Friday, 28 June 2013

Khalid Ibrahim - Red Bean Army Ejen Tetap Kerajaan Selangor ?

Khalib Ibrahim berjaya menyandang Menteri Besar buat kali kedua dengan sokongan kuat DAP. Tidak pelik setelah penggal selepas Teresa Kok bongkarkan Wang Zakat Islam disalur kepada bukan islam. Kali ini siapa Speaker DUN Selangor yang lebih menguatkan lagi penguasaan DAP sebagai tok dalang.

Setelah PAS terpaksa akur dengan desakan PKR dan DAP untuk membenarkan Khalib Ibrahim menjadi MB kali kedua walaupun PAS lebih layak kerana punyai kerusi DUN lebih banyak. Semuanya bukanlah secara kebetu
lan tetapi sesuatu yang terancang.

Langkah pertamanya DAP pastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Siapa Hannah Yeoh? Rujuk pautan ini untuk lebih detail

Hannah menjadi seorang Kristian pada tahun 1998, dan selepas itu beliau memberi tumpuan terhadap kajian Alkitab serta berkhidmat di gereja dalam negara dan di luar negara. Malah merupakan seorang Fellowship Kristian di Australia. Itu pertanda pertama musim baru ini. Untuk pertanda seterusnya cuba perhatikan dibawah ini.

YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010. 
Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. 
Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung Wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai kemana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawap bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor. 
Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UITM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UITM sendiri. 
Isu ladang Babi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan Babi yang mahu dibina di Sepang. 
Dalam isu ladang ternakan Babi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek Ladang Ternakan Babi bernilai RM100 Juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008. Rujuk sumber ini

Selepas ini apa lagi yang berlaku selepas pengalaman penggal yang lalu di Selangor. Adakah Red Bean Army akan diserap menjadi senjata ampuh dalam kerajaan Selangor? Kerana selama ini DAP menjadi tok dalang mengawal Khalid Ibrahim.

6 comments:

  1. Bila si dungu menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Artikal BODOH. ReaBeanArmy ini tak wujud pun. Budak MCA bagi Data bodoh, UMNO lagi bodoh terima butir2 Palsu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini melayu hari-hari makan babi, itu guang eng suda suap sama dia.

      Delete
  3. anoy 11:57 lagi bodoh. pi google razali ahmad ex DAP cakap ape. zaman dia tak gelar red bean, tapi penyelaras strategi DAP. pi study dulu sebelum menampakkan kebodohan sendiri. bengong punya makhluk

    ReplyDelete
  4. red bean army hanyalah mainan sekumpulan bdk2 bwh umur yg membuat kumpulan tu kekadar untk berseronok..cant believe a bunch of professional people fall to a kid games,,i know coz my little brother one of em n they r just 16..kinda funny to see there r actually someone believe these thing r real..as u people arguing these kid r laughing at u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi 1 suda makan banyak babi kit siong suda suap manyak, melayu suda jatuh pun lagi mau main-main.

      Delete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.