sampai tahap cuti kerja kerana untuk tumpukan kempen PRU13. Asalnya mereka dijanjikan bantuan tetapi lepas PRU13 tinggal janji.

PPM kagum dgn blogger tersebut sanggup berkorban wang ringgit demi perjuangan. Tetapi adilkah mereka ini berkorban demi memastikan BN terus berkuasa dan ADUN dan MP terus berdiri?

Apa PPM luahkan bersifat cintakan perjuangan parti. Sekarang PPM blogger bebas tanpa dikongkong oleh sesiapapun dan itu sepatutnya buat seseorang blogger macam PPM. Kerana jika seseorang blogger terikat dengan arahan individu berkepentingan dalam politik sudah tentu berlaku budaya arahan serangan kepada individu tertentu demi survival politik. Hilanglah integriti blogger tersebut. Wajarkah budaya ini dibiarkan berluasa berlaku? MINTA MAAF DAN SIAPALAH BUAT ORANG SEPERTI KAMI YANG HANYA BERGELAR BLOGGER JALANAN... Tetapi jika tiada orang seperti PPM suarakan siapa lagi yang berhajat untuk perkasakan BN?








7 comments:

  1. Pahit & panas Bro.. tapi hakikatnya, itu realiti yang harus dihadapi, terpulang kepada mereka-mereka yang berkenaan untu mengubah segalanya .. PRN dalam masa dua tahun lagi.. dekat tu Bro .. Apakah Sarawak bersedia?

    ReplyDelete
  2. Yes.... Hidup PPM. Yang luka kalau disimpan lama akan benanah..... Semoga selepas ini strategi BN Cybertroopers disusun rapi.

    ReplyDelete
  3. Pedih tp itu hakikat.

    ReplyDelete
  4. Pahit ku telan jua, gua tabik springggggg pada lu...HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN...

    ReplyDelete
  5. Ini diary ke resume?

    ReplyDelete
  6. Teruskan tulisan kamu PPM..memang hebat pendedahan kamu ttg berbagai perkara..kamu memang brani dan daring..teruskan dgn siri seterusnya..kami tidak sabar utk membaca kupasan dan daya analisis politik kamu..tentu kamu juga tidak sabar utk membaca kupasan ttg tulisan kamu serta ttg diri kamu juga..kamu memang "Pejuang" moden..hehehe

    ReplyDelete
  7. Dr pemerhatian saya yg kurang mahir dlm selok belok blog "cybertroopers"pro-Bn sepanjang PRU13 agak ok.Namun,kelemahan2 yg ketara ialah "paste-on method" yg tiada ulasan,banyak sangat memetik/meminjam dr sumber lain.Tak salah tu.Tetapi keutamaan perlu diberi kpd "local contents" yg lebih relevan dgn perkembangan politik setempat.

    Sedih dgn rintihan sdr PPM.Bukalah helaian baru dlm buku sdr.Teruskan perjuangan.Ketepikan "threats" cari "opportunities".Masih banyak platform di sekeliling kita.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.