Saturday, 29 June 2013

Siapa Rasis Video Tony Phua DAP Mahu Pasar Ramadhan Ditutup

Hebatnya keangkuhan Tony Phua sehingga berani menyuarakan Pasar Ramadhan di tutup. Terang-terang menampakan sifat perkauman amat ketara apabila sikap DAP mengaitkan Pasar Ramadhan menyebabkan kesesakan lalu-lintas dijalanraya.

Lihat video ini semuanya angkara kerajaan Melaka mahu menutup Jonker Walk yang dimonopoli oleh kaum cina dan terdapat banyak rungutan soal kesesakan dan tabiat perniaga yang pelbagai cerita dibawa.

Tetapi mungkin video ini boleh menjelaskan apa yang ada di Jonker Walk. Sesuatu yang patut kita nilaikan. 

Persoalannya pada PPM isu sebergini tidak wajar diperbesarkan semata-mata mencari siapa lebih hebat walaupun pergaduhan ini lebih melihat antara perbezaan pendapat dua kaum utama di Malaysia. Walau apa jua kajian kesesakan sepatutnya kita carilah alternatif yang lain dari menjadikan isu berdendam untuk jangka masa yang panjang.

Jika kita bertanya siapa yang rasis dalam soal ini? Rasanya kita sama-sama rasis jika menyentuh soal hak masing-masing tetapi perlu di ingat bagaimana kerajaan Pulau Pinang melayan peniaga melayu dan adakah mereka memikirkan soal hak orang melayu mendapat ruang untuk berniaga. 

Kerajaan negeri pakatan pembangkang DAP, PKR, Pas pada penggal lepas, yang baru berusia setahun jagung dan diketuai oleh Lim Guan Eng lebih berani bertindak. Tetapi kenapa riuh rendah jadinya? Mungkin kerana ramai yang terkejut disebabkan tindakan drastik kerajaan pakatan pembangkang ini. 

Dua puluh tahun beroperasi tanpa masalah tetapi kini muncul masalah. Kalau tidak ada lesen, kenapa tidak diberi lesen? 

Menurut dakwaan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlepas daripada sebarang tindakan. 

Berjalanlah di sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua. Lihatlah panorama indah ini yang boleh dijadikan juga produk pelancongan. Kalaulah semua ini - gerai-gerai Melayu dirobohkan - benar, maka sungguh malang nasib Melayu Pulau Pinang.

Jadi persoalannya kenapa Tony Phua mahu bercakap soal pilih kasih dan rasis sekarang. Kerana Malaka negeri di perintah Melayu tetapi Pulau Pinang di perintah DAP pernahkah berhati perut dalam isu-isu yang sama seperti ini?

1 comment:

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.