PRK Kuala Besut pada kali ini telah membawa satu fenomena baru buat PAS. Ini Kerana calon yang diumumkan iaitu Azlan @ Endut Yusoh atau lebih dikenali sebagai Che Long telah mencipta kemelut persepsi buruk yang menyebabkan kemuraman jentera PAS untuk berkempen.
Situasi ini dipengeruhi oleh sejarah silam Azlan yang merupakan seorang kontraktor kelas A dan bekas ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan dan telah meninggalkan UMNO secara senyap menyertai PAS secara senyap, hanya dengan alasan kekecewaan yang bersifat peribadi.
Selama menjadi bendahari PAS, Azlan adalah individu yang banyak menyumbang sumber kewangan, dan mungkin ini sebagai kaedah melobi dan akhirnya untuk kali ini menjadi rezeki sebagai calon. Walaupun khabarnya punyai kelulusan sekadar SPM?
Namun bergitu, kemurahan hatinya selama ini belum cukup menyakinkan jentera seluruh kawasan Kuala Besut yang Azlan mempunyai kesetiaan yang utuh dan berperinsip dalam menggalas tanggungjawap jika PAS menang nanti. Apatah situasi sekarang kedudukan kerusi DUN adalah 16 sama bagi BN dengan PR. Menyebabkan timbul pelbagai persepsi yang bakal berlaku melibatkan tahap kesetiaan calon. Faktor dirinya ssebagai kontraktor juga antara isu menjadi bualan persepsi masyarakat.
Oleh itu satu pendekatan digunakan oleh Haji Hadi dengan mendesak Azlan melakukan Baiah dihadapannya. Hakikatnya tiada masalah Azlan berbaiah di hadapan hadirin yang merupakan makhluk Allah juga. Tetapi ia dikhuatiri mengundang pelbagai persepsi kerana dalam baiah, perkara yang paling utama ialah di antara orang bersumpah dengan Allah sementara makhluk lain sekadar saksi.
Isu ini menjadi hangat dibicarakan dikalangan bakal pengundi di Kuala Besut dan walaupun Azlan sudah berbaiah tetapi tetap juga tidak mampu menghapuskan persepsi dikalangan jentera PAS tempatan untuk bersama-samanya.
Berbanding dengan calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mempunyai tahap integriti yang berbeza. Beliau merupakan calon muda 37 tahun, yang memiliki latar belakang memenuhi kehendak masyarakat setempat disamping mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Yang paling penting cara Beliau naik kerana sumbangan beliau sebelum menjadi calon adalah kuat penampilan dari segi sumbangan membantu BN mendekati rakyat bagi menyelesai pelbagai isu tempatan.
Malah pencalonannya bukan diambil kira dari segi berapa banyak sumbangan kewangan kepada parti tetapi sejauh mana dirinya mendekati rakyat dan sejauh mana dirinya dihati rakyat. Ini adalah dua faktor bertentangan diantara dua calon yang bertanding.
Cuma sekarang hanya takdir yang menentukan siapa punyai rezeki di Kuala Besut.
Walaupun khabarnya punyai kelulusan sekadar SPM?
ReplyDelete????bagilah bukti sikit