Ops isu yang semakin panas di semananjung. Datuk Hajah Rohani kena serang blogger BN Semenanjung. Bunyinya cukup mencemarkan integriti Datuk Rohani sebagai Menteri Penuh, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Apakah sebenarnya yang tersirat disebalik kisah dibongkar oleh Sangkakalajari9 di bawah ini.
Sangkakala dapat tahu bahawa Datuk Rohani, Ahli Parlimen Batang Lupar membawa jentera mengundi beliau ke Kuala Lumpur bermula pada 1 hinggalah ke 6 haribulan Jun nanti.
Bagus apa yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita ini kerana menghargai jentera jentera pilihanraya beliau.Sangkakala dengar sampai 3 bas tu daripada Sarawak dan sudah pastilah mereka yang dibawa ke Kuala Lumpur itu berasa amat gembira.
Tapi apa yang Sangkakala dengar lagi, ada kelainan pulak dalam trip rombongan kali ini, Datuk Rohani bukan membawa mereka melancong, tapi membawa mereka ke rumah tumpangan orang orang tua dan anak akan yatim.
Kalau nak melawat setakat tempat tempat macam tu, tak payah lah bawa sampai ke Kuala Lumpur Datuk, di Sarawak pun banyak, silap silap boleh buat acara gotong royong lagi.
Apa yang Sangkakala dengar lagi mereka ini ditempatkan di hotel bajet sekitar kawasan masjid India di ibu kota, dan Datuk Rohani sendiri menginap di hotel Legend.
Bukanlah Sangkakala marah, tapi Sangkakala cuma menegur, kalau nak bawa rombongan jentera biarlah ikhlas, walaupun dekat tapi berbaloi dengan usaha mereka bagi memenangkan Datuk di kawasan.Apa yang lebih mengecewakan lagi, Sangkakala dapat tahu juga bahawa makan para peserta rombongan hanya diberi pada waktu siang, dan waktu malam, mereka makan sendiri.
Kesian le pada mereka tu Datuk, tak banyak mana pun kalau Datuk tanggung semua tu.
Nak tau mana Sangkakala dapat cerita, pakcik Sangkakala pun ada sama dalam rombongan tersebut, dan beberapa malam lepas, Sangkakala telah berjumpa dengan beliau, dan oleh kerana kesian, Sangkakala belikan pula makanan untuk seorang lagi saudara Sangkakala yang turut sama dalam rombongan tersebut.Macam Sangkakala katakan tadi, kalau tak mampu, bawa mereka ke kawasan berdekatan, tapi biarlah berbaloi, jangan bawa jauh jauh, tapi menyukarkan mereka.
PPM kenal dan pernah berberapa kali mengikuti Datuk Hajah semasa kempen PRU13. Dan PPM amat terasa perbezaan sifat Datuk Rohani dari segi peribadinya berbanding dengan apa digambarkan oleh Sangkakala. Setahu PPM Datuk Rohani amat prihatin orangnya tetapi PPM tidaklah dapat menafikan apa yang digambarkan Sangkakala kerana PPM pun tidak tahu apa kisah sebenarnya. Cuma PPM ingin ambil kesempatan buat Datuk memyelidik dan bersihkan nama jika dirinya rasa ada keperluan.
Jika ini benar-benar berlaku, mungkin disebabkan oleh faktor diluar pemikiran kita yang boleh dikaitkan dari pelbagai sudut. Tetapi ini sesuatu yang patut Datuk Rohani selidik apakah ini benar berlaku dan apa jua tindakan Datuk Rohani adalah menyentuh kepentingan dan kebaikan namanya sendiri.
Sangkakala melayu sejati. Hasad dengki x pernah habis
ReplyDelete