Desas-desus belum sampai hari pengumuman tarikh PRK, Pakatan Rakyat sudah sudah berperangsangka sesama diri, kerisauan tanpa keputusan yang pasti. Lim Guan Eng seolah-olah takut sangat jika PAS berjaya hingga berlaku situasi kerajaan campuran. Sebab itulah Lim Guan Eng mula memikir bagaimana cara menghalang PAS untuk bertanding. Malah ada ura-ura sebahagian dari kalangan akan taat setia kepada arahan Lim Guan Eng mengalah presiden yang sebenar PAS. Persoalan samada ini benar berlaku pemboikotan hingga BN menang tanpa dicabar. Kita tengok jelah sebab PAS ini mudah lembut hati kalau dengar suara Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR 30 Jun - Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?
Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.
Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.
Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.
Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya. Sumber laporan
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.