Sunday, 25 August 2013

Giliran Salahudin Ayup Menjulang-julang Kehebatan DAP



Semua orang di Malaysia telah nampak bagaimana orang-orang melayu menolak PKR dan PAS di pasca PRU13. Ini jelas yang golongan melayu sedar bahayanya berharap kepada perikatan tanpa tali dalam Pakatan Rakyat. Tiada hitam putih dan samar-samar hala tujunya.

Apatah orang-orang melayu dapat melihat kegairahan DAP mempertahankan hak sama rata tetapi di dalam kepompong DAP sendiri menghalang peluang buat wakil melayu menjadi sebahagian dari barisan peminpin yang boleh mendapat hak undi yang adil di dalam pemilihan CEC DAP.

Rakyat melayu juga sedar bagaimana barisan ultra kiasu beria-ia mengharapkan Khalimah Allah dikongsi sama rata, ekonomi dibenarkan buat mereka kuasai tanpa saingan malah hak-hak agama islam dan hak istimewa bumiputra turut menjadi tuntutan. DAP SUKA BERCAKAP HAK SAMA RATA TAPI BILA HAK MEREKA DISENTUH, PANDAI PULA NAIK ANGIN

Belum cukupkah Salahudin melihat nasib peniaga kecil melayu Pulau Pinang dianayai? Dan itu juga menjadi faktor melonjak undi DAP.

BETULLAH KATA SALAHUDIN:

Sama macam PAS yang kini bersungguh untuk bukti bahawa PAS itu wujud dengan berwajah Malaysia. Begitu juga dengan DAP yang kini ingin jauhkan tanggapan parti itu fanatik Cina - Malaysiakini

HAKIKATNYA SELAMA INI PAS LEBIH BERALAH MENURUT KEHENDAK DAP DARI MEMATUHI PRINSIP PERJUANGAN PAS SENDIRI.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.