Alfatihah dan Takziah buat pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam. Tetapi Qada dan Qadar mula membuka satu perperangan baru untuk merebut satu kerusi DUN dari keputusan pasca PRU13 17 BN dan 15 PR mungkin boleh berlaku seri jika BN gagal mempertahankan kekosongan kerusi BN.
Berdasarkan keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail. Dimana allahyarham berjaya mempertahankan kerusi bagi penggal kedua. Mungkin kerjayaan ini berlaku kerana prestasi baik sebelum ini.
Sekarang fenomena politik negara telah berganjak kesatu titik yang baru dan lebih mencabar dari sebelumnya. Bagaimanakah strategi Barisan Nasional untuk pertahankan kerusi ini dan sudah pasti PAS telah mula merangcang sesuatu merebut peluang yang terbuka ini.
Sekiranya berlaku keputusan seri 16 sama adakah ini permulaan yang baru yang merubah corak politik negara? Yang pasti fenomena ini jika berlaku akan memberi kuasa kepada Sultan untuk menentukan siapakah Menteri Besar yang layak mentabir Terangganu. Tetapi kedudukan ini adalah tidak baik bagi perjalanan pentabiran negeri sehingga PRU14.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.